Khamis, 20 Januari 2011 | By: --Failisa Maskuri-

..kawal rasa dihatimu itu..

assalamualaikum w.b.t
salam sejahtera..salam buat semua penghuni dunia..moga redha ALLAH sentiasa bersama hambaNya yang setia mengharap keampunan dan keredhaanNya

perasaan itu perit membungkus diri. kekadang rasa yang terdampar dihati terlalu mendesak diri untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. amarah menguasai diri lantas syaitan bersorak gembira bilamana seorang lagi anak adam tewas pada pujuk rayunya.ahh..payah untuk mendidik hati mengasuh jiwa mengajar nafsu di dalam diri. tewas!!! ya sering tewas pada rasa amarah itu. sering lemah dan sering kalah . (T_T)

marah??? bila rasa itu menguasai diri apa yang kalian lakukan??
- campak segala barang di depan mata?
- memarahi insan lain yang mungkin tidak bersalalah??
- menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya?
- mengurung diri dikamar?
-menangis dan ......????
- atau mungkin ada cara lain yang kalian lakukan dalam mengatasi rasa marah di hati???

bagaimana cara yang terbaik untuk mengurus dan mengatasi rasa amarah yang beraja dihati ini.??
pernah dengar tak ayat ni "kehebatan seseorang bukanlah diukur ketika dia berada di medan perang tetapi adalah tika mana dia mampu mengawal kemarahannya" lebih kurang macam ni la bunyi nya...huhuhu..


nah..ini tips untuk kamu..kamu..dan diri yang lemah ini mengatasi rasa marah yang berada di dalam diri..

1)  latih lah diri kita dengan sikap mulia seperti sabar dalam semua perkara, lemah-lembut, sedia memaafkan kesalahan insan lain dan sebagainya. bila sikap ini telah tertanam dalam diri kita maka kita mampu untuk mengatasi rasa amarah yang bermukin di dalam diri dan tidak cepat melatah untuk memarahi insan lain.

2) sentiasalah memohon perlindungan dari ALLAH daripada segala gangguan syaitan. syaitan tak kan pernah henti dan tak akan pernah letih untuk mengajak manusia melakukan kemungkaran, memujuk rayu supaya kita terpedaya dengan bisikan-bisikannya. bukankah sikap panas baran dan pemarah itu adalah salah satu dari sifat-sifat mazmumah..  maka pohonlah dari ALLAH moga kita sentiasa dalam lindunganNya

3) bila rasa marah itu menguasai hati, segeralah mengambil wuduk. moga kita peroleh ketenangan. kerna syaitan itu dijadikan dari api. dan api hanya boleh dipadam dengan air. maka,berwuduklah. setelah itu, ambillah al-quran dan bacalah ia. moga kita akan beroleh ketenangan dengan membaca kalam-kalam dari ALLAH S.W.T pemilik jasad dan nyawa kita.

4) jika sewaktu sedang marah kita tengah berdiri,maka duduklah, jika belum reda juga,hendaklah berbaring. moga-moga kemarahan itu akan beransur reda.

5) belajarlah untuk memaafkan kesalahan orang lain. mungkin insan yang membuat kita marah itu tidak mempunyai niat untuk melukakan hati kita. mungkin juga dia tidak sengaja membakar api kemarahanmu.. maafkanlah dan kawallah api kemarahanmu..

alangkah indahnya kehidupan andai setiap insan mampu mengawal api kemarahannya. tiada pertengkaran, tiada pergaduhan, tiada pembunuhan, tiada rasa dendam yang boleh membawa kepada kehancuran. suami isteri tidak bercerai-berai, sistem kekeluargaan tidak akan punah, sedara-mara tidak bermasam muka dan sebagainya. hidup dalam aman dan damai tanpa rasa marah.

 namun, kita hanya manusia biasa. adakala marah itu tidak mampu untuk dikawal. akan tetapi, berusahalah untuk berubah. buang sifat-sifat mazmumah dan tanamlah sifat-sifat mahmudah di dalam diri. usaha yang sedikit lama-lama akan membuahkan hasil yang banyak. setelah berusaha, mungkin saja rasa amarah itu tidak akan hilang dari dalam diri, namun mungkin rasa itu mampu dikawal agar ia tidak meledak dan marak mengikut kata nafsumu..

kawallah api kemarahanmu agar ia tidak merebak hingga tempiasnya terkena insan lain dan ingatlah bahawa hebatnya seorang manusia bukan dilihat dari kemenangannya menumpaskan pihak musuh di medan perang, tetapi dilihat dari aspek kehebatannya dalam menundukkan nafsu amarah yang bermukim di dalam diri.



يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك 
"wahai tuhan yang membolak-balikkan hati..teguhkanlah hatiku pada agamaMu"











~ada tika senyuman itu mampu mengubat lara menjadi bahagia, derita berubah ceria
  segala yang pahit bertukar manis
~akhirnya jawapan yang dicari telah ditemui
~ terima kasih atas segalanya sahabat (^^,)
Sabtu, 8 Januari 2011 | By: --Failisa Maskuri-

cha...ya..nun..ta...alif...

Assalamualaikum W.B.T

Dengan namaMu Ya ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... selawat dan salam atas nabi junjungan Nabi Muhamad S.A.W....


".....tidak rugi kita mencintai ALLAH. kerana apabila kita mencintai ALLAH dan ALLAH pula mencintai kita, maka seluruh alam,langit,bumi dan seisinya diseru untuk mencintai kita..."

"....dan lagi..apabila kita mencintai bunga-bunga yang cantik,ia akan layu,gugur dan mati. apabila mencintai manusia,manusia akan tua dan mati.. sebaliknya kalau kita mencintai ALLAH, ALLAH itu sentiasa hidup dan tidak akan mati..dan Dia sentiasa dan pasti akan mencintai kita hambanya yang lemah.."

kupetik kata-kata itu dari sebuah novel lewat petang kelmarin... disaat ada hati-hati insan yang gundah dengan perasaan yang berkecamuk, kata-kata itu bagai air yang mengalir untuk menyirami jiwa-jiwa insan yang terlalu mendamba cinta manusia..mengingatkan insan yang kealpaan dengan cinta duniawi bahawa cinta dari ILAHI..yang menerbitkan rasa cinta di hati adalah cinta yang hakiki dan abadi..

lantas mengapa cinta itu diperlukan oleh setiap insan? kerna itu adalah fitrah semulajadi yang telah dititipkan dalam jiwa setiap mahluk dimuka bumi. hatta haiwan juga dititipkan rasa itu, rasa kasih dan sayang nya, rasa  cintanya terhadap anak-anaknya.. definisi cinta itu luas dan sukar untuk ditafsirkan. ia terlalu subjektif dan setiap insan mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri tentang erti cinta yang sebenarnya... lantas bagi kamu apa itu erti cinta yang sebenarnya?? hanya yang mempunyai rasa cinta yang bisa memahaminya.

satu...satu...saya sayang ALLAH
dua..dua..sayang rasulullah
tiga..tiga..sayang ibu bapa
1..2..3..sayang semuanya...

letakkan yang pertama dihati untuk dicintai adalah ALLAH. Dia yang memberikan rasa cinta dihati-hati hambaNya. yang kedua cintailah KekasihNya iaitu Rasulullah S.A.W.. selawat dan salam keatas baginda.. seterusnya letakkan yang ketiga cinta kepada ibubapa..insan yang melahirkan,mendidik dan membesarkan kita..cinta kepada suami/isteri hendaklah disandarkan kepadaNya..agar dapat terus bersatu disyurga abadi...cinta mencintai sesama insan di dunia agar hidup sentiasa dilimpahi kasih sayang antara satu sama lain dalam menegakkan Islam dimuka bumi. cinta kepada alam sekitar, tumbuhan, haiwan..mampu memberi ketenangan saat dilanda kesibukkan dengan urusan duniawi. nah...cinta itu subjektif. tidak hanya tertumpu kepada manusia sahaja. kekadang kita perlu cinta kepada alam sekitar supaya kita dapat memeliharanya daripada sebarang kerosakkan. dan dikala kekusutan melanda, keindahan alam mampu memberi ketenangan...

....cintailah ALLAH dan RasulNya, nescaya kau akan menemui cinta sejatimu...

.... tidak perlu mengejar cinta manusia kerna ia akan tiba bila detiknya..yakinlah akan janji ALLAH kerna janji ALLAH itu pasti...lelaki yang soleh itu untuk wanita yang solehah...



Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikkan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah lah yang lebih mengetahui."






