Sabtu, 31 Disember 2011 | By: --Failisa Maskuri-

coretan akhir tahun

jari menaip rancak di atas papan kekunci dan buku ditolak ketepi seketika..ermm...mungkin bukan seketika dan mungkin bertika-tika.

sukar untuk membuat pilihan tatkala begitu banyak pilihan terhidang dihadapan mata....susah untuk menafsirkan jawapan yang terbit dalam lubuk hati yang dalam...rumit untuk merungkaikan keputusan yang berbelit....

oppss...dah nak masuk tahun baru kan kita..tapi sebenarnya kalau ikut kalendar hijriah dah sebulan kita masuk tahun baru..dah nak masuk bulan safar pun...da set up azam baru lama dah pun..hihihih

actually,semenjak meninggalkan alam persekolahan, aku jadi dah ala-ala pelupa untuk mengingat tarikh setiap hari then secara automatiknya aku akan jadi orang yang blur bila muncul tahun baru masihi... ayat yang biasa terluah "eh..sok dah tahun baru la"... fine..orang lain dah kecoh nak masuk tahun baru aku boleh buat muka blur nak ingat tarikh...then bila orang dok tanya aku tarikh berapa hari bulan,aku secara automatiknya akan refer kepada mr.sony aku untuk tanya tarikh..heheh....careless betul pasal tarikh setiap hari....


okey..setiap kali tahun baru mesti orang dok sibuk buat azam baru..azam baru untuk transformasi baru..harap-harap transformasi yang lebih baik dari tahun sebelumnya... tapi ada juga kekadang azam tahun lepas tak terjaya dengan jayanya...hikhikhik...*aku la tu


"hentikan membuat azam tukarkan kepada JANJI. orang munafik sahaja yang meninggalkan janji, oleh itu 'berjanjilah' sesuatu yang berpada pada kemampuan. biar sedikit tapi tercapai bukan berjela tapi semua ditunda-tunda"<------- ayat ni aku kopi pasta dari seorang sahabat...

ada betulnya gak dengan ayat tu.. kalau nya dah buat janji mana boleh mungkir janji..tu kan tanda2 orang munafik.. so bila berjanji harus tepati, makanya berjanjilah mengikut kadar kemampuan diri..bila tak laksanakan kita akan rasa bersalah dengan diri...nak ke dalam diri ada sifat munafik?? ALLAH..mintak dijauhkan sifat-sifat mazmumah dari dalam diri dari dalam hati....aku,kau,kita,kami dan mereka..

tahun baru,azam baru,semangat baru...raikan dengan jiwa yang baru....jiwa yang lebih khusyuk,tawadhuk dalam pengabdian kepada YANG MAHA ESA...... bentuk diri untuk menjadi seorang hamba yang lebih soleh dan solehah....menjadi seorang anak yang lebih soleh dan solehah...menjadi seorang pelajar yang lebih hebat.....menjadi seorang rakyat yang bijak menilai...[hehheheh]







~en.fokus tolong setia bersama saya untuk sejam dan kemudian tambah sejam lagi kemudian sejam lagi kemudian sejam lagi...dan jangan lupa untuk bawa en.mood study sekali ea..then bila en.otak dan minda dah penat kita boleh rehat kt R&r kejap..pastu kita beriringan lagi dalam perjalanan ni ea....[^.^]!

2 orang kata apa saja..:

kelubungbunga berkata...

salam 'alaik dik^^

hihi comel je post awak ni. ayat paling bawah tu paling comel!

jom sama-sama mengingati Allah, jom! :DDD

p/s: lagu sedap la!

--Failisa Maskuri- berkata...

Al Faqir Rabi'ah Al 'Adaweeyah: trima kasih..hiihih...jom..sentiasa ingat ALLAh walau dimana kita berada... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...