Isnin, 23 Disember 2013 | By: --Failisa Maskuri-

aku dan lelaki

lelaki....
aku pernah ditanya tentang lelaki dari sudut pandang seorang wanita seperti aku. meski aku tak begitu pakar dalam mengenal identiti hamba ALLAH yang berjantina lelaki.seperti aku jua belum cukup memahami watak hamba ALLAH yang berjantina perempuan. hidup aku dikelilingi lelaki-lelaki yang kacak beriman,bergaya dan berwatak dengan perwatakkan yang berbeza. 6 orang lelaki yang mewarnai sepanjang langkah hidupku..meniti hari-hari kecil hingga besarku. bersusah senang bergurau senda bersedih hiba bergelak tawa bersama. dan seorang lelaki yang kekal menjadi hero dimata aku dari aku kecil melihat dunia dengan lunak suara melaungkan kalimah-kalimah kebesaran tuhan di kedua belah telinga aku..dan sehingga aku dewasa dan insya ALLAH akan kekal bersama hingga aku punya cahaya mata dalam meniti hari-hari tuanya..

aku mungkin belum mengenal susuk tubuh lelaki..namun mungkin bait-bait ini yang mampu menggambarkan betapa sekelumit ini lah yang aku kenal tentang lelaki. dan jika ia bukan kamu mahupun ia tidak menggambarkan kamu wahai lelaki..aku pohon.maafkan aku..

*inibukanbicaratentanglelakisecaratotalnya :)

________________________________________

Lelaki...
aku punya abah seorang lelaki
punya abang seorang lelaki
punya adik-adik 4 orang lelaki
dan punya teman berjantina lelaki
kawan dari aku kecil
hingga aku dewasa
dan mereka semua adalah insan-insan yang berbeza.

aku....tidak mengenali lelaki.
namun cuba melihat dengan cara aku
aku sedar dan aku kagumi
akan persahabatan yang mereka bina
aku lihat lelaki itu
setia dengan temannya
yang dari kecil hingga dewasa
yang sampai masa temannya sudah berumah tangga
dan persahabatan itu kekal dan masih setia
dan aku kagumi
persahabatan yang terbina antara lelaki..
dan apabila aku lihat lelaki lain
aku masih melihat perihal yang sama
kesetiaan dan setiakawan dalam persahabatan mereka

aku....belum cukup mengerti lelaki..
tapi aku sering lihat
lelaki-lelaki yang bersikap seolah-olah kebudak-budakkan
dan endah tidak endah akan kehidupan
bila bicara sesuatu yang penting
aku sendiri terdiam bicara
hingga aku sedar..kebudak-budakkannya itu
sekalipun tidak melenyapkan kematangannya

aku...yang masih belum mengenali lelaki
melihat lelaki itu hingga terkadang aku tak fahami
ada masa sebegini dan ada masa sebegitu..
hingga aku seakan ingin bertanya
dikau ini seorang yang bagaimana
tapi..aku tak perlu pusing tentang kamu
kerna dari situ aku mengerti
betapa uniknya peribadi kau  yang aku kenali
sekadar nama dan bukan seluruh peribadi

aku dan lelaki..
yang melihat lelaki dari sudut kaca mata aku yang berbingkai itu
lelaki yang pabila menginjak dewasa dan bekerjaya
menjadi matang dalam tanggungjawabnya
menghulur tanpa meminta sebaliknya
lelaki yang membantu disaat ada yang memerlukannya
dalam nada 'marah' ada prihatin terbina..

lelaki yang aku cuba untuk kenali
bicara hebat
namun sukar 'meluah'
hingga kadang ada yang menjadi terberani
untuk bertanya sendiri tentang apa yang ingin diperkata
dan lelaki yang cuba untuk difahami
pemalu atau mungkin menjaga imej diri
dan bila ada yang menghulur sapaan
nah..rancak berbual bagai telah lama berkenalan

lelaki..walau masih sekelumit ini yang aku kenali tentang kamu
namun....aku masih mengagumi akanmu
tanggungjawab yang besar yang harus kau pikul
ketabahan dan kesabaran yang harus kau tanam
bahtera kapal pelayaran yang harus kau kemudi
betapa kau amat besar peranan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan
dan begitu juga aku mengagumi wanita
yang berdiri disebelah kejayaan setiap lelaki
yang tanpa jemu menyalur semangat dan keprihatinan
tanpa penat menghulur tangan mencorak senyuman
bersama-sama melayari bahtera kehidupan..