~ buat kamu teman..yakinlah akan janji-janji ILAHI buat mu..
~ buatlah pilihan yang terbaik demi masa depanmu
~ kenapa lagu-lagu nasyid sekarang banyak pasal cinta ek??huhuu
~ cintailah insan yang mencintaimu...peace
~ cintakan kedamaian... selamatkan bumi palestin
Khamis, 6 Januari 2011 | By: --Failisa Maskuri-

waktu yang menghilang...

Assalamualaikum tuan/puan/encik/cik/abang/kakak/adik/maklong/paklong dan dot..dot...dot.....

ada orang tu kata " aku bizi gler skang ni..takda masa nak ikut benda-benda macam tu"
orang ni pulak kata " aku malas la nak join..assigment melambak tak terusik..banyak benda nak kena settle...bla..bla..bla.."
aku pulak kata " eeleh..macam ang sorang ja yang bizi kat dunia ni. orang lain pun bizi gak taw" citt...macam terasa ja ayat-ayat kat atas tue...tetibe rasa pedas..

masalahnya..sibuk ke kita? atau kita yang menyibukkan diri sendiri?? atau buat-buat sibuk supaya terlepas dari segala kerja yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kita? atau____________...atau_______...dan atau__________......(sila isi tempat kosong sendiri)


ALLAH itu Maha Adil kan. Dia bagi kat kita sume sama. semua insan kat dunia ni hanya ada 24jam sehari 60saat seminit. tak de yang terlebih atau yang terkurang. ada sesiapa yang berani nak mengaku yang dia ada 25jam sehari tak? tak pun 24jam setengah sehari? ada tak? ada? kalau ada,tipu la tue..tak baik tipu-tipu taw. tipu dote mati tekte mak tite tate  selalu aku dengar budak2 kecik cakap  tipu dosa mati seksa...ALLAH itu Maha Mengetahui...Maha Mendengar..Maha Melihat....

kenapa tak cukup masa? kenapa ada orang yang memang sangat sibuk tapi dapat selesaikan semua pekara dalam masa yang ditetapkan? dan kenapa pulak ada orang kerja melambak-lambak + terima semua tugasan tak pikir dulu + sume keja tak dapat siapkan dengan jayanya - hasil takda pape = nothing? kenapa kenapa dan kenapa????

ye la. mana nak cukupnya masa tue kalaunya tak penah nak fokus terhadap sesuatu kerja. tengah dok buat kerja tiba-tiba ada dengar satu bunyi..bit..bit...bit.. takpun lagi up bunyi lagu-lagu yang berbagai menandakan ada message masuk " 1 new message received". so, dek kerana perasaan ingin tahu yang menebal dalam diri, apa lagi layan la mesej tu sampai la kerja tu terbengkalai. kesian dia kau tak siapkan dik. kalau tak pun, tengah-tengah buat kerja ternampak pula sesuatu yang menarik perhatian. dek kerana tangan gatal nak menggodek-godek benda tu maka nya terbiar je la kerja tu jadi separuh jalan. lagi satu kerja tak siap... lagi best kalau ada kawan datang time-time tengah buat kerja tu. apa lagi buka kedai kopi la tepi meja belajar + buku ditutup serta-merta..huhuhu.. syaitan masuk jarum + line clear + malas diturutkan = kerja bertangguh dan tertangguh = tak ciap apa pun..kui..kui..kui.. (T_T) , lepas tu bising, riuh satu kampung macam ayam nak bertelur kata kerja dia melambak dan tak ciap.. .peace!!!!



makanya, jangan buat rumah di tepi pantai kalau takut di lambung ombak..ececece tetiba masuk peribahasa yang xd kait mengait....hahaa...okey...cuba cek balik mana yang salah & mana yang kurang nye diri. rasa diri mampu nak buat semuanya tapi dalam masa yang sama hidup jadi stress sebab keje melambak-lambak nak kena ciapkan. apa kata jom try ikut petua nenek moyang aku dulu dalam bab-bab macam ni......


