Ahad, 26 Jun 2011 | By: --Failisa Maskuri-

pilihan sendiri vs pilihan ibubapa

assalamualaikum w.b.t...moga redha ALLAH sentiasa mengiringi langkah2 kehidupan kita dimuka bumiNya ini (^^,)

entry lagi?? wa..saya pun tak tahu kenapa rajin sangat nak menaip entry kali ni..tak pe la..kalau anda rajin membaca..teruskan. kalau tak berminat...teruskan juga..mungkin ada sesuatu yg anda akn perolehi..tetiba rasa skema ayat aku..hehehhe

kejadian : sekitar majlis kenduri muputi[jawa version] bayi[malay version] apa tah org melayu panggil kalau kenduri baby ni..aku pun xtaw..hahah. sekali dengan majlis pertunangan.
waktu: lunch..rehat dari merewang..isi perut..

tengah2 makan dengan makcik2 yang merewang@ gejobos..tiba2 datang segerombolan tetamu yang memang diundang oleh tuan rumah.rombongan dari pihak bakal pengantin lelaki. rombongan merisik dan bertunang dari lelaki. aku yang tengah syok2 melayan lauk pauk untuk dimasukkan dalam tekak..tetiba bangun dan berdiri..terjengah2..[ikut gaya makcik2 dan sepupu sepapat aku yang sibuk nak tengok yang mana satu tunangnya(bakal pengantin lelaki la) sebab kami semua tak kenal lagi..haha..] nasi dibiarkan dulu..janji dapat tengok yang mana gerangannya...fuhh..itu rupanya orangnya...alhamdulillah..moga berkekalan.. sambung balik isi perut dan layan lauk pauk yang ada depan mata...

sambil makan sambil sembang dengan member sebelah[kawan baik katakan]...nasib baik tak tercekik..
dye : mek..ko nak tengok gambar nye?
aku : boleh gak..bawak cni..eh..orang mana ni..kedah ea?
dye : eh..takla..orang pulau pinang..
aku : utara mari la..hihihi...
dye : kau nak tahu..dorg berdua ni tak kenal pun..tak pernah jumpa pun..
aku : ha??..ea ke?? pilihan keluarga? bagusla..nampak baik.. moga berkekalan hingga akhirnya...
dye : ya kot..ok la.....--->perbualan seterusnya adalah rahsia..hahha

sambil2 sembang...telinga fokus kat perbualan makcik2 kat tepi...katanya si perempuan setuju dgn pilihan keluarga sebab dia yakin dengan pilihan ibubapanya..mungkin dia dah minta petunjuk dari Yang Maha Esa..kita doakanlah agar mereka berbahagia dan setia mengikat janji hingga akhir hayat..
si perempuan tampak ayu dgn pakaian yg mnutup aurat.tudung labuh tetap menjadi pilihan. baik orangnya..mungkin kerana itu dia redha dgn pilihan ibunya...

kalau kalian bagaimana?? percaya dengan pilihan sendiri atau yakin dengan pilihan ibu bapa? nah tepuk dada tanya iman di hati..sesetengah manusia lebih suka pilihan sendiri kerna mereka mahu yang benar2 terbaik untuk menjadi imam dalam keluarga mereka untuk selamanya hingga akhir hayat. setengah manusia lain pula lebih percaya pilihan ibubapa itu ada keberkatannya kerna ibubapa pasti akan pilihkan yang terbaik untuk anaknya.tak mungkin ibubapa mahu anak mereka sehidup semati dengan orang yang mereka tak yakin baik buruknya untuk jadi pendamping anak2 mereka..nah..persoalan untuk kalian..tanya kata hati yang dipandu akal yang sihat..mana yang lebih baik..apa2 pun..minta lah petunjuk dari ALLAH dalam setiap perkara..