untuk membenci lelaki.....itu bukan aku
kerna aku tidak hidup di dunia untuk membenci semata
untuk menyayangi lelaki.....itu sebahagian dari fitrah kejadian
kerana wanita dan lelaki itu dicipta berpasangan
dan untuk kamu wahai lelaki
yang akan bersama mengemudi 'kapal pelayaran kehidupan' ini
suatu masa nanti...aku akan bersama hingga DIA memisahkan kita








Jumaat, 20 Disember 2013 | By: --Failisa Maskuri-

busy body...perlu ka?

ada sesuatu yang tak pun kau ingin tahu
tapi..nafsumu rakus untuk mengambil tahu
dan bila kau tahu dan kau sedar
segalanya pahit dan sakit buat dirimu
sukar untuk terima
hingga satu saat kau rasa
untuk apa kau ambil tahu dan ambil peduli
biar saja kau tidak ketahui
agar tidak ada yang  disakiti
____________________________________

manusia..lumrahnya sangat teruja ingin tahu tentang sesuatu..sesuatu yang akan membuatkan ia berpuas hati atau sesuatu yang akan menyakiti..
kadang bila kau sedar..untuk apa kau ambil peduli semua itu..kerna ia tidak memberi sepatah pun kebahagiaan untuk dirimu
dan kadang bila kau sedar..ada hikmah mengapa kau ambil peduli tentang sesuatu itu..kerna disebaliknya ada sekuntum senyuman semekar taman yang mewarnani dan menceriakan hari-harimu

mausia..sedarkah dikau..ada ketika ada perkara yang betul-betul kita perlu ambil tahu dan perlu untuk mengerti..dan ada ketika, ada perkara tak perlu pun untuk kita sedari kewujudannya, sebab tak semua perkara itu mendatangkan kebaikan buat diri kita

tempelak diri yang suka ambil kisah perkara-perkara yang sia-sia..yang suka ambil tahu perkara yang tidak memberi manfaat untuk diri dan insan-insan yang berada disekeliling..such a busy body..semua benda nak ambil tahu tanpa ada tapisan mana yang perlu mana yang tidak perlu.

kadang..ada yang benda kau betul-betul perlu kau tahu tapi kau endah tak endah dek kerana kau benci untuk mengetahui tentang itu.kerna kau rasakan pabila kau ambil tahu tentangnya ia ibaat sebuah 'bala' ke atas kau..
dan kadang..ada yang benda kau betul-betul tak perlu tahu...tapi kau sangat endah dan peduli..ibarat itu adalah kepentingan buatmu.

pilih untuk tahu apa yang terbaik dan perlu untuk kau tahu...kerana tak semua perkara perlu ada dipengetahuanmu.. yang baik diambil..yang jahat ditinggalkan
Isnin, 16 Disember 2013 | By: --Failisa Maskuri-

corat-coret pelajar tahun akhir

assalamualaikum w.b.t

lama dah tak mengadap encik blog ni..sibuk ka? no komen...

orang kata pelajar tahun akhir adalah pelajar yang sibuk..tapi aku tak rasa macam tu..atau mungkin aku yang tak reti nak menyibukkan diri sedangkan sebenarnya banyak kerja menanti..

15jam kredit belum cukup untuk menjadikan aku sibuk..tapi ada minggu2 tertentu aku akan jadi orang yang paling sibuk sampai tak terurus dan ada minggu2 tertentu akulah orang yang paling relax dalam bilik siap boleh tengok movie 2 3 dalam sehari..

bila pegang sandaran 'pelajar tahun akhir'..rasa tak percaya tu macam nak kena ketuk2 untuk bagi percaya sebab tak dapat terima bahawasanya aku dah nak abih belajar..ok fine, kawan2sebaya dah habis dulu dari aku walaupun aku yang masuk U dulu,,krikk..krikk..krikkk...

dan sebab pegang title sebagai pelajar tahun akhir..maka wajibla ada moment2 indah sebagai pelajar tahun akhir kan..tengok ja la gambar2 yang ada ni..malas nak taip panjang2 sebab idea dah beku sebeku ais di dalam peti sejuk.....hahahahah


TRAVELOG MOMENT'13
-SMPI 10/11-  kerana kita SMPI ( ukhuwah hingga ke syurgaNYA)  96 orang.tak semua ada di dalam gambar.

senyum :)


sebahagian aktiviti akhir sem





*rasa itu..kita yang rasa..anugerah terindah dari DIA...kita yang harus bijak untuk memaknakannya ke jalan yang benar dan dalam redha NYA
*mood final year student
*antara dilema yang harus diselesaikan dengan penuh kebijaksanaan
*senyum...senyum dan senyum... doa dan harapan dari mereka mengiringi langkahku :)
Jumaat, 21 Jun 2013 | By: --Failisa Maskuri-

jatuh cinta

aku sedang jatuh cinta...
aku makin jatuh cinta...
bukan pada tuan empunya jiwa..
hanya pada lirik yang amat mendalam maknanya...

