Sabtu, 23 Julai 2011 | By: --Failisa Maskuri-

TANGIS INSANI

sering kali nk bercerita sesuatu..tapi bila da mula menaip, idea seakan-akan hilang dibawa arus deras air yang mengalir...fuhh hiperbola yang melampau la kamu... ohw ea. lupa sesuatu. Assalamualaikum buat semua umat islam di muka bumi ini..moga redha ALLAH sentiasa bersama kita hendaknya :)

pernah jumpa seseorang yang mempunyai pelbagai identiti? pernah tak rasa yang kita cukup mengenali seseorang tapi ada waktunya seolah-olah dia bukan lah orang yang kita kenal? atau pernah tak rasa betapa payahnya nak kenal orang yang dah lama menjadi kawan kita?? dan rasa tak soalan yang aku tanya ni agak berbelit-belit dan tersangat la pelik???? hahahha *peace*

okey..soalan kat atas tadi sila abaikan sebab ia tak ada kena mengena dengan entry pun..sorry semua.. kali ni soalan yang betul2 punya.. korang pernah rasa tak sebab apa tetiba ja korg rasa air mata korang tu nak sangat2 keluar dan mengalir tanpa ada sebab?? korang pernah tak fikir kenapa sesetengah manusia begitu egois untuk menangis??korang pernah tak jumpa seseorang yang bila dia marah dia akan rasa nak menangis? atau korang sendiri adalah orangnya?? dan korang pernah tahu tak kenapa air mata wanita tu dikatakan sangat murah dan terlalu mudah untuk mengalir sedangkan air mata lelaki tu teramatlah mahal untuk dikeluarkan dari kolamnya?? hihihh... 
[tapi aku tengok adik LELAKI aku yang kecik ni senang ja nak nangis...buli..buli..dan buli lagi...hahha..oppss]..
~~jawapan aku tuk soalan tu: aku tetap tak tahu kenapa...mungkin korang tahu..meh2 cer citer ckit kenapa..

meh sini nak bagitau..ada satu info pasal tangisan air mata nih..dah lama aku simpan dalam 'kotak' laptop ni dan aku rasa mungkin boleh kita share bersama..sharing is caring n loving kan...


 ada 10 jenis tangisan :
  • Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  • Menangis kerana rasa takut.
  • Menangis kerana cinta.
  • Menangis kerana gembira.
  • Menangis kerana mengahadapi penderitaan.
  • Menangis kerana terlalu sedih.
  • Menangis kerana berasa hina dan lemah.
  • Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang.
  • Menangis kerana terikut-ikut orang menangis.
  • Menangis kerana munafik (pura-pura menangis).
*tapi kalau la tiba2 ada aliran suci yg mengalir tanpa sebab..kenapa plak ek??

tapi..air mata yang paling berharga adalah air mata yang mengalir kerana merasakan diri ini hanyalah seorang hamba yang hina dan dina dan betapa kerdilnya kita disisi ALLAH S.W.T..air mata yang mengalir kerana rasa keinsafan atas segala dosa yang dilakukan..air mata yang mengalir saat tunduk dengan tawadhu'nya seorang hamba di pertengahan malam saat insan lain diulit keindahan mimpi..air mata yang mengalir hanya keranaNYA...

Firman Allah SWT yang bermaksud :::
" Dan bahawasanya, Dialah yang menjadikan seseorang itu bergembira (tertawa), dan berdukacita (menangis)."
Surah An-Najm, ayat 43
  

Sucikanlah empat keadaan dengan empat perkara :::
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan.
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu.
  4. Dosa-dosa silam yang disulami dengan taubat kepada Zat yang memilikimu.
*info di atas sekadar perkongsian..kalau salah tolong perbetulkan..aku kan budak baru belajar...hihihi*

-egoisnya manusia bila ia merasakan tangisan itu bakal menjatuhkan kredibiliti dirinya..bakal menampakkan yang dirinya seakan-akan lemah hanya dengan mengalirnya air mata..tapi mereka harus sedar dan tahu..yang ada satu info mengatakn air mata adalah sejenis air yang dapat berfungsi dengan berkesan untuk membersihkan mata dengan BERSIH SEBERSIHNYA....jadi..kenapa rasa berat untuk membiarkan ia mengalir.??