tak bercadang untuk mengulas panjang pasal topik nih..sebab aku taw semua orang da ada jawapannya dan dah tahu pun apa hukumnya ber'couple' dalam islam..takda istilah 'couple islamic' kalau ia haram ia tetap haram tak akan jadi halal..halal setelah kau wahai adam nikahi dia si hawa...halal setelah ikatan terbina dengan lafaz akad bersaksi wali dan tok kadi..halal setelah kau sah menjadi suaminya duhai lelaki....
pelik tengok segelintir manusia yang tahu tapi pura2 tak tahu... sekalipun dia bukanlah pilihan ibu bapa dan merupakan pilihan kita..tak bermakna kita bebas untuk menjalin hubungan sebelum sahnya ikatan. berbicaralah sebaiknya dengan orang tengah yang lebih layak. biarkan mereka yang menguruskannya. andai benar dia jodohmu dan sudah tersurat di dalam takdimu pasti dia akan menjadi milikmu kelak..




aku yakin kau yakini dan kau ketahui tentang ia wahai sang adam dan hawa...

berbahagialah insan2 yang mengutamakan cinta ALLAH dari cinta manusia biasa
berbahagialah mereka insan2 yang saling berkasih sayang dalam mencari redhaNYA
berbahagialah mereka yang menjaga ikatan yang tulus suci tanpa dicemari dosa noda
berbahagialah mereka yang dalam hatinya meyakini bahawa ALLAH telah menetapkan yang terbaik buat dirinya
berbahagialah insan2 yang menjaga cintanya kerana ALLAH..yang menjaga hatinya hanya untuk yang benar2 layak disayangi...
moga bahagia itu menjadi milik kita.....(-.-)



~cantik benda alah ni..ermmm~hahhahha






~berbahagialah hati yang yakin setia akan janji2Nya...en.hati tolong kuat...en.iman tolong mantap... en.ahlak tolong perindah...en.akal tolong seiringan...en.jiwa tolong tabah...wahai diri...tolong perhebat...
~bosan pulak duduk rumah lama2... bila agaknya boleh masuk sem ek...hahha...nampak bebeno tak menyabo nya...
~back to UM for a few days...(**,)
Khamis, 23 Jun 2011 | By: --Failisa Maskuri-

kisah tempe dan kerepeknya..

assalamualaikum w.b.t..apa khabar iman?? tingkatkan amal mantapkan iman tambahkan bekalan dalam perjalanan ke dunia abadi kelak.
tetiba jadi tersangat la rajin nak mengupdate blog ni kan..urmm mungkin disebabkan kadar kebosanan yang kejap naik kejap turun kot..ni la manusia, tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. bila duduk dekat U, rindu nak balik rumah. bila da ada kat rumah,sibuk pulak nak balik U. nak melalui hari-hari yg penuh dgn kuliah..hahha...manusia..manusia...tapi sebenarnya, kalau cuti 2 dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat comfirm sangat la cuti kau tak bosan dik...hahahah

sejak duduk lama kat rumah ni..rutin harian bertukar jadi rutin mak aku pulak..tapi tak pe la..bak kata mak..belaja dari sekarang. nanti da nak kahwin tak de la semua benda tak tau buat..heh..
bila mak jadi tersangat sibuk dengan bisnes kerepek tempe dia,maka tugas2 rumah diserahkan kat pembantu peribadinya...hahaha..aku la tu..eh jap..tetiba nak promote kerepek tempa mak aku jap..

mak aku ada buat bisnes kerepek tempe. terima sebarang tempahan yang berkaitan dengan tempe. kalau ada yang berminat nak tempah tempe mentah tuk masak kat juadah atau nak tempah kerepek tempe tuk dimakan time lapo2.boleh la tempah kat nombor ni -0332136344 @ 0193693585-Ct Mas Cendana Ent. (^^,)

~ tempe mentah~
      
~kacang soya sebelum diproses menjadi tempe~
~setelah dipotong menjadi nipis untuk digoreng~

~taadaa...ini dia kerepak tempe yang telah siap dipacking...hihih...sedap dan ranggup~





so...kepada penggemar tempe dan kerepek tempe..apa tunggu lagi..mai la rasa ini kerepek...sedap dan lazat.. kalau berminat sila lah hubungi nombor yang tertera dikaca komputer anda...hahahha...