dan ia..
terus berlegar
diruang ingatan...
dikala keseorangan...
---------------------------------------------------------------

Berkali-kali cuba ku hampiri
Garisan penamat usaha merintang di depan mata
Bertali arus langkahku tak terus
Garisan kurasa kan halus tak bisa ku tembus

Pemisahnya cuma aku dan doa pada diri Mu
Antara putus asa sia-sia atau terus mara membara

Ya Rabbi Ya bantulah hamba Mu
Ya Rabbi Ya luruskan hatiku
Ya Rabbi Ya ku pinta hidayah Mu memeruskan sisa usiaku
Ya Rabbi Ya hanya kepada Mu
Ya Rabbi Ya tempatku mengadu
Ya Rabbi Ya ku pinta rahmat Mu melimpahi kehidupanku

Hidup dan matiku
Semua hanyalah untuk Mu
Allah tuhan ku yang satu






Jumaat, 7 Jun 2013 | By: --Failisa Maskuri-

satu penantian


apa kita sedar kenapa ia masih tak kunjung tiba?apa kita sedar kenapa DIA masih menangguh saat itu untuk kita??
apa kita sedar kenapa kita masih dalam penantian yang entah bila kan kunjung tiba??
DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNYA
ya...DIA lebih tahu
 ---------------------------------------------------------
penantian itu mungkin masih panjang untuk diakhiri
kerna DIA tahu kita masih perlu persediaan yang rapi untuk diri
tegur pada diri..tanya pada hati...
moga peroleh jawapan yang dicari




Selasa, 14 Mei 2013 | By: --Failisa Maskuri-

orang baru....boleh rapat ka??

bismillah...

alhamdulillah...akhirnya abang sepupu yang hampir 3 tahun duduk serumah dengan kami telah selamat mendirikan rumah tangga..emak yang hebat dari mula-mula kahwin sampai sekarang sanggup terima dan jaga anak2 buahnya yang sudi tinggal bersama..so, kira ala-ala kami orang ni dapat 'akak ipar' baru la..huihuihui..akak ipar gitu..walaupun diri ni lebih tua 2 tahun dari akak ipar baru tu...mau panggil apa la ni?? kakak?? atau panggil nama saja??

tahun ni ja ramai sepupu sepapat, anak2 sedara sudah dan bakal mendirikan rumah tangga...jodoh mereka awal...terasa bila anak2 sedara menjangkau satu aras lagi atas dari mak sedara nya ni, terasa diri masih muda..woohaaiii...mereka dah tua sebab tu kahwin dulu...erkkk -___-"

--------------------------------------------------------------------
tetiba terfikir.... *tink [mentol menyala-nyala]

just wondering.... boleh ka nak 'masuk' dengan orang baru yang tetiba muncul dalam hidup.? boleh ka nak terima orang baru semudah menyebut A B C atau 1 2 3??

dush..dush...memang la tak semudah apa yang difikir atau dibayang..dan dah kalau jenis diri tu bukan kaki ramah tamah yang senang2 masuk dengan semua orang,maka nya perlu ambil masa la kan..step by step...one step closer gitu..kena jadi peramah supaya orang baru tu tak la terasa terasing..mampu ka??

senyum lebar-lebar ^_____________^
 
andai diizinkanNYA, kita akan terima ramai lagi kehadiran orang baru dalam hidup..bak kata orang ''bila berkahwin dengan seseorang, kita bukan saja kahwin dengan dia tapi kita kahwin dengan seluruh ahli keluarganya...termasuk sepupu sepapat sedara mara atas bawah...semuanya..semua''..gulp..telan air liur..

mampu ka?? senyum lebar-lebar ^______^..pasti mampulah...setapak demi setapak kemudian selangkah demi selangkah..lama2 siap boleh berlari bersama....senyum..bak kata orang tak kenal maka tak cinta. jadi nak wujud cinta perlu saling mengenali.....senyum lagi ^___________^

kesimpulannya....kita mampu dan boleh rapat..kita mampu dan boleh jadi teman dengan yang baru..hapuskan jurang yang menjarakkan dan dekatkan serta rapatkan lagi tali persaudaraan ^____^



