Jumaat, 21 Oktober 2011 | By: --Failisa Maskuri-

nota hati tanpa tajuk


بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah...masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di muka bumi ini...rasa dah lama tak menitipkan sesuatu di laman yang dah bersawang-sawang ni.. rindu pun ada rasanya nak menaip sesuatu tapi apakan daya kekangan masa dan ketandusan idea membuat aku terpaksa akur dengan kehendak akal untuk melupakan seketika kata hati yang membuak-buak untuk mencoret sesuatu sebagai "BINGKISAN ANAK ABAH"

terhenti sejenak dan sedetik tangan yang menaip. masih blur untuk menulis sesuatu. kabur dalam pencarian saat hati merasa amat rindu pada insan-insan tersayang. insan-insan yang dulunya dan kininya masih setia dengan penuh kesabaran dan kekuatan serta kekentalan jiwa dalam membesarkan diri ini... arghh..rindu itu terlalu mendalam hingga membuatkan titis aliran dari kelopak mata jatuh sikit demi sedikit.

ilhamkan aku satu kata yang mampu untuk ku ucap.ilhamkan aku satu kalimah yang bisa untuk aku gambar. dan ini..aku lampirkan satu lagu untuk kalian hayati...

JEJAK CITA-DEVOTEES







~Tuhan, leraikanlah dunia yang mendiam didalam hatiku kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta. hanya cintaMU ku harap tumbuh…
~biarkan ia menjadi satu misteri yang mungkin akan dibongkar rahsianya bila detiknya kian tiba
~mendamba sahabat yang tak pernah jemu untuk mengingatkan diri ini tika senang dan susah dan berharap masih dapat menjadi seperti apa yang diingini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...