~ first step : list kan semua keje yang korang kena settle kan
~ 2nd step : susun ikut keutamaan. mana yang lebih awal untuk disiapkan, diperlukan dan wajib disegerakan
~ 3rd step : betulkan niat + buat dengan ikhlas + bukan tuk dipuji
~4rd step:  buat secara berdisiplin + tekun + rajin (jauhi segala anasir-anasir luar yang boleh mengganggu kosentrasi seperti di atas)
~ 5th step : da ciap semua kerja dengan jayanya. jangan lupa ucapkan ALHAMDULILLAH.. segala puji bagiMu yang ALLAH kerna Dia lah yang memberi kita kesempatan dan yang sentiasa membantu hamba-hambaNya yang memerlukan pertolongan..


kalau rasa langkah-langkah di atas tak dapat membantu dan tak boleh diguna pakai dengan jayanya. itu bermaksud " tanya diri apa sudah jadi" dan kalau memang tak dapat jugak membantu jangan la pulak kau jerit bagai nak rak macam terkena apa ja..tak dapek den nak menolongnye.....

okey...sebelum tu meh ramai-ramai baca kalam dari ALLAH S.W.T ni.. firmannya yang berbunyi :

بسم الله الرحمن الرحيم
 والعصر  (1) إن الإنسان لفى خسر  (2)  إلا الذين ءامنوا وعملوا الصلحت 
 (3)وتواصوا بالحق وتواصوبالصبر

maksud nya: Demi masa (1) sesungguhnya manusia berada dalam kerugian (2) kecuali mereka yang beriman dan yang beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran (3)

faham-faham kan maksud ayat ni...manusia sentiasa akan berada dalam kerugian bilamana mereka tak pandai untuk menggunakan 24jam yang diperuntukkan kepadanya sehari dengan sebaik-baiknya. waktu itu ibarat pedang,kalau kita tak mengejarnya,ia akan mencantas kita. masa itu seperti emas,mahal harganya, tinggi nilainya.. dan pepatah-pepatah lain yang seerti dengannya...



~ peringatan untuk diri sendiri 
~ ohw....result da kuar ari ni..hambaMu ini redha dengan keputusan yang diperolehi
~ hari yang membawa seribu satu senyuman (^^,)
~ degup jantung yang laju di pagi hari
~ terbang mengejar pelangi hati
~ alamak...duit da terlabur lebih kat PC fair & Book fair la... hhuhuhuhu...... (T_T)
Isnin, 3 Januari 2011 | By: --Failisa Maskuri-

puisi buat wanita..

بسم الله الرحمن الرحيم




KAU WANITA……..
PADA DASARNYA KAU 
DIANGGAP KAUM  YANG LEMAH
NAMUN KEKUATAN SEMANGATMU 
TIKA KAU DALAM KESUSAHAN
 TIDAK ADA SIAPA MAMPU MENAFIKAN..
KETEGASANMU DALAM KELEMBUTAN
 TIDAK ADA SIAPA MAMPU TUK MEMPERTIKAIKAN….
KECEKALANMU MELALUI UJIAN YANG MENDATANG
 TIDAK ADA SIAPA MAMPU PERSOALKAN….
KETABAHANMU DALAM MENJAGA MARUAHMU 
AGAR TIDAK TERCALAR
 TIDAK ADA YANG MAMPU PERSENDAKAN…..
DI SAAT KAU KESUNYIAN….
DI SAAT KAU KEBUNTUAN…
DI SAAT KAU KEHILANGAN….
DI SAAT KAU KESEDIHAN…
DI SAAT KAU MERASAKAN 
KESABARANMU SEMAKIN BERKURANGAN….
DI SAAT KAU RASA TIDAK BERDAYA 
DENGAN DUGAAN YANG MENIMPA……..
KAU MENGADU KEPADA ALLAH….
KAU MENANGIS DI HADAPAN-NYA….
KAU BERSUJUD PADA-NYA…..
KERNA KAU TAHU KERNA KAU AMAT MENGERTI
HANYA PADA DIA SAJA TEMPAT KAU MENCURAH RASA… 
MELUAH SUKA & DUKA, 
GEMBIRA & NESTAPA..
SEMOGA KAU KEKAL DALAM PERLINDUNGAN-NYA…
 WAHAI MUJAHIDAH MUDA 
SAYAP KIRI PEJUANG
AGAMA YANG MULIA!!!!!!!













~ berubah untuk kebaikan kan bagus
~ wanita yang solehah tu untuk lelaki yang soleh kan...kan..kan..
~ 1st day kuliah bas buat hal..oh..lewat masuk kelas..huhuhu..alasan
~ iman + hati +jiwa : kau kuat ea...jangan goyah.. (^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...