---------------------------------------------------------------------

**alhamdulillah...14 mei masih disyukuri dan disambut dengan status cik... ^___^ terima kasih ALLAH...terima kasih emak..terima kasih abah...terima kasih semua...terima kasih awak yang tak 'dikenali'..[segalanya dalam aturan ALLAH....akan ada jawapan untuk soalan yang masih bertanda soal]
Sabtu, 13 April 2013 | By: --Failisa Maskuri-

menjeruk rasa??

bismillah...

umum tahu...siapa bilang menyimpan dan menjeruk rasa di hati itu bisa menggembirakan
umum tahu...dendam dan kesumat yang berjinak-jinak di dalam sanubari itu tidak bisa menyenangkan
dan umum tahu....sampai bila ketidakpuasan hati itu bisa memberi ketenangan yang berpanjangan

------------------------------------------------------

berhari-hari memendam rasa dan merajuk bicara...protes barangkali gayanya.!!
tapi..tiada yang peduli dan hati terus terasa seakan disakiti bahkan mungkin dikhianati barangkali.. dan mulalah berfikir sesuatu diluar batas kewarasan...sampai bila nak biar diri dibawah sedar terhasut hasutan syaitan yang sering mengapi-apikan perasaan yang ketidakkeruan..

lalu diri kecewa...??
yang dirajuk padanya langsung tak menanya??
yang dimarah padanya langsung tak ambil cakna??
sedang sakit hati terus membukit di jiwa??

yup...kita manusia dan takkan lari dari merasa pelbagai rasa.. geram, marah, benci, suka, sayang, kecewa. bahagia, derita, sengsara, suka, gembira dan lain-lain rasa yang dirasa
yup...kita manusia yang kadangkala tak mampu nak mengawal rasa di dalam jiwa. terkadang termarah secara over, terkadang terlalu gembira sehingga terlupa yang berduka dan terkadang terlalu menyayangi sehingga ada yang tega melukai..

siapa kata kita tidak boleh ada rasa marah, ada rasa benci, ada rasa kecewa?? siapa kata?? kerna bagi saya itu normal sebagai seorang manusia..
NAMUN....harus diingat!!! perlu ada batasnya dan harus ada hadnya
marah lah sekadarnya, bencilah seadanya, kecewalah pada hadnya...namun, hari mendatang harus ditempuhi jua..dan fikirkan semula...takkan anda mahu menempuhi hari-hari yang akan datang dengan aura negatif yang ada pada diri....hidup perlu diteruskan dan jiwa perlu sentiasa positif..
biarkanlah apa yang mereka ingin lakukan pada kita tapi jangan sampai apa yang kita lakukan itu sama seperti mereka. ini kerana tiada bezanya antara kita dan mereka jika kita sama saja peranganinya..bak kata orang 2x5 = 5x2.... chilll lah bro.. ^_____^






*'peluru' berpandu ---> kalau marah sekalipun pada someone dan kalau lancarkan 'perang dingin' sekalipun dengannya dan kalau nak buat2 beku sampai jadi ais..rasa2nya akan dilayan ka?? rasa macam dia takkan ambil kisah pun dengan 'perang dingin' hang tu..kalau dia perasan pun mungkin dia malas nak layan...last2 diri sendiri juga yang merana...baik biarkan ja...just wait n see...hidup macam biasa dan buat macam takda apa-apa yang terjadi...hati tak sakit...mood tak spoil..
nak marah, marah la, nak benci, bencilah...tapi jangan biar sampai berlarutan... ^___^
sebab nya...nak lari sejauh mana pun, dia jugak yang akan kau hadapi bila kau perlukannya..kata kawan.. maka, bila kawan bukankah ia saling memerlukan...so, chill la dear ^___^
ALLAH kan sentiada ada disisi hambaNYA...mengadu dan meluahlah rasa padaNYA...mohon dan doa agar yang dibenci itu cepat menyedari kekhilafan diri dan berdoalah agar diri juga menyedari kekhilafan sendiri :)

Rabu, 3 April 2013 | By: --Failisa Maskuri-

taklifan itu

bismillah..

tanggungjawab itu satu amanah, yang terpikul di pundak dan bila kita telah menerimanya bukankah itu bermakna kita harus melaksanakannya

tanggungjawab itu berat bagi yang merasakan ia berat dan bisa jadi ringan bagi yang merasakan ia ringan

bukankah setiap insan itu kelak akan dipertanyakan olehNYA mengenai setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan keatas dirinya..bagaimana tanggungajawab itu dilaksanakan, ke jalan mana tanggungjawab itu dijalankan dan sebagainya..

