Rabu, 16 Mac 2011 | By: --Failisa Maskuri-

K.A.S'11 ~ Kem Anak Soleh~

Assalamualaikum.....apa khabar iman anda hari ini??....moga dalam keadaan baik dan bertambah baik...amin..

buat yang sudi singgah..tinggal jejak..ataupun sekadar membaca entry kosong..jutaan dan beribu-riban terima kasih untuk kalian..yang baik jadikan ikutan yang buruk jadikan teladan...okey..stop ayat skema..huhuhu

Alhamdulillah setinggi kesyukuran pada ILAHI..dengan limpah kurnianya Kem Anak Soleh'11 berakhir dengan jayanya..berlangsung selama  3hari 2malam di SRA Pekan Semenyih..

melayan telatah dan kerenah adik-adik tahun 5& 6 memang memerlukan kesabaran yang tinggi..soalan-soalan yang tak pernah aku pikir pun bebudak ni boleh tanya..ya..kanak-kanak sememangnya memiliki daya inkuiri yang sangat tinggi..oh..bebudak comey..kamu semua memang mantap..

Asalnya aku tak de terlibat pun dengan kem ni..hanya sekadar menjadi pengganti kepada seorang sahabat. tak sangka walaupun hanya sekadar pengganti..tapi kem ni betul-betul bagi aku satu pengalaman yang amat berharaga.. pertama kali jadi fasilitator untuk budak-budak sekolah rendah..pelbagai kerenah perlu dilayan..dengan keagresifan yang melampau..hanya ALLAH saja yang tahu apa yang ada dalam hati-hati mereka..huhuhuu

"akak2...zaman nabi Adam ada dinasour tak?"  "akak2..agak2nya kalau kita hidup zaman nabi2 terdahulu...agak2 nya boleh tak kalau kita naik semut kat zaman tu..ea la..bukan ke zaman nabi terdahulu..orangnya besar berganda-ganda dari kita..mesti boleh naik kan.."
tengok..soalan kanak-kanak ni memang mantap..cam mana la diorang boleh terpikir sampai macam tu sekali..tapi..budak2 memang  macam tu kan...heheheh..


~ tenaga kerja K.A.S'11~



~yummy..yummy..sedap sangat makanan ni..lembut ditelan~




~ pancing dik jangan tak pancing.. ~


~ da macam rupa apa ja budak2 ni sekali ne touchup..huhuu~



~kami wira-wirawati negara..meluncur gaya kuak lentang..kui2~

sebagai KD multimedia, aku dan temanku diuji dengan sesuatu yang tak disangka.. bayangkan video yang dibuat sampai pukul4 pagi boleh hilang gara-gara laptop jammed dan aku tak save langsung video tu.. macam-macam yang aku rasa tapi..semuanya berpunca dari diri sendiri. nak marah-marah pun tak boleh..tu semua dugaan..

buat kali yang kedua laptop jammed lagi..nasib baik video yang kali kedua tak hilang..dalam saat2 genting + waktu majlis penutupan da nak tiba + video tak bape nak siap kami berusaha sebaik mungkin tuk memberikan yang terbaik...

namun, seperti yang dijangka..ia tidak berapa memuaskan.. dengan gambar ada yang terbalik + lagu main aci masuk ja +...... kami pasrah ja dengan segalanya..huhuhuhu..



 

~taw ke nak lastik tue dik oi.~



~ye..kita ikat..kita angkat..,jgn smpai jatuh~

 
~1..2..3..smile..walaupun mata kena tutup~



~alamak ramainya peminat I<---bisik sikecil..~





~saya lah jejaka terkacak dalam sekolah ni...~


~akak fasi..make up cantik2 ea~

~apalah nasib diriku tersadai di sini~

~ tokoh pelajar terbaik lelaki sepanjang K.A.S~


~tokoh pelajar terbaik perempuan K.A.S~

~ ala..ala.meh abg fasi tolong bersihkan..~


apa-apa pun terima kasih kepada organisasi K.A.S sebab bagi aku peluang tuk handle kem ni walaupun sebagai penganti... pengalaman yang aku terima amat2 berharga...terima kasih sangat kat kengkawan yang tolong ambil gambar waktu kiteorang duk kelam kelibut buat video...huhuh....

buat adik2 yang disayangi..semoga kem ni dapat mendidik kalian menjadi insan yang berguna buat keluarga, agama, bangsa dan negara... jadilah anak-anak yang soleh penyejuk hati ibu dan bapa... sayang korang ketat-ketat...huhuhuhu












~ terima satu berita yang mengejutkan ."mak dah tak da..dah pergi jauh menghadap ILAHI".. sabarlah teman..ALLAH lebih menyayangi nya.. Al-fateha buat ibunda beliau yang kembali kerahmatullah pukul 3lebih petang tadi..moga rohnya dicucuri rahmat....