okey..stop buat promotion..back to the main topic..alamak.!!!..tak jadi nak cerita pasal topik utama tadi la..tajuk entry pun da tukar..so kita buat ja la entry pasal tempe dan kerepeknya...hahahhaa..
mai..mai..singgah mai..pakat singgah ramai2 mai....dijamin halal,suci dan bersih...
mak lepas ni boleh tambah gaji??? da tolong promote kat blog i ni....kih..kih..kih...

kalau nak tahu..bermula dari awal sampai akhir proses tempe menjadi kerepek tempe ni semuanya mak aku lakukan. kami tak ambil tempe dari pihak lain sebab mak yang buat tempe mentah tu sendiri. dari kacang soya, then jadi tempe mentah then jadi kerepek tempe.,semuanya mak saya yang buat..hihihihih... cuma kacang soya la mak saya beli sebab mana la mak i taw buat kacang soya...huhuhuhu..sebab tu dijamin bersih,suci dan halal...(^^,)







~ terpaksa la buat kat entry lain tajuk entry yang asal nih tadi...heheheh
~eeh...sejak bila ada deria rasa ke6 nih..tetiba ja sama pula fikiran kita...hahahha
Isnin, 20 Jun 2011 | By: --Failisa Maskuri-

kerna dirimu begitu berharga

menurut kata orang semalam adalah hari bapa..kata aku pula: eh..ea ke?? asal aku tak taw...ceh..bertuah punya anak..cam mana la aku boleh tak ambik kisah langsung...oit..mana ada..tak bermakna kalau aku tak tahu semalam hari bapa aku tak menghargai abah tersayang..sebab sama seperti hari ibu yang aku anggap setiap hari adalah hari ibu macam tu la jugak hari bapa..bagi aku setiap hari adlah hari bapa dan hari ibu..kerna tanpa mereka berdua siapalah aku..kalau sebelum ni aku bercerita perihal emak sempena hari ibu, mungkin ada kisah abah untuk entry kali ini...hehehhe..

sebelum aku terlupa dan sebelum entry ni menjadi semakin panjang, tolong jawab salam aku dulu..heheh. Assalamualaikum. semoga ditetapkan iman kita.. dah jawab salam?? bagus..bagus..bagus..(-.-)

~dia yg banyak berkorban untuk keluarga tercinta...my beloved Abah~

     


dari jauh aku memerhatikan seorang insan itu
yang begitu banyak menabur bakti
yang begitu setia menunaikan janji
mendidik, mengasuh, mengajar, mencari nafkah dengan rela hati
atas nama tanggungjawab sebagai seorang suami buat si isteri
atas nama ketua keluarga yang tergalas dipundaknya

rambut yang dulunya hitam menutupi kepala
kini kian betukar warnanya
sang putih mengambil peranan
helaian-helaian uban mula kelihatan
suara lelaki itu yang mula kedengaran saat aku dilahirkan ke dunia
bait-bait kalimah yang keluar dari mulutnya begitu mendamaikan
azan dan iqamah menjadi santapan
dia lelaki yang pertama mendengarkannya kepadaku
hati ibu tersentuh rasa sayu...

ketegasannya mendidik kami agar bijak menjaga diri, kemarahannya tanda sayang, pukulan atas kesalahan yang kami lakukan tanda mendidik diri, bebelan dan nasihat yang diluahkan tanda mengasihi agar anak-anaknya bisa menjadi insan yang berguna...
aku suka melihat senyuman yang terhias dari bibir abah..sungguh manis...abah seorang yang tegas dan boleh dikatakan garang.huhuhuhu..... tapi aku tahu,ketegasan dan kegarangannya membuktikan dia menyayangi kami..(^^,)..tapi kalau abah senyum,kekacakkannya terserlah...heheheh...

teringat waktu kecik2 dulu...abahlah yang mengajar mengaji,lepas ja mengaji abah akan suruh anak2nya buat praktikal solat depan dia..betul kan mana yang tak betul. waktu mengaji pulak,rotan mesti tak lepas dari tangan abah.sentiasa ada disisi..kata emak, dulu pernah arwah nenek sorokkan rotan abah tapi abah beli pulak yang baru..huhuh..nasib2..ah..kenangan waktu kecik kalau nak cerita takkan abih sehari..hehehhe..

