Sabtu, 27 Oktober 2012 | By: --Failisa Maskuri-

Dan yang sebenarnya

dan yang sebenarnya...terus berjalan tanpa henti dan ragu
mengejar cita dan impian yang dibina bertahun dulu
sedari kecil menanam impian
agar bila dewasa dilihat sebagai orang
dan bukannya orang-orang...

dan yang sebenarnya...ketika cita-cita dan impian itu dibina
tidak pernah terlintas untuk berhadapan dengan masalah
yang kadang kala meragut ketenangan hati-hari yang dilalui
dulu sangkanya...kejar sahaja impian itu
jadikan ia satu kenyataan
buktikan ia bukan suatu angan-angan
kalaupun punya masalah
ya tentu saja dalam pendakian kita menjejaki impian itu ..

dan yang sebenarnya..dulu aku tak menyangka
permasalahan hati jua turut kan melanda
dalam pelayaran mengejar cita-cita
rupanya ada cerita yang padanya beribu rahsia
yang padanya turut dihujani beribu soalan
yang mungkin aku sendiri tidak punya jawapan

dan yang sebenarnya...
mereka melihat aku terus tertawa
konon hidup sentiasa bahagia tanpa masalah melanda
ceria dan gembira bagai kanak-kanak kecil yang girang
bermain air di gigian pantai

dan yang sebenarnya....
aku turut punya kesedihan
kesedihan yang disembunyikan lewat senyuman yang dihulur
duka yang tertanam dek ketawa yang dipamer
kerna....aku punya DIA yang setia mendengar rintihan hambaNYA
puas aku luah segala padaNYA...kerna DIA YANG MAHA MENGETAHUI segalanya
dan kerna itu....kau menemui aku terus tersenyum
hingga ada antara kalian yang berkata
diriku tersangat bahagia
dan kalian bertanya
siapakah dia gerangannya
dan aku hanya terus tersenyum dalam bicara....

dan yang sebenarnya...selagi belum tiba saatnya
aku akan terus melawan 'cerita' itu
dalam memburu cita-cita yang aku bina dulu...

dan bila telah tiba janjiNYA...
dan telah sampai saatnya....
cerita itu pasti kan berlagu indah sendiri
dan cita-cita itu sudah aku miliki....

 

Sabtu, 20 Oktober 2012 | By: --Failisa Maskuri-

DIA lebih tahu

bismillah...

syukur..dan terus bersyukur...DIA tak beri apa yang kita mahu tapi DIA akan beri apa yang kita perlu

sedar tak sedar dah hampir sebulan lebih  menjalani kehidupan kampus sebagai pelajar super senior... sem lepas senior sem depan bru jadi super super senior...huihuihuiii... teringat kata seseorang-->best sangat ke jadi senior or super senior??...gulp..*telan air liur*....saya cuma nak bagitau dia yang saya dah senior ja bukan nak bangga sebab saya senior...dushh....apada kesalahfahaman di situ...

sem baru kali ni ditakdirkan untuk sebilik dengan adik2 tahun 2...waa memang saya yang paling tua dalam bilik tu..mula2 terfikir..ehh boleh ke aku nak duduk dengan adik2 ni? kalau tak serasi macam mana? isyy..ni yang teringin nak tukar bilik lain..yang ada membe sama batch...macam2 ada dalam fikiran masa tu..salah sendiri gak..kawan2 lain suruh datang cepat tapi nak jugak datang U lambat..buat kak S kot2 baca post ni..sila gelak comey..hahhahah [^__^]"

kegusaran dan keresahan tu hilang beransur-ansur...sebab adik2 semua memang mudah masuk dengan orang dan saya pun boleh jugak la dikatakan mudah masuk dengan perangai2 diorang... takda la dapat adik2 yang pendiam sampai tak mau tegur orang sekeliling dan diorang pun bukanlah jenis yang banyak cakap sampai penat telinga nak dengar...hahhaa... kata orang yang sedang-sedang aja dong....huihuihuihui....mereka menghormati saya sebagai yang paling tua...dan saya menghormati mereka sebagai yang muda..walaupun hakikatnya tak lah saya ni tua sangat kan...hahahaha..

nah.. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA...dan DIA memberi apa yang kita perlu bukan yang kita mahu.... kadang2 kita inginkan sesuatu dan berusaha untuk mendapatkannya tetapi ia bukan tetap untuk kita sebab DIA telah mentakdirkan yang lebih baik buat kita.... macam tulah dalam sesebuah perhubungan...kita beria-ia menjaga dan berusaha membawa sesebuah perhubungan itu lebih jauh..tup..tup..kita terpisah di pertengahan... ya benar...ALLAH sedang menguji kita..dan bilamana kita diuji mesti akan ada sesuatu hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.. mungkin dia bukan yang sesuai untuk mengisi tempat itu dan ALLAH lebih mengetahui siapa yang lebih layak untuk mengisi 'tempat' tersebut.....









