Jumaat, 30 September 2011 | By: --Failisa Maskuri-

festival konvokesyen universiti malaya'11 [FESKUM'11]










COME AND JOIN US @ FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA....... pelbagai aktiviti menarik menanti anda disana.....

bermula dari 3 oktober 2011 hingga 8 oktober 2011....jangan lepaskan peluang keemasan..let's catch it...

impian terlaksana

mak: kak, mak da dapat.
aku: dapat apa mak?? dapat menantu ke?? hehehhe
mak: banyak la ko punya menantu..tahun ni mak dapat pergi haji..
aku: ohw..ea ke..alhamdulilllah..tahniah mak...hehehhe..(dalam ati gembira sangat..akhirnya tercapai gak hasrat kedua orang tua aku)..mak nak tengok surat..
mak: surat apa?
aku : surat panggilan la...mak pergi dengan abah ja ke?
mak: takda la..pergi dengan abah dan wak uda la..alhamdulillah semua dapat panggilan
aku : ohw..ea ke...hihihih

perbualan ni berlaku beberapa bulan yang lalu...tapi rasa macam baru semalam ja sembang-sembang dengan mak pasal perkara ni....2 oktober 2011 ni insya ALLAH mereka akan berlepas..dijangkakan penerbangan pukul 8.30 pagi..insya ALLAH...moga segalanya dipermudahkan

seminggu sebelum penerbangan. kami mengadakan sedikit jamuan raya dan kenduri doa selamat...minta diberkati perjalanan kedua ibubapa kami beserta pakcik kami....

antara sedikit sebanyak photo yang sempat dirakam...[terasa ayat kali ni begitu skema...hihihihi]

~kawan2 adik~

~menunggu giliran mengambil makanan~

~makan berjemaah...mengerat ukhuwah fillah


~tuan besar a.k.a my abah....~














~mengejar redha ILAHI dalam kehidupan...mencari dan terus mencari agar hidup sentiasa berada dalam kegembiraan dengan rahmat dan keredhaanNYA.... selagi mana manusia mendekatkan diri kepadaNYA selagi itu DIA takkan pernah meninggalkan kita...
 
Isnin, 19 September 2011 | By: --Failisa Maskuri-

rentak hati

jaga hati orang-------> bukan perkara mudah

jaga hati ibu dan bapa------------> sangat-sangat la perlu untuk dijaga...terguris sedikit hatinya..kelak kita akan merana

hati sendiri?????-----------> siapa pulak nak menjaganya...[ermm jaga sendiri la gamaknya]

kita..oppss..mungkin bukan kita..mungkin saya saja yang sebegitu...seringkali menginginkan orang lain memahami dan mengerti hati yang satu ni...walaupun ia satu..tapi ia payah untuk dijaga....[ke senang?]

ada orang meluahkan ketidakpuasan hati dengan bercerita kepada orang lain
ada orang yang lebih senang memendam rasa dengan berdiam diri..mencari ketenagan dengan sesuatu yang menenangkan
ada orang akan mencari tempat untuk dia mengadu yang paling afdhal iaitu dengan meluahkan segala rasa di hati dengan mengadu kepada DIA YANG MAHA MENDENGAR...

ya!!! kita diuji dan terus diuji sebab ALLAH sentiasa ingin mendengar rintihan kita kepadaNYA...DIA takkan pernah jemu untuk mendengar rintihan dan luahan hamba2nya...
hanya kita yang kadangkala ego....ego untuk meminta petunjuk dariNYA....ego untuk 'bercerita' kepadaNYA ...sedangkan DIA sentiasa ada bersama hamba2NYA.... HE ALWAYS WITH ME...ALWAYS WITH YOU...ALWAYS WITH US....YOU NEVER ALONE MY DEAR.......




"maaf andai ia melukakan.....maaf andai ia mengguriskan...maaf andai ia membawa ketidaksenangan.....hanya kemaafan yang mampu dipinta....hanya ucapan yang bisa dibicara....andai kemaafan yang dihulur tidak bersambut...serahkan saja pada YANG ESA...agar hatinya bisa berbicara untuk memaafkan...."

"‎bila Berkaitan hati manusia, doalah pada Allah, kerana Allah pemilik hati manusia.." -bonda Dr Shamsiah Muhammad

"mudahkah memahami hati seseorang dengan rentak nada yang berlainan namun tidak kedengaran sumbang??"


        snada-jagalah hati.......


