Rabu, 23 November 2011 | By: --Failisa Maskuri-

rindu sedunia

*AWAS!!!! INI ADALAH ENTRY TANPA ISI YANG JELAS....sila tekan simbol pangkah kalau rasa tak ada input berguna.....*peace (~.~)

Hujan yang turun melimpahi bandar kota ini adalah satu rahmat dan satu nikmat yang mengiringi gelap malam yang syahdu. hujan dihati terbias dek ego diri yang mengatakan kau kan lemah jika aliran itu mengalir dihadapan teman mu.. lalu kaki melangkah ke satu tempat kosong yang tidak berpenghuni..disitu ada aliran deras yang mengalir, membujuk kata hati sendiri agar kau tidak sesekali lupa ALLAH ada untukmu sentiasa..

kesejukkan malam hari membawa kepada pelbagai memori yang sukar untuk diucap dengan kata, susah untuk dicerita dengan bicara..hanya yang merasai dan melalui yang mengerti..

hari rindu sedunia kot...hikhikhik...
~ rindu dengan kawan SKST [97-02]--->tempat menimba ilmu, tempat bermain kejar-kejar, tempat kena denda di panas terik sebab buat bising...dari seorang kanak-kanak menjadi seorang gadis remaja
~ terimbau kenangan di SAMPB[03-07] lalu rindu turut mengiringi---> belajar menjadi seorang gadis..mengenali apa itu 'satu rasa' namun ALLAH masih menyayangi diri ini...belajar dengan semangat yang up and down'...melalui pelbagai rencah kehidupan sebagai seorang gadis
~ rindu dengan memori di APIUM,NILAM PURI----> mengenali apa itu erti persahabatan..apa erti hidup yang sebenar...berada jauh dari keluarga lalu membina satu 'keluarga' baru...kenangan yang indah untuk disemadikan dalam ingatan
~teman2 APIUM,KL---> walau satu fakulti satu bangunan...masih tetap rindu itu muncul...sangat merindui kalian, teman....biarlah definisi rindu itu berbeza kerna nak merungkai makna nya perlu kertas yang berjela

# tapi rindu ini lebih nyata untuk mereka yang berada dirumah...sangat merindui mak dan abah...dan itu budak kecik yang banyak celoteh.....miss them so much more than my friends....

# rindu itu muncul secara tiba2...tanpa dipaksa ia hadir..tanpa ditunggu ia datang....lalu entry ni wujud kerana si penaip syok sendiri bicara tentang rindu....


............RINDU ITU ANUGERAH YANG TERINDAH......








~mood test terjun dari tingkat 4 ke bawah..mai kembali kepada tuan anda wahai mood test....
~suatu kata yang tak terluah..dipendam lalu menjadi pekasam...hanya ALLAH yang mengerti~~
Sabtu, 19 November 2011 | By: --Failisa Maskuri-

bicara nilai

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status
Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000
erk...kenapa nya tetiba starting gini???hihihi...assalamualaikum w.b.t buat yang beragama islam dan salam sejahtera semua.....
teringat bebearapa bulan yang lepas..ramai pulak post pasal nilai hantaran kahwin ni kat dalam FB masing2.dok ralat memikir berapa nilai yang patut diletak untuk pihak lelaki..hahahhah..aku tengok dengan senyuman je la...senyum tak perlu kata apa2....dan macam2 komen jgak la yang diorang dok bebel pasal hantaran nih.....hihih...da macam ayam...siap ada gred2 lagi......hihihhih.....
cakap pasal hantaran nih.....teringat perbualan antara aku dengan sepupu aku yang ada anak dan anaknya yang sulung sebaya aku....[ada paham ke ayat aku tuh......hahha]
dia : ko berapa tahun belajar kat UM lisa?
aku : 4 tahun...
dia : lgi berapa tahun kat sana?
aku : 2 tahun...
dia : da ada calon ke kat sana?
aku : erk??? calon??....ermm....hahhaha [gelak + senyum ja...]
dia : bagus gak cari awal2. nanti da abih belajar boleh terus kahwin. dekat U ni la senang nak cari. dapat kenal diorang. yela 4 tahun kan belajar at least dapat la 'tangkap' perangai2 diorang ni sikit2. nanti dah kerja,sibuk dengan kerja ja. tak sempat pulak nak cari calon
aku: erm....hahhaha....yela kak..nanti kalau2 rajin saya carilah. tapi mak kata belajar bagi abih dulu baru pikir nak kahwin....hihihihih
[sepupu aku ni gak la yang pantang jumpa aku mesti tanya soklan "ko bila nak kahwin?"......aku muda lagi okey.....hihihihih.....]
 fine.back to the topik. 
perkahwinan adalah satu ikatan yang menghalalkan apa yang diharamkan sebelum ni. perkahwinan merupakan ikatan antara dua jiwa yang telah dihalalkan oleh akad nikah. tapi perkahwinan bukan satu permainan ibarat main 'kahwin-kahwin' masa kanak-kanak dulu. perkahwinan yang telah berakad ni perkahwinan yang 'real' punya. disana ada tanggungjawab yang sedia menanti, ada beban yang perlu digalas, ada pelbagai rencah yang perlu dihadam.
realiti sekarang ibubapa seolah-olah menjual anak-anak perempuan mereka dengan meletakkan nilai hantaran kahwin yang terlalu tinggi. namun mungkin tak semua ibu bapa tapi realitinya ada. yup, mungkin dengan keadaan ekonomi sekarang dengan barang yang semakin naik dan tak pernah nak turun semula menyebabkan ibubapa meletak label nilai hantaran yang terlalu tinggi hingga meletakkan bakal menantunya berada dalam keadaan yang terdesak hingga membuat pelbagai pinjaman semata untuk memenuhi tuntutan pihak mertua. lalu dimana munculnya keberkatan bilamana sedari awal perkahwinan wujud pembaziran dan pinjaman yang entahkan bila akan dilangsaikan.
lupakah kita pada satu hadith yang bermaksud  Dari A`isyah r.a., Nabi saw. bersabda,
“Sesungguhnya, perkawinan yang besar keberkahannya adalah yang paling murah maharnya.” Sabda beliau juga, “Perempuan yang baik hati adalah yang murah maharnya, memudahkan urusan perkawinannya, dan baik akhlaqnya. Adapun perempuan yang celaka yaitu yang mahal maharnya, menyusahkan perkawinannya, dan buruk akhlaqnya.”
jadi, permudahkanlah urusan perkahwinanmu. meletakkan mahar yang bersesuaian. bukan bermakna terlalu sedikit dan jangan pula melampaui batas. insan yang bejantina lelaki juga perlu rasional dalam memberi kan nilai yang hendak diberi. jangan terlalu kedekut dan jangan terlalu pemurah. seharusnya ada pendirian dan bajet yang sesuai..<-----perbetulkan kalau tersilap sebab aku masih kanak-kanak ribena lagi...erkkk...hihihihi]

