Jumaat, 25 Februari 2011 | By: --Failisa Maskuri-

rindu ke namanye ni...

assalamualaikum..

saje wat tajuk entry bajet hot kau kan...hot ke mek oiii..huhuhu
apa khabar semua insan di dunia ini?? moga selamat belako deh..huhuhu


kamu..aku rindu kamu
rindu amat..bukan aku ja taw
semua rindu kamu..mereka tak nak mengaku ja
tapi betul aku tak tipu...
aku sangat rindu kamu

sunyi amat..lama tak dengar suara kamu
lama tak gaduh-gaduh manja dengan kamu
lama tak buli kamu buat tu buat ni
lama da tak paksa kamu g beli..tuttttt...bila keadaan terdesak
lama tak sembang dengan kamu pasal..tittttttttt
lama da tak nampak kamu makan
lama da tak dengar suara kamu suruh aku buat tu dan buat ni
lama kamu tak suruh aku belanja kamu
lama sangat....

kamu sehat ja kan
kali terakhir aku jumpa kamu.kamu nampak slim sikit
waa..bajet hot la kan ni aku puji
tapi aku taw kamu tetap still maintain kan
bila kamu mahu pulang
aku rindu kamu..

oit..oit...aku tension kau taw
bila aku masak mesti tak habis macam selalu
biasa kalau aku masak tuk lunch
aku mesti ne masak lagi tuk dinner
sebab kau da tibai abih lauk tuk dinner sekali
tapi sekarang kau takda..
lunch + dinner aku masak sekali ja
time dinner panas balik ja
tu sebab kau takda dan
takda sape nak tibai kan tuk ko
jadi..bila nak masak banyak-banyak
aku takde mood..takda feel coz ko takda

tit....tit..aku tersangat pening
bila aku masak nasi sikit ja yang luak
dowg makan bukan banyak
pas tu aku gi masak macam biasa bila kau ada
jadi bila kau takda sapa nak abihkan
kau tahu tak
puan besar selalu kata
kau takda, masakan selalu tak abih
so bila tak abih, jadi la dye nasi goreng wat sarapan sok pagi
tapi..tak kan la tiap pagi nak makan nasi goreng kot kan..huhuhuhu


cop..cop..bukan aku maksud nak suh ko balik tuk abihkan masakan aku
tak la..cume aku rindu kau..hahaha..terharu tak...
akak kau ni kadang-kadang baik..kau ja yang tak taw
kih..kih..kih..serius we aku rindu kamu..
tolong terharu cepat dik..
tapi aku tahu..kau bukan pegi mana pun
kau pergi tuntut ilmu kat negeri seberang ja pun
2 3 jam dari rumah sampai la tempat kau tu kan
tapi..takkan la akak ko ni nak pegi sorang ja
tempat kau tu semua lelaki..i malu la..huhuh
so..kena tunggu bos besar bawak satu family tuk pegi jumpa kau
baru aku nak ikut...kih..kih..
kerna akak kau ni kan pemalu..sila gelak comey dik

bila kau ada kau suka buli akak ko ni kan
ko kata " kak,aku lapo la..ko masak kan tu...ni...dan tu agi.."
amboi ko ingat aku ni chef apa...
tapi aku suka..bila aku masak ko tukang perabih..
aku taw mesti sedap kan..masuk lif tekan sendiri ni..
aku lagi tension..
tengah sedap-sedap aku makan
tetiba ja jari jemari ko landing kat makanan aku
zap...sekelip mata hilang seketul ayam kat pinggan aku
kalau tak hilang seketul pun mesti ada yang hilang
kalau ko tengok ada kulit ayam yang aku tak usik
walhal aku nak jugak makan walaupun berisiko tuk tambah lemak
tapi ada aku kesah..
ko mesti akan jalankan rancangan ko tuk ambik kulit tu kan
walau hanya sekadar kulit ayam goreng
tapi..sedap woo...mesti la aku nak jugak..hahaha..
tapi sebab aku ni akak yang baik
aku bagi la kau tambah lemak lagi banyak dari aku
so ambik la..ambik..aku tak heran pun..huhuhu

aku tak taw ko suka ke tak belaja kat situ
tapi aku nak ko taw
aku suka ko dapat belaja kat situ
mungkin tu bukan sekolah yang cantik yang ada kat pikiran kau mula2 dulu
tapi i like sebab aku nak ko taw..
kat situ ada permata yang kau akan jumpa
ada impian yang perlu kau tunaikan..
walau kekadang makan kau kena catu
ko kena masak sendiri makanan kau
kau kena makan biskut ja malam-malam bila kau lapar
dan kau takda chef yang baik hati macam akak kau ni
tapi kat situ lah kau mungkin dapat bina kehidupan kau
kau dapat membantu kawan-kawan kau
kau dapat mengenal erti yang sebenar
banyak yang kau akan dapat
kalau kau cuba mencari tujuan sebenar kau berada di situ..