bila dah dewasa macam ni, kekadang rasa rindu pulak nak dengar abah marah aku (kalau marah budak2 kecik kat rumah ni, aku da selalu dengar..hahhaha)  kekadang pulak nak rasa balik sakitnya waktu kena pukul time kecik2 dulu sebab nakal sangat..hahhaha...ada ke patut...

tetiba teringat satu peristiwa masa pergi bercuti baru2 ni. peristiwa si ayah memukul kepala anaknya. bagi aku kalau pun nak mengajar anak2,kepala bukanlah tempat yang selayaknya untuk dipukul. si anak tu baru kanak2 kecil yang mungkin berusia 2 3 tahun. sekadar menasihati dan kalaupun nak memukul,pukul la kat tempat sepatutnya. takpun cubit2 sayang ja. tue kan dah memadai. aku yang melihat rasa kasihan dan simpati. aku pulak jenis yang tak boleh tengok orang sikit2 nak main pukul kepala. ingat kepala tu bola ke apa?? isy..isy..segarang-garang bapak aku pun,kepala tak pernah menjadi tempat untuk dipukul..

back to the topic...huhuuhuh...HAPPY FATHER'S DAY TO MY ABAH, MOHD MASKURI BIN HAJI SIDEK..semoga impian abah dan emak untuk menjejakkan kaki ke sana menjadi kenyataan tahun ni.. 

selamat hari bapa juga untuk semua ayah, abah, abi, bapak di dunia dan tak lupa juga buat bakal2 bapa.hehhe...selamat menjadi bapa..tanpa bapa, siapalah ketua keluarga... love u so much,dad.. uhibbuka fillah ya abi...(^^,)

~sewaktu menyambut hari kelahiran beliau ketika berusia 48tahun~ abah aku masih muda kan..huhuhhu







~kalau time cuti sekolah,mesti nak cari peluang tuk bercuti dengan family..tak payah pergi tmpat yang jauh2 atau mahal2 coz tu semua tak penting. yang penting kenangan dan pengalaman yang dilalui bersama tu yang akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan~ 
~ orang selalu tanya, bila agaknya mak dan abah nak buat kenduri kahwin, nak terima menantu..alahai..sabarlah makcik pakcik semua..anak2 abah dan mak ni masih belum cukup dewasa lagi..hehheh
Sabtu, 18 Jun 2011 | By: --Failisa Maskuri-

keriangan berganda..lalallala~~~

assalamualaikum..hai apa khabar??? lama dah blog ni menyepi dari sebarang penulisan..hohoho..bukan malas cuma tak rajin ja mungkin---ehh tak sama ke??? whatever..

kata orang-->dalam derita pasti akan terselit bahagia..dalam bahagia mungkin ada derita. duka dan lara seseorang mungkin tersembunyi disebalik senyum dan tawanya..segala puji dan syukur itu hanya pada ALLAH.. Dia lah yang memberi nikmat ini dan Dia jua lah yg mampu menarik nikmat ini mengikut kehendakNya.

kadang2 kenikmatan yang diberi akan membuat kan manusia lalai dan semakin lalai..namun tak semua nya begitu. ada yg semakin bersyukur dan ada yang sebaliknya..biasalah rambut sama hitam tapi hati lain-lain..huhuhu

balik ja dari pulau pangkor tetiba mak aku bagitau ada surat sampai..katanya dari UM..ingatkan surat hutang ke apa.rupa-rupanya slip keputusan peperiksaan...fuhh..lega ja rasa..akhirnya sampai jugak benda yang ditunggu2...mak yang buka slip result tu dan alhamdulillah hanya itu yang mampu diucapkan.. itulah hasil dari usaha yang aku lakukan..mencukupi target untuk sem ini...alhamdulillah a'la kulli ni'mat (^-^)





~ha..tgok subjek yg aku ambek tok sem ni ja ea..result nye biarlah rahsia..haha..lau x nampak..klik uk tumbesaran~
~kt Purnama Beach Resort,Pangkor...biliknya boleh tahan selesa la..huhuu~

                                                     ~tenang dengan kedamaian laut..hihihh~

                    ~trimas byk2 kt dorg sume coz sggup join trip ni..heheh..thanks kpd phak pgnjur~

 
   ~hanya kami di sini bersama mereka..wawawa~





kata orang nak cari pengalaman hidup kita kena merantau..nak cari memori indah kita kena berhijrah..nak kutip pengalaman berharga kita pergi melancong...aku rasa bukan senang nak kumpul ramai2 camni bila masing2 dah menempuh alam perkahwinan.so,selagi masih bujang dan belum berapa ada tanggungjawab yang perlu digalas,makanya rebut lah peluang yang ada tuk berkumpul bersama sahabat2 dan kutip memori indah bersama untuk dikenang pabila hari semakin menginjak dewasa...aku rasa sepanjang percutian ni banyak benda yang aku tak pernah buat, aku buat..aku dapat rasa sesuatu yang belum pernah aku rasa..

terdengar kata dari seorang rakan-->kalau bercuti dengan family tak tentu lagi kita dapat buat semua ni..berjalan tengah hutan waktu malam, pergi ke pulau, dan sebagainya..
aku pun tak pernah terfikir yg aku akan naik banana boat tu sedangkan selama ni bila tengok orang lain naik aku rasa takut nak naik.tapi bila dah naik rasa bahagia dan serasa bebas bila berada diatas laut dengan dibuai angin yang mendamaikan..serasa ada satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan..dan tetiba aku harus akui kata2 dari rakan aku tadi..mungkin aku tak kan rasa dan buat semua tu kalau bercuti dengan family...
tapi...apa2 pun. sama ada bercuti dengan family ataupun bercuti dgn kawan keduanya ada baik ada buruknya...tak gitu???? (^^,)


~kami bersyukur atas kurniaan dan rahmatMu Ya Allah..redhailah perjalanan kami dimuka bumiMu ini~










~ingatkan saat itu adalah kali pertama dan terakhir..rupanya ada yang kedua kalinya....aku tak pernah meminta untuk yang kedua ini...namun aku mengerti ia adalah satu ujian untuk menguji kekuatan hati dan iman ini~
~serasa ada kehangatan dan kesesakkan di satu sudut yang dalam
Sabtu, 4 Jun 2011 | By: --Failisa Maskuri-

dia semakin menghampiri

assalamualaikum...salam mahabah buat semua umat islam  (^^,)

waktu berlalu biar kan berlalu dan bisa lah memuhasabah kembali diri apa yang telah dilakukan dalam meniti hari-hari dalam kehidupan..

sedar tak sedar masa semakin jauh meninggalkan kita dan kini REJAB sudah muncul menampakkan dirinya.. dan terasa aura RAMADHAN kian menghampiri sebelum SYAABAN mendekati..

mungkin antara kita ada yang mengambil berat perihal bulan-bulan islam dan ada antara kita yang hanya sibuk menghitung hari dalam bulan-bulan masihi (seperti saya..huhuhu) mungkin mengira detik hari kelahiran konon nya..

kata orang kalau nak rasa nikmatnya kedatangan bulan ramadhan,maka kena la mula latih diri puasa pada bulan rejab dan syaaban. baru ada feel untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah.. kata orang lagi..kepada sesiapa yang ada kosong2 time puasa tahun lepas dan belum berganti..cepat2 la ganti..huhuhu..tak baik taw ganti lambat2

"Ya Allah berilah keberkatan kepada kami sewaktu di bulan Rejab dan Syaaban dan panjangkan umur kami untuk berada di bulan Ramadhan" amin...

moga hambaMu ini dapat bertemu dengan bulan yang penuh barakah Ya Allah...

kini..dia semakin menghampiri...dan akan mendekati...

sedikit info tentang bulan rejab yang diambil dari sini


Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJ-Nya, Sya'aban dengan malam NISFU-Nya Ramadhan dengan LAILATUL-QADAR-Nya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
  •  Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
  • Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
  • Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
  • Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
  • Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.




`
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...