kadangkala..dengan tangisan yang keluar kita dapt merasakan ketenangan yang didamba...mungkin juga seolah-olah dapat mengurangkan beban yg dipikul sebab kita akan rasa sepertinya beban itu mengalir sama derasnya dengan air mata yang mengalir..

menangis bukan bermakna kita menjadi seorang yang lemah..bukan juga seorang yang ciwek atau mungkin cenggeng..tetapi dari tangisan kita dapat kumpul kekuatan...mungkin lain orang lain caranya.. tapi bagi aku..tangisan bukan bukti kelemahan...
---->agak-agak kalau anjurkan 'hari menangis sedunia' ada orang nak join tak?? [ada..baby-baby yg comey akan join program ni...hahhahah..sgt2 comel okey..]



~sya budak yg cerewet..cenggeng.comel dan comot..hihihi..[senyum la sikit..huuhu]
~siapa saya?? saya budak comel..comot..ciwek...hiihhi..~[muka nk nangis la brader nih..]












~kamu adalah satu2 nya watak dalam hidup saya yg amat2 susah sya nak paham..kamu paham ke apa yg saya kata??hahah...
~kata seorg teman: ak sgt2 takut bila dia marah..walaupun dia bukan marah aku..tapi ak rasa mcm dia marah ak ja..thats why aku tkut tgok dia marah...kata aku pulak: aku rasa lebih baik kau takutkan kemarahan DIA....da lupakan ja semua tu...huhuh


Isnin, 18 Julai 2011 | By: --Failisa Maskuri-

ramadhan datang lagi.... (^^.)

assalamualaikum buat semua pengunjung blog yang tak seberapa ni...persoalannya ada ke pengunjung???hihihih

pejam celik pejam celik pejam lagi tak celik-celik tu maksudnya kau da pergi ke dunia lain la...oppss sekarang da syaaban. dah separuh syaaban pun..so maknanya tak lama lagi ramadhan la kan....fuhh...macammana dengan persiapan kita untuk menyambut bulan yang penuh barakah dan kemuliaan ni.. jangan sekadar persiapan yang kita buat semata-mata untuk menyambut aidilfitri tapi persiapan untuk ramadhan kurang sekali..

realiti...2 bulan lagi sebelum munculnya ramadhan, ramai orang yang berpusu-pusu ke pusat membeli-belah. dah memilih kain untuk dibuat baju. dah terngiang-ngiang di kepala warna tema untuk tahun ni..errmm..sempat ke nak pakai semua tu kalau ajal maut terlebih dahulu memanggil..oppss..sekadar peringatan kerna saya juga begitu...cuba untuk menyedarkan diri sejauh mana persiapan yang telah dilakukan...
realiti juga..muncul iklan-iklan raya di kaca-kaca TV di radio..orang ramai pun dah sibuk buat tempahan kuih raya, biskut raya, kek raya..semua raya la...seolah-olah raya tu yang penting...yala..bak kata orang..kalau tempah lewat-lewat alamat melepas la..ermm betul gak ea...tapi..ha ada tapi nya..biarlah persiapan kita yang begitu rancak untuk aidilfitri tu seiring rancaknya untuk menyambut bulan ramadhan...tak gitu teman???

Ya ALLAH...berilah kami kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa pada bulan ramadhan yang mulia..panjangkanlah umur kami dan jadikan lah ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan moga ia bukan ramadhan yang terakhir buat kami Ya RABB....

moh layan satu lagu ni..sangat2 suka lagu ni..kalau dulu waktu kecik suka layan lagu harapan ramadhan by manbai dan raihan..tapi la ni suka layan lagu ramadhan yang ni pulak...huhuhu... sebelum tu stop kan dulu lagu kat blog ni dulu ek...hihihi.. (^^,)


 