--aku ada kerna KAU ada...aku adaMU Ya RABB--
Rabu, 17 Oktober 2012 | By: --Failisa Maskuri-

secebis nama

bismillah... [^____^]

!! peringatan...post ini mungkin membosankan...jadi...selamat membaca...oyeahh (^__^) !!

semua orang ada nama...saya pun ada nama..bila tanya orang lain apa maksud nama diorang..ada ja jawapannya..tu bermaksud nama dia orang ada maksud..bila orang tanya saya, apa maksud nama saya..saya hanya tersenyum dan saya kata saya tak tahu..tapi saya tahu kisah indah disebalik tercipta nya nama saya...sila rujuk nama saya di profile saya..ya!! itu nama sebenar saya.... hihihihih

masa zaman kanak-kanak ribena dulu, bila orang tanya apa maksud nama saya dan saya takda jawapannya...rasa macam sedih..balik-balik rumah terus tanya puan mak maksud nama saya tapi puan mak pun tak tahu..lagi la tambah sedih..T___T bila dah besar sikit baru ada hati nak tanya puan mak macam mana boleh timbul nama yang sangat sedap tu....hihihiihih...rupa-rupanya ada kisah indah disebalik nama tu..kisah persahabatan yang indah..dan mungkin puan mak nak saya jadi sepertinya walau nama kami tak sama pun sebab puan mak dah buat pengubahsuaian dari nama asal....hihihih

teringat masa zaman kanak-kanak macam boboiboy, ramai yang tak boleh sebut nama saya dengan betul..saya pun kadang kala rasa susah nak sebut nama sendiri..hihihi... arwah ustaz [al-fateha untuk arwah ustaz khailani yang sangat baik hati...] selalu panggil saya dengan nama yang berbeza-beza...dan kawan2 pun suka gelak sakan..

waktu sekolah dulu-dulu, saya sangat pantang bila pelajar lelaki panggil nama saya dengan nama gelaran.. rasa pelik sangat..rasa janggal pun ada.. bila ada ja budak laki yang panggil nama saya dengan 4huruf terakhir konpem sia-sia ja dapat omelan + marah percuma dari saya..saya pun tak tahu kenapa tapi apa yang saya tahu saya tak boleh terima...so, budak2 kat sekolah dulu terutama budak2 laki tak ada yang panggil dengan 4huruf terakhir tu kecuali ada la 2 3 orang tu pun sebab member dari tadika lagi...

dan masalah ni berlarutan sampai masuk U...rasa janggal tu ada bila mula2 dengar mereka2 yang berjantina lelaki ni panggil saya dengan 4huruf terakhir tu... tapi diorang bukan tahu pun yang saya tak suka...nak cakap yang saya tak suka rasa cam segan pulak...so, konklsuinya buat-buat biasa dan lama kelamaan rasa janggal tu hilang sebab dah terbiasa...

anda rasa pelik? tak rasa pelik pun?? ok bagus..maknanya anda normal kot....hihihi...
saya rasa pelik...sebab saya takda sebab yang kukuh kenapa saya tak suka mereka2 panggil saya dengan nama biasa2 dan saya lebih suka mereka panggil dengan nama penuh walaupun bagi sesetengah orang nama saya 'susah' untuk disebut.... *ermmm..kadangkala saya kena ulang banyak kali nama saya bila orang tanya sebab mereka sukar untuk 'tangkap' nama saya dengan cepat... wink..wink *

dan kesannya sampai sekarang...bila ada reunion dengan kawan2 waktu sekolah dulu...mereka terus kekalkan panggilan dengan nama penuh...dan.. saya rasa lebih selamat!!...wohaaa... -__-"




Selasa, 9 Oktober 2012 | By: --Failisa Maskuri-


bismillah....

menulis lagi untuk yang sekian kali...'melakar' di atas 'kertas maya' yang terpampang di depan mata dengan menekan-nekan di atas papan kekunci laptop...hati dan diri ini terus mendesak untuk menaipkan sesuatu... walhal buku-buku nota yang dipegang sejam yang lalu masih memerlukan perhatian....buntu!!!!

entah kenapa dan mengapa...tangan ini terus didesak untuk menaip sesuatu walau mengerti peratus yang membaca mungkin kecil sekali...maaf....aku terus diasak untuk menaip dan kalau kalian berasa bosan silakan untuk terus memangkah blog ini... [^____^"]

banyak yang berlegar-legar di pemikiran sampai tak terkejar mana satu yang perlu diselesaikan...banyak dan menimbun..tapi sampai bila nak biar ia tertimbun...arghh...salah diri tuju pada diri..jangan nak salahkan orang lain bila nyata itu salah sendiri....

terngiang-ngiang di minda kata seorang teman lewat melalui kiriman nota kecilnya beberapa tahun lalu...terima kasih teman..mungkin kata2 ini kau telah lupai tapi aku masih setia dengan nota2 kecil itu disisi...

"percayalah...awak takkan mendapat mandat tu kalau diorang tak yakin dan percaya dengan awak...awak buktikan pada diorang yang awak boleh dan awak takkan sia-sia kan harapan diorang kat awak...buktikan yang mereka tak salah menilai awak...''

''jangan buat sesuatu kerana nama kelak ia akan jadi sia-sia....sentiasalah minta bantuan dariNYA...aku dan mereka setia berada disisimu di saat kau perlukan teman untuk membantu..."

ini baru sedikit...ini baru permulaan bagi fasa ketiga....banyak lagi fasa-fasa yang perlu dilalui...banyak lagi kerenah dan mehnah...

kalau dengan mengalirkan mutiara-mutiara jernih itu bisa memberi kekuatan...alirkan ia..keluarkan agar ia bisa bangkit dengan semangat dan kekuatan yang baru....menangislah dan kemudian bina kekuatan itu semula...kerna air mata itu boleh jadi pengubat duka....sebak didalam jiwa namun wajah harus terus mengukir ceria....yakini bahawa DIA takkan menguji hamba-hambaNYA diluar batas kemampuan mereka...




Sabtu, 6 Oktober 2012 | By: --Failisa Maskuri-

itu ini begitu begini

bismillah..... [^___^]

setiap orang ada angan-angan dan impian kan...tak kisahlah sama ada kita dapat capai atau tak angan-angan tu....kalau angan-angan mat jenin memang tak kemana..tapi kan agaknya kalau mat jenin bersungguh-sungguh mesti angan-angan dia tu dah jadi kenyataan kan...wohaa

dulu masa kecik-kecik aku suka sangat tengok sepupu-sepapat yang dah bekeluarga balik ramai-ramai..konvoi keta ramai-ramai balik ke kampung..seronok sangat..so salah satu angan-angan aku masa kecik dulu adalah nak konvoi ramai-ramai dengan adik-beradik yang ramai dan balik kampung sama-sama...feel dia rasa seronok kot :D... selalu berangan bila dah besar..adik-beradik semua dah bekeluarga..then balik kampung sama-sama jumpa mak and abah..seronok kan...[ok...kantoi yang kecik-kecik ak dah pandai berangan.hahha]

and now...dah meningkat dewasa pun...dah besar tapi cuma belum 'bina masjid' ja lagi semuanya.... bila dah duduk dan menetap dekat bandar dan dah jadi orang bandar...bila nak balik kampung time-time cuti hujung minggu ka cuti raya ka cuti sem ka..mesti akan roger-roger adik-adik dan abang untuk balik sama-sama...mana taw boleh pow duit abang tok belanja makan kat mana-mana kedai...takpun buat muka comel tok pow duit adik suruh bayar duit minyak dan tol....tapi lebih banyak aku yang kena pow dengan diorang tok bayar duit minyak dan tol kereta...katanya...dah kereta sendiri,sendiri la bayar minyak...ceit..memang 'bertuah' dan 'beruntung' jadi kakak kan... @-@"

ukhuwah antara adik-beradik tu boleh diikat dengan pelbagai cara dan gaya. kadang yang sulung dan yang lebih tua mesti bijak mainkan peranan...kadang yang muda harus setia melayan kerenah kebudak-budakan yang lebih tua..gaduh kecik-kecik tu perkara biasa..kadang2 kiteorang selalu bertekak mulut..sampai orang tengok rasa pelik.tapi sebenarnya gaduh2 manja..saja nak menyakat..kadang2 ada yang terlebih rajin layan kerenah adik-beradik y ramai. lain orang lain cara..lain keluarga lain perangainya... ^____^







~orang ramai kata tak sabar nak tengok keluarga ni diisi oleh orang luar...berkembang biak keluarga..mesti lagi meriah...kata kami..tunggu ja la saat tu..insyaALLAH andai diizinkan pasti akan ada :D ~

Jumaat, 5 Oktober 2012 | By: --Failisa Maskuri-

terus tersenyum

bismillah...

kadangkala hati dan akal tak seiringan berjalan..
lalu membawa natijah tak seperti yang diharapkan.
lemah dan lelah melayan gelodak yang sentiasa tak seiringan..
sampai bila...
sampai bila ingin menuntut diri untuk terus tersenyum
 walau dalaman tak sekuat luaran???
sampai bila-bila...
senyumlah dan terus tersenyum...
hanya itu jawapannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...