dan yakinkah kita bahawa kita mampu untuk menjawab setiap pertanyaan itu dengan sebaiknya

nanges T__T





-----------------------------------------------------

dan bila sendiri
ada pelbagai rasa yang mula terbit di sanubari
geram, marah, kecewa, hiba
bersatu dalam rasa
bergumpal dalam jiwa

pintaku pada tuhan yang maha kuasa
agar dipermudahkan segala kata dan kerja
agar ia berjalan lancar seperti yang direncana
berharap akan ada hikmah yang tersirat
dari setiap yang tersurat

jauh di sudut hati
aku percaya dan aku menyakini
bila mana kita bisa membantu orang lain untuk memudahkan kerjanya
ALLAH akan membalasnya
dengan mempermudahkan segala gerak kerja kita
Jumaat, 22 Mac 2013 | By: --Failisa Maskuri-

kuat dan hebat


salam jumaat... bagi yang belum langsaikan hutang al-kahfi pada hari jumaat yang penuh barakah ni...
AYUH!!!! segera langsaikan hutang anda!!! segera.. rebut peluang dan ganjaran yang ada...





ehh...awak kuat lah..hebat..gagah dan perkasa..
besi yang berat berkilo-kilo macam tu mampu angkat
mantap..hebat..gagah macam badang...
respect...cayalah..

eehh...apa ni marah-marah macam raksasa yang mengganas
kata kuat dan hebat
orang kuat takkan marah-marah macam tu
hilang respect jadi suspect... -____-"

dan dengarkanlah...
mereka yang kuat dan hebat itu bukanlah yang gagah dan perkasa
akan tetapi
mereka yang mampu dan bijak mengawal amarahnya

anda hebat...
anda kuat..
dan anda gagah perkasa...
dalam banyak perkara...
anda bijak....
dan anda mampu mengawal amarah...
yang melanda...
dan itu menjadikan..
anda hebat berganda..
double respect untuk anda...!!
^_____________^
Khamis, 21 Mac 2013 | By: --Failisa Maskuri-

demi waktu







setiap dari kita hanya punya 24 jam sehari, 60 minit sejam dan 60 saat seminit....
tidak mungkin ada di antara kita yang boleh untuk memiliki lebih darinya atau kurang darinya
dan demi masa,
andai kita tidak memintasnya
maka, ia yang akan memintas kita.....
Isnin, 11 Mac 2013 | By: --Failisa Maskuri-

nota tak bertajuk

bismillah....

kini di bulan mac,hampir ke pertengahan bulan mac..dan jam menunjukkan 12.30 minit malam saat entry ini ditaip..mata masih tidak mahu berkompromi untuk lelap biarpun malam sudah menjelma.
ditemani alunan-alunan syahdu dari corong radio ikim.fm, aku mula berimaginasi menerawang mencari secebis idea untuk dikongsi....sedang teman sebilik sudah lena diulit mimpi barangkali...arghhh berteman sebilik dengan mahasiswa yang kelasnya tepat jam 8pagi setiap hari maka memang wajarlah dia perlu untuk merehatkan dirinya tepat pada waktunya.....

------------------------------------------------------------

manusia, mudah rasa cemburu dengan sesuatu
manusia, mudah rasa dirinya tak sesemprna insan lain
manakan ada manusia yang sempurna di muka bumi ini
hanya baginda kekasih agung itu sahaja sebaik-baik dan sesempurna manusia
sollu 'ala nabi....sola 'alaika ya rasulullah..ya habiballah

ada sesuatu yang kita inginkan namun kita takkan dapat dan ada sesuatu yang kita tak inginkan sebenarnya kita dah dapat pun....ajal maut, jodoh pertemuan, kedukaan kebahagiaan itu semua telah ditentukanNYA, ada dalam takdirNYA, dibawah kekuasaanNYA

kita melihat kelebihan pada orang lain sehingga terlupa bahawa kita juga ada kelebihan yang tersembunyi yang kita tak sedari, tapi jangan kita lupa sebenarnya ada insan lain yang sedang memandang kelebihan dan keistimewaan yang tersembunyi itu

kita terlalu melihat keburukan orang lain sampai tak sedar bahawa kita juga ada keburukan dan kekurangan tanpa kita ambil peduli untuk perbaiki..

jangan memandang kesalahan dan keburukan seseorang seolah-olah tiada langsung perkara yang baik tetang dirinya dan jangan rasa kita terlalu baik dan istimewa sehingga tiada langsung sesuatu yang buruk tentang diri kita.







******************************************************
aku tak bisa meluah rasa melalui kata secara semuka
kadang hanya dengan pena dan kata secara maya yang bisa jadi perantara
aku tak mahir menutur kata dengan lemah lembut ibarat perempuan melayu terakhir