*jgn lupa stopkan lagu kat blog sebelum dengar lagu nih....hihihihi




~waiting 4 the day......moga dipermudahkan urusan......
~akhirnya tarikh yang dinanti telah termetrai.....gembira+hiba = perasaan campur-baur...
~ semester baru dengan gelaran baru dan mungkin jiwa yang baru...
Khamis, 8 September 2011 | By: --Failisa Maskuri-

corat-coret lebaran

assalamualaikum w.b.t......
puhh.puhhh....dah bersawang sana-sini da blog ni..blog pun sibuk beraya jugak macam tuan dia..hahha...*abaikan*

ermmm....rasa-rasanya belum terlambat lagi kan nak ucap salam aidilfitri. almaklumlah syawal kan sebulan so raya pun sebulan dan secara automatiknya ucapan boleh dibuat lagi dalam tempoh sebulan kan.....hehehehheh

dikesempatan ini aku sebagai tuan empunya blog "BINGKISAN ANAK ABAH" ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.....KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIRR.......

raya kali ni tak sesemangat raya sebelum ni. yela umur pun dah meningkat..feel raya pun berkurang..hanya sekadar persiapan yang biasa2. tapi dalam biasa2 tu pun sempat la buat 2jenis biskut raya...cehh...konon takda feel tapi biskut raya tetap nak buat...rumah pun da settle kan seminggu sebelum raya..dah bagi clean n clear da...hahahaah....*takda feel la sangat kan*


pergh...dah lama tak menaip nih..idea pun dah lari dari kotak idea...kering kontang nak susun ayat....ermm..biar gambar jela yang menceritakan segala-galanya...

cakap pasal gambar...manyak sedih ooo.....gambar raya semua da lenyap dari dalam kamera. gara2 tangan kanak2 kat rumah ni yang gatal sangat usik2 kamera...perghh...hilang terus semua gambar...so..yang tinggal hanyalah gambar2 malam raya pertama..kebiasaannya tiap2 tahun family aku mean family besar punya akan kumpul ramai2 kat rumah aku untuk bacaan tahlil dan beraya ala-ala 'family ghatering' laa.... baca tahlil + tazkirah + bermaaf-maafan + bergambar + makan2.....




~walaupun kecik tetap nak menyibuk gak ikut orang main bunga api...isy2...~

~keramaian sedara-mara berkumpul malam raya pertama~

~suasana sekitar majlis~

~riuh-rendah sanak sedara~

~~raya raya gak...solat jangan tinggal-bak kata aqil...hihihhhiih~~


dan oleh kerana gambar raya tahun ni xberapa nak ada...aku tampal gambar raya tahun lepas ja...hahhaha....


~~pagi raya 1431h[taun lpas..hihih]
~malam raya pertama 1431h~~

okies cookies dookies...hehehhe....setakat ni ja corat-coret lebaran yang tak berapa nak coret...idea semua dah berterabur..ingat nak tulis post yang simple macam ni tak perlu idea ke??perlu kot....hahha...*blurr jap....

dalam kita sibuk beraya....menziarahi jiran tetangga dan sedara-mara, ada insan lain yang sedang berduka.. sebenarnya masa raya ke-3 aku dan orang2 kampung tengah *baraan kampung*....[sapa yg tak taw apa tu baraan sila lah cek kat kamus jawa.....hihihi]... kami orang dikejutkan dengan berita kematian salah seorang ahli kariah kampung.....sangat sedih. tetiba suasana jadi pilu..dapat berita time tu kami tengah berehat dari baraan sebelum baraan bersambung pukul2setengah....tapi bila dah dapat berita sedih tu. baraan ditangguhkan keesokkan harinya sebab nak uruskan jenazah...

memang sangat sedih sebab arwah meninggalkan isteri dan anak2nya yang masih kecil. moga anak2 dan isterinya tabah dengan dugaan untuk mereka. alfatehah buat arwah....

























~say sorry to my frends coz tak dapat nak join baraan kelas tahun ni....rasa cam semangat baraan kelas berterbangan....huhuhuhu...alasan.alasan.
~masih menanti sesuatu dari seseorang....tapi mungkin tak kan dapat dimiliki hingga akhir syawal........hhmmm
~counting day.....-----back 2 UM....
~counting day 4 my parents
~counting day 4 ur special day....hikhikhik.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...