~jangan biar aku lalai kawan..jangan ajar aku untuk turut kata nafsu..jangan biar aku dibuai mimpi yang tak pasti..aku takut usikan itu membuat aku jatuh kejurang yang dalam...bantu aku teman...
~alhamdulillah..selesai sudah kem motivasi tahun 6 pelajar2 sekolah agama kapar barat.....
~ moga diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan ramadhan tahun ini...ameennn
Ahad, 3 Julai 2011 | By: --Failisa Maskuri-

rombongan ke rumah??

assalamualaikum w.b.t...apa khabar iman di dada..apa khabar jiwa2 yang sentiasa mendamba redha Tuhannya...

yeahh..bersua kita kembali dalam blog yang tak seberapa ni..kali ni aku tak bercadang nak bercerita banyak.. biar kan gambar yang menceritakan segalanya..meh kita tgok rombongan mana yang datang ke rumah..heheheh

~lalala..ni la bas rombongan pinangan cik kiah...

ha..tu dia sebijik bas mai da rumah.....orang kampung dok tertanya2 ada orang nak meminang anak dara tuan rumah ke...yazza...itulah yang kita cari...rombongan pinangan cik kiah la...heheheh..cik kiah jugak yang glamour...

actually...pinangan bukan untuk anak dara tuan rumah..tapi.....untuk kerepak tempe yang tuan rumah hasilkan...wawawaw...kuciwa (=_=)

teman..teman..[pinjam tagline seseorang..heheheh] ingat lagi tak..kat entry sebelum ni kan aku pernah bagitau yang my mother a.k.a puan besar kat rumah ada buat itu bisnes kecil-kecilan la sangat kan..ala itu bisnes tempe dan kerepek tempe maa... ingat tak..ingat tak..?? hahah..kalau tak ingat tekan ja kat tulisan yang berwarna ni...huuhu

maka nya, bas tu mai rumah kami nak tengok2 dan beli2 kerepek tempe mak kami la..hahahah..bkn nak pinang meminang bagai....uhh..kuciwa lagi sekali...meh la layan gambar2 yang ada...sepanjang proses 'pinang meminang' ni berlangsung....(^^.)


~antara segelintir ahli rombongan...ramai kot....~

~ha..sila..sila...ambik apa yang ada..jemput2 makan...~




~apa lah yg dibincang nye ni..sibuk betul tuan rumah melayan tetamu..hihihi~
~time nak balik..menuju ke destinasi seterusnya...aik..budak kecik ni..cbok ja..adik sapa la ni..~
~si dila ni pun sibuk menangkap gambo pakai telepon puan besar..pandai beno la tu menangkapnya~
~selamat tinggal..sok..sok..mai la lagi..bawak rombongan yg betol pnya..hahha



alhamdulillah..rezeki puan besar memang besar...semuanya nikmat dari ALLAH....(^^.)..bukan main gembira lagi mak bercerita kat aku dalam telepon...seronok sangat la tu..walaupun mak settle kan semuanya sorang2 tanpa bantuan anak2 daranya...apa boleh buat..semua nya tak dirancang..orang nak datang tanpa diduga..pada masa yang sama..sorang kena balik U, sorang kena pergi kem, sorang memang tak balik pun... nasib baik la kat rumah ada tuan besar a.k.a my abah dan abang..boleh la kot tolong2 mana yang perlu ditolong..huhu..<-----sorry mother..saya memang tak menjangkakannya....hehhe

sebenarnya perniagaan ni masih baru lagi. bak kata orang..mula nak bertatih lagi..tapi syukur alhamdulillah..rezeki ALLAH buat hamba-hambaNya tak pernah putus... meh ni aku promote lagi tempe mak kat sini..heheh..












~ nasib baik bukan rombongan yang betul2 pnye rombongan meminang..mau terkujat jugak aku dibuatnya nanti...belum sampai masanya..ALLAH lebih tahu bila waktunya...
~ beri kami kekuatan YA RABB...moga kami dapat laksanakan amanah yang diberi dengan baik
~ setiap ujian dan dugaan yang menimpa itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi...
~  senyuman dalam duka yang membahagiakan....yakin ada hikmahnya...keep smile :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...