mulut orang sampai bila pun tak bisa ditutup..kalau mulut tempayan tu boleh la jugak kan...kalau sedikit kita bagi katanya harga nilai seorang perempuan tu tersangat la murah lalu dibandingkan dengan anaknya atau anak sipulan sipulan...dan bila terlalu tinggi dikatanya juga...~sabor je la...dushh..apa peduli kata orang~~

post ni diterbitkan sebab ramai yang dah mendirikan masjid..doaku moga berkekalan hingga kesyurga.. dan pesan seorang makcik kepadaku di satu majlis kenduri kahwin "tunggu abih belajar dulu baru kahwin ea sa..dah habis belajar nanti nak kahwin,kahwin la, ni tengah belajar nak kahwin, makcik rasa cam susah sikit..." eeh makcik bagusla makcik ni.....makcik yang rasa susah..tapi takpe Insya ALLAH akan dipermudahkan urusan mereka sebab mereka dapat mengelak maksiat dalam perhubungan sebab tu la kahwin awal-awal...hihihihi

serasa aku umur aku masih dikategorikan dalam remaja ribena lagi tapi orang suka cakap bab-bab kahwin dengan aku..isy..isy...matang sangat la kan dalam bab-bab kahwin ni...hikhikhik... serasa menyeramkan perbualan baru-baru ni

"kamu dah ada calon sa?"
"belum..napa? nak carikan ke?"sengaja aku mencabar nya
"nak akak carikan ke? boleh jugak. nanti dah abih boleh kahwin"
"hahhaha....carilah kak..."tak memasal kalau dicarinya betul2...puhh






Khamis, 10 November 2011 | By: --Failisa Maskuri-

"positive thinking"

asalamualaikum w.b.t

apa khabar umat islam di muka bumi ALLAH sekalian...terasa agak lama tak 'menghias' blog ni..alasan biasa para blogger bila blog dah bersawang dan bersepah dengan entry lama----->malas...takda idea...nak post something tapi bila jari menaip idea jadi berterabur jalan-jalan cari makan..hihihihi<----

okey..bangun awal pagi..and think positive

pernah dengar ayat ni--->kalau bangun pagi dalam kondisi 'bad mood @ moody' mean sampai ke malam la hidup anda akan 'moody' memanjang<----..pagi-pagi dah membebel..dah marah-marah + muka masam mencuka, sampai kemalam la gamaknya ekau gitu jang... =(

ayat ni pulak---> kalau bangun pagi dalam kondisi yang ceria+bersyukur atas nikmat ALLAH+masih diberi nikmat untuk bernafas di bumiNYA+sedekahkan senyum untuk orang-orang disisi + insya ALLAH 'life' korang ari tu akan rasa seronok dan ceria ja<----tak ke orang sekeliling pun akan rasa bahagia ja bila dekat dengan ekau..huhuhu [^^,]

apa aku nak cerita sebenarnya ea?? emm..*thinking-thinking*

berapa kali kita berfikir secara positif dalam masa sehari?? berapa banyak pula secara negatif?? adakah negatif melebihi positif ataupun sebaliknya?? *yeah..fikir dan zikir lagi*

"rugi kan tak ambil STAM sampai abih dulu..tengok member2 yang dok pakat ambil STAM sama dengan aku dulu dah nak abih belajar pun...setahun lagi grad la depa tuh..time ambil STAM dulu pun depa dah konvo kat sekolah...merasa gak la depa konvo awal..aku ni dok kena tunggu bertahun lagi...lambat lagi nak merasa pakai jubah konvo...naik atas pentas ambil sijil..ala-ala graduasi gitu...."keluh seorang sahabat waktu aku dan dia santai petang bersama..