Selasa, 8 Mac 2011 | By: --Failisa Maskuri-

kisah lalu

pagi ini bumi kota basah dilimpahi hujan rahmat dari Dia Yang Maha Esa
damai dalam kesejukkan air wudhu untuk bertemu Cinta hakiki
sujud ku panjang dalam keheningan pagi
dalam mengadu dan terus meritip..
terpikir dihati
gerangan apakah yang bakal menyapa dalam takdir ku untuk hari ini


semalam..kenangan yang mungkin sukar untuk dilupakan
hujan dihati yang turun tanpa henti
menangisi segala dosa dan noda yang telah terjadi
menyesali segala kekhilafan dalam melayari bahtera kehidupan..
dalam melewati mehnah dan ujian yang mendatang...


mungkin aku lah insan yang bersalah
kerna tidak tahu menghargai rasa dihati mu
mungkin akulah insan yang terasing
kerna begitu tega menyakiti hati dan dirimu


lama aku bermonolog dengan diriku di pagi itu
beserta hembusan angin pagi yang mendamaikan
berusaha mencari dimana silapnya
dimana titik permulaannya
dimana awal kejadiannya
sehingga begini kisah persahabatan kita
sedar akan kealpaan diri sendiri
mungkin segalanya berpunca dari hati ini
maafkanlah..andai benar aku punca kisah ini tercipta


kau di depan mata..namun..
aku rasa terlalu jauh..jauh dari hati ini
perit..namun tidak tahu dari mana harus aku mulakan
agar kita bisa merungkaikan kekusutan ini
syaitan apakah yang begitu tega merasuk jiwa ini
sehingga aku tak bisa untuk menghalangnya


kita kini beda
tiada lagi seperti dulu
sungguh aku terasa terasing
sungguh aku terasa nyilu bagai dihiris sembilu
mengapa begini kisah kita akhirnya....


aku rindu kisah kita yang dulu..
satu kupinta darimu
ucapkanlah andai aku yang menjadi puncanya
maafkanlah andai aku yang membuat kau terluka
luahkanlah agar terungkai segala beban yang ada..
sungguh aku menjadi perindu kisah kita yang lalu...
aku pinta darimu teman..maafkanlah andai ada luka di hatimu
jika ia kerna aku penyebabnya...




* credit to 'dia' untuk puisi ni (^_^)














~oh assgment ku yang melambak-lambak,sabar ea menanti giliran
~ kuatkan hati, mantapkan iman, tabahkan diri.... (**,)
Rabu, 2 Mac 2011 | By: --Failisa Maskuri-

hero terbang??

assalamualaikum....


petang tadi..balik je dari bilik kawan,tengok ada mesej kat YM..

adik aku : aqil jatuh tangga kat surau.dari atas sampai bawah...berdarah-darah muka dia..

what???? gelabah semacam da aku rasa. terus talipon puan besar..

aku : assalamualaikum mak..
mak : wsalam..
aku : kenapa dengan aqil mak? macam mana pulak boleh jatuh sampai macam tu sekali?
mak : tadi mak tengah salam-salam nak balik. tetiba mak nampak aqil da dekat tangga. mak pegi la dekat dia. tak sempat mak sampai dia dah terjun dulu dari atas sampai bawah. tak ke tergamam mak di buat nya
( dalam hati aku..agaknya budak kecik ni tak menyabor-nyabor nak balik rumah kot..tu pasai dia buat terjunan gaya bebas)..
aku : sekarang camne budak tu mak?
mak : da ok la kot...tu tengah dok main-main depan tv..mak rasa nak pengsan tengok darah dia keluar banyak..masa dia diam,mak ingat dia pitam ke apa.mak risau dah. rupenya dia tengah hisap jari..
aku : isy budak ni..ada2 ja la. tu la ligat sangat jadi orang....bla...bla..bla...


dan perbualan berlangsung sampai la talian tu terputus sendiri..celcom ni suka macam tu. orang tengah dok seronok menyembang. sesukasuki dia ja nak putuskan line..huhuhu

serius masa dengar berita dan cerita mak aku tu, aku rasa cam nak balik rumah sekarang jugak..ni menunjukkan aku seorang akak yang take care kan..hahahah... tapi apakan daya esok awal-awal pagi lagi aku da ada kuliah.. pentingkan yang penting bak kata ustazah aku. so aku dahulukan yang lebih penting dari yang penting..

apa la budak kecik ni,nak jadi hero malaya pun tak payah la sampai buat terjunan bebas. buat aku gelabah ja.. da la dari cerita mak aku tu, aku dapat bayangkan tragedi yang berlaku sebenarnya.. abih la ada parut kat kening tu budak oi.. da tak hensem la sekarang ni..kih3

tapi, apa-apa pun budak kecik tu bakal belajar daripada pengalaman dia.. jangan main dekat tangga nanti jatuh..hahaha.. tapi kan..kalau tak luka-luka tu tak nama hero la kan.(isy..memang la nama dia bukan hero.nama dia Aqil)


meh tengok budak hero malaya ni......
~

~
~
~


~comey kan saya....budak mata bulat...~


selepas jatuh tangga........
~
~
~
~

~budak yang cedera..ohw..abih la berparut kat kening tue~



~ seperti biasa..kena cover macho..budak lelaki mana boleh nangis lama-lama kan..okey..saya dah senyum..mak belanja makan burger...smile!!! (^^,)~












~lumrah kehidupan..tak selamanya kita kan berada di atas...
~ maaf andai ia silap diriku
~ sukar untuk memuaskan semua pihak..dan beralah bukan bererti kalah..namun mungkin itu jalan yang terbaik..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...