Sabtu, 26 Mei 2012 | By: --Failisa Maskuri-

||semakin tua...kematian semakin menghampiri||

Bismillah...

alhamdulillah wa syukurilah di atas segala nikmat dari pemberi nikmat.. masa kian pantas berlalu dan umur kian meningkat dari tahun ke setahun dan detik kematian makin menghampiri.

teringat perbualan bersama ibunda tercinta sewaktu mengucapkan sanah helwah padanya pada tanggal 8 mei lalu... kata bonda, usia makin meningkat kematian makin dekat.. ALLAH sayu rasa hati bila ibunda tersayang berkata begitu. benar katanya, cuma hati terlalu sensitif mungkin bila mak sendiri yang menuturkannya pada hari kelahirannya. [T____T]
tapi bila tiba hari kelahiran diri ini tanggal 14 mei, kata-kata dari seorang ibu yang melahirkan terasa amat berbeza di pendengaran. selama ni rasa ucapan dari mak yang tersayang merupakan kata nasihat yang diulang sentiasa di pendengaran tapi kali ini berbeda. masih terngiang-ngiang lagi. kata mak : "selamat hari lahir kak. dah besar dah bertambah umur. boleh dah pikir soal kehidupan akan datang. cepat2 la cari pasangan hidup" dan diri hanya mampu tersenyum dalam hati.

-------------------------------**-------------------------------------

alhamdulillah...hari terakhir kuliah terasa berjalan dengan lancar....sayu rasa hati pada akhir kuliah seolah-olah diri merupakan pelajar akhir tahun, walhal masih berbaki 2 tahun lagi.. terasa pembentangan terakhir berjalan dengan lancar dan mudah.. terima kasih ustaz kerana tak banyak tanya soalan yang pelik2...hihihihi....terima kasih Ya ALLAH kerana memudahkan urusan kami.. [^____^]

perjalanan pulang ke kampung halaman kali ni benar-benar menguji kekentalan iman. benarlah ALLAH akan sentiasa menegur kita melalui pelbagai cara. mungkin kerana kealpaan diri yang telalu leka dengan duniawi, lalu ALLAH menguji diri agar terus tersedar dari lamunan mimpi. kemalangan yang terjadi membuatkan diri tersentak. mengimbas kembali hari-hari yang dilalui. YA ALLAH terima kasih kerana masih memberi peluang kepada kami untuk terus bernafas di muka bumi MU ini.... terima kasih kerana menghantar seorang adik sebagai peneman perjalanan pulang kekampung bersama sahabat...

mengikut perancangan asal, adik aku disuruh pulang ke kampung bersama abang, tapi dek kerana sebab2 tertentu, aku pula yang perlu membawanya sekali balik kampung. dan aku berasa amat bersyukur kerana dia ada di sisi saat kaki mula menggeletar dan badan mula menggigil apabila hampir2 berlaku sesuatu yang tidak diingini. ALLAH menegur hambaNYA ini dengan cara sebegini tapi ALLAH mendatangkan adik lelaki aku sebagai penguat jiwa tika kejadian itu terjadi. ALLAH...sungguh DIA tahu apa yang terbaik untuk diri. bayangkan saja andai tiada dia di sisiku ketika itu, aku mungkin lemah tak berdaya..

ingatlah teman...kematian itu ada di mana sahaja...setiap detik ia menanyakan perkhabaran kita... mungkin esok hari terakhir kita..mungkin selepas ini kita tidak bernyawa..mungkin setahun lagi kita masih diberi kesempatan..mungkin..mungkin..dan mungkin...kerna tiada siapa pun tahu bila tarikh dia akan dijemput bertemu dengan penciptanya.....









~~road to final exam~~ bitaufeek wa najah for all of my beloved friends [^___________^]~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...