"jadi ko rasa menyesal sebab terima tawaran untuk ambil matrik dulu?"cuba menduga ketebalan sesalan yang ditanggungnya...

"erm..entahlah nak rasa menyesal pun dah tak berguna...cuma kekadang terbit rasa cemburu di hati..yelah..kita jejakkan kaki ke UNIVERSITI awal dari diorang tapi diorang yang habis belajar dulu dari kita...cemburu la sikit....hihihi."jelas riak wajah nya menunjukkan kecemburuan yang cuba ditahan..mungkin menginsafi takdir yang telah ditetapkan buat dirinya.

"tapi..."

"aik..bertapi nampak"

"yuup...hihihi...tapi..cemburu tu tak mungkin dapat melunturkan semangat untuk belajar kan..tak kisahlah berapa tahun pun..ilmu yang dicari bukan sijil semata kan...lagipun ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk aku..untuk kau..untuk diorang..untuk semua hamba-hambaNYA....ini pilihan yang aku ambil dulu masa kena pilih antara STAM atau matrik..dan aku memilih jalan ni...so..kita kena teruskan apa yang kita dah buat sampai habis kan..mana boleh buat kerja separuh jalan kan beb..huhuhu.." dia cuba untuk befikiran positif dan ini yang aku suka tentangnya...kekadang merasa lelah seketika melayan 'negative thinking' nya tapi dia cepat tersedar dari latah nya dan bangun bersama 'positive thinking'.

"ha..taw pun..kalau kau tak pilih jalan ni...dari celah mana kita boleh jadi member akrab camni kan? entah kalau jumpa kat tepi jalan pun aku akan buat dek ja sebab aku tak kenal ko...tapi bila dah kenal dan dah jadi member jumpa kat mana-mana pun mesti tegur...mesti nak pokpekpokpek kan...hahhah...eh..ustaz aku pernah cakap...dia kata...[saya taknak melahirkan mahasiswa sijil semata tetapi saya nak melahirkan mahasiswa yang berfikir yang berilmu dan menggunakan ilmunya untuk kebaikan dan mengajarkannya kepada orang lain]...tak kisah berapa tahun pun kita belajar beb yang penting input yang kita peroleh tu dan output yang orang lain akan terima dari kita bila kita dah bergraduasi nanti..lagipun bila ko dah abih belajar dah konvo..ko akan rasa rindu balik zaman-zaman belajar kat U ni....ala macam kadang-kadang kita dok rindu nak kembali ke zaman sekolah la...nanti ko rindu kat aku kalau abih cepat-cepat...hihih" aku juga cuba untuk berfikir positif sepertinya....huhuhuh [^^.]

itu perbualan beberapa bulan yang lalu....kagum dengan pemikiran nya yang sentiasa mempositifkan kembali fikiran yang negatif...manusia selalunya seperti itu.. setiap yang berlaku di atas kita itu pasti ada hikmah yang tesembunyi dari pengetahuan kita..jangan penah menyalahkan takdir yang menimpamu sahabat....kerna bila kita menyalahkan takdir seolah-olah kita menyalahkan DIA YANG TELAH MENGATURKAN TAKDIR untuk setiap hambaNYA...*istighfar dan muhasabah diri kembali....jangan sampai tanpa sedar kita menyalahkanNYA...astaghfirullah alazim....istighfar lagi..dan lagi.....*

ha...itu lah pentingnya menjalani kehidupan dengan pemikiran yang sentiasa positif...dan kalian akan menjalani hidup dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan.....tapi!!! janganlah sampai ada orang yang mencurigakan di kawasan rumah anda atau jiran anda...anda nak berfikiran positif pulak...awas!! kena berjaga-jaga juga...hihihi....

last but not least....sentiasalah berfikiran positif dan nyahkan fikiran negatif...tapi ingat perlu juga ikut keadaannya....
dan doakan jemaah haji kita selamat sampai kepangkuan keluarga masing-masing...dan doakan ibu,ayah serta pakcik saya sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat kembali kesisi kami dengan selamatnya...ameeen





~menjadi suri rumah untuk seminggu...act as a mother for my siblings...besarnya pengorbanan seorang ibu..miss both of you my dad and my mom..
~ al-fateha untuk arwah ustaz bad yang telah kembali kerahmatullah selasa yang lalu..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
~assigment yang melambak seakan-akan mencuri ketenangan hari-hari aku..ni pun nak kena fikir positif jugak ea..huhuhuh
~pertemuan yang seketika itu membangkitkan satu rasa di satu sudut yang dalam...jauhilah kami dari fitnah dunia YA RABB....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...