amboi..panjang benor aku buat entry pasal kau kan
lau kau baca  agak2 kau jadi kembang bermangkuk-mangkuk tak
tapi..tak pe la..sebab
aku memang rindu kan kau..kih...kih..tetiba
mesti kalau kau baca kau kepelikkan kan
apa buang tebiat akak kau seorang ni cakap sal rindu dengan kau
padahal kalau kat rumah suka buli kau.
elehhh..suka ati aku la nak rindu ke tak..hahaha
rindu kau sangat-sangat la...
lagi satu..bila da kau nak balik..
tapi bila kau nak balik kau inform awal ya
nanti boleh la aku nak balik gak..huhuhuhu
kau mesti rindu masakan aku kan..kan...

oh ea sebelum aku terlupa..aku nak ko taw

ni dia.......


Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikkan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah lah yang lebih mengetahui."


kalau la kau rasa tetiba ja tension kat tempat tu
atau ko rasa nak lari dari tempat tu..
aku nak ingatkan jangan kau berani-berani buat
sebab aku suka sangat kau ada kat situ
walau aku kadang2 rindu
dan kau kena ingat firman ALLAH yang kat atas ni
mungkin ini yang terbaik buat kamu sedangkan kau tak mengetahuinya
ingat tuuu.. (^^,)


sekian..dari akakmu yang merinduimu...wakakakaka (T_T)

~~ entry ni khas tuk adik aku yang berada jauh di negeri orang..negeri ea bukan negara..hahaha..



~ nampak smart tak lau aku letak gambar budak ini berbaju melayu kat sini~





~ tetiba ja rasa nak citer sal budak ni..oh apakah..
~ kekadang bila da jauh baru  reti untuk menghargai nya
~ bila kita inginkan sesuatu, ALLAH tak memberi apa yang kita mahu tapi Dia bagi apa yang kita perlu..
Jumaat, 11 Februari 2011 | By: --Failisa Maskuri-

jangan sedih2..

assalamualaikum...

untuk kamu yang tengah bersedih...don't be sad.. just smile and smile...(^_^)



"Jangan Bersedih" by edCoustic


Dunia ini masih seluas yang kau impikan
Tak perlu kau simpan luka itu
Sedalam yang kau rasa

Memang ada waktu 
Agar kau bisa kembali semula
Percayalah padaku
Kita kan bisa melewatinya

Reff : 
Jangan bersedih oh kawanku
Aku masih ada di sini
Semua pasti kan berlalu
Aku kan selalu bersamamu 
(2x)

Jalan hidup tak selamanya indah
Ada suka ada duka
Jalani semua yang kau rasakan
kita pasti bisa










~ lagu ni untuk kamu yang tengah sedey..jgn sedey2 ea..
~ sedap kan lagu dia..aku suka lagu2 kumpulan ni..hihihihi..
~ sapa yang tengah sedey sebenarnyer ni???? (T_T)
Isnin, 7 Februari 2011 | By: --Failisa Maskuri-

untuk kamu wanita..



assalamualaikum w.b.t

oppss..baru ada post untuk bulan 2 ni. niat kat hati hari tu awal bulan terus nak post sesuatu tapi masa membataskan..walhal takda la busy mana pun kan.. kali ni aku nak post bait-bait indah untuk pembaca blog ni.. tu pun lau ada yang sudi baca la. terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca..hehehehe (^^,)


tapi sebelum tu kan, aku dengan sebesar-besar hati ingin meminta keizinan dan juga memohon kemaafan dari atas kepala sampai hujung jari kaki memohon sejuta keampunan tak cukup lagi memohon se dua tiga juta kemaafan dari penulis asal puisi indah ini andai anda adalah salah seorang yang menciptakan puisi ini. maaf kerana post puisi anda di teratak ini tanpa kebenaran anda kerana saya tak tahu siapa anda dan tak tahu siapa penulis puisi syahdu ini (sebab tu la aku kata puisi ini indah bait nya sebab bukan aku penulisnya..kalau aku yang tulis mesti tak seindah puisi ni kan..huuhuhuh)


yang hanya ada di ingatan, aku dapat puisi ini dari seorang rakan masa aku ambil STAM dulu. then aku pun salin la dekat kertas sebab puisi ni memang masyuk tersentuh kalbu hati jantung jiwa bagai la. then la ni aku post pulak kat blog bagi korang pun tersentuh sama..saling menyentuh gitu.huuhuhuu




1...2....3....baca bismillah ea dulu (^_^) bacalah dengan mata hati. hayati dan fahamilah makna yang tersirat dan tersurat. moga kita mampu mengubah diri menjadi yang lebih baik.amin...


Pandanglah kata-kata ku ini dengan pandangan kasihnya
 seorang saudara terhadap saudara yang lain, renungilah dengan mata hatimu setulusnya…
Janganlah dek kerana peribadi burukku menghalang diri melakukan yang terbaik untuk dirimu sendiri,
 dan demi keagungan agama Allah, Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan
 dan tinggalkanlah kata-kata ku yang menyimpang dari landasan kebenaran………
  
Sahabatku………..
Bermula hari ini binalah kehidupan baru…
Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keislaman dalam dirimu… 
semoga nur ILLAHI akan membening setiap perjalanan dalam hidupmu…….
  
Duhai sahabat muslimahku……..
Keremajaanmu menyegarkan pandangan  dan melimpahkan nyaman pada malam….. 
dengan keremajaanmu, kau bisa saja menakluki dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran….. 
Ingatlah kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia.
 Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka….. 
Kelembutan yang menghiasi setiap langkah dan bentuk tubuhmu 
bakal menyaksikan engkau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat……
  
Peliharalah keindahan yang engkau miliki kerana Allah mengujimu
Dgn menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah
Halus dan sempurna. Berhati-hatilah
 kerana sesungguhnya kaum adam akan menilaimu dengan pandangan yang luar biasa…..

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan hati…
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati 
adalah suara lembut sang gadis…..
Elokkanlah nada suaramu dan perlahankanlah gaya bahasamu…. 
Berhati-hatilah menggunakan lidahmu,
Jangan sampai bibirmu menuturkan bait-bait tajam yang akan menyakiti orang lain…
Fikirlah dengan akalmu sebelum berbicara,
Dan pandanglah teman tertib bicara dan sopanmu bagi hembusan angin yang menyamankan..
Yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan kehalusan peribadimu….
  
Sahabat muslimahku……..
Jagalah pandangan matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati
 dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana….
Jangan sesekali engkau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan.. 
Jangan biarkan mereka mentafsir makna yang bukan engkau mahukan…..
Pandanglah tanpa memberi sebarang makna….
Jadikanlah”ghandul basar” sebagai  hiasan matamu..
 Rebahkan pandanganmu. Renungkan setiap inci bumi, 
nescaya kau Berjaya menghindari dosa yang cuba merapatimu…….

Ukhti yang dikasihi……
Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang 
nescaya kau akan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A’lamin..
Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah & terselindung daunan pengertian….. 
Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat & makrifat…. 
Sedarlah hidup ini hanyalah secebis erti kehidupan.
 Selamilah dasar hatimu & berbisikkanlah pada diri,,,
Alangkah kosongnya jiwa! Alangkah hinanya roh tanpa hiasan hiasan apa-apa! 
Salutilah tubuhmu dengan iman..kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan…. 
Bersihkanlah hatimu,,…
Kemanisan iman sukar dicari & dikecapi tanpa janji Tuhan!!!!
  
Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku 
& memerhati hikmah dengan mata hati…..
Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata
Dan meletakkan perasaan rendah diri sebagi asas dalam mencari ketakwaan…
Zuhud dalam dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman 
serta melupakan sifat cinta dunia yang berlebihan……..
  
Serikandi Muslimah Sejati…..
Alangkah baiknya disaat kau dilanda permasalahan
Kau tega mengutip akar-akar kemelaratan & tega mengukir senyum buat pengubat kerungsingan… 
Tatkala kau dilemma permasalah yang meruncing serta kau berasa putus asa dengan dunia..
maka...sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat ILLAHI…
 moga-moga kau bakal bertemu kedamaian….
  
Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan  matamu dengan air mata keinsafan… 
Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dirimu ke tikar sejadah 
bersera lafaz dan doa dengan hembusan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan……
 Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan kenyakinan bahawa hayatmu setiap detik
 di bawah naungan ALLAH S.W.T…..
Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang lupa erti kehidupan…..

Dan roh ketenangan
 akan mendakap dirimu hingga kau terasa tiada tabir yang menabiri 
setiap kali pertemuan kau dan Dia….
Ketaqwaan hendaklah dipupuk 
agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan tercapai suatu masa kelak, dengan izinnya…. 
Insya ALLAH…….

Akhirul kalam, ingatlah! 
Walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat,
 jangan sesekali menyombong diri…….
Sesungguhnya wanita itu lemah dan dijadkan ar-rijal sebagai pelindung buatmu……
Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh imannya….
Inilah yang bakal mengukuhkan kebahagiaan rohani dan tunjang kecintaan kepada ILLAHII…..
 insya ALLAH……



    -untuk kamu tuan punya puisi indah ni, mohon diizinkan ea copy n paste disini dan minta maaf ea menampal puisi kamu di sini tanpa kebenaran. tolong beritahu saya andai kamu tidak mengizinkan nanti saya keluarkan dari blog ni (^^,) harap-harap diizinkan...huhuhu.. terima kasih banyak-banyak..syukran kathir....arigato gozaimas..tocey..hehehe




~ tiada apa untuk diungkapkan
~ menanti waktu menghitung hari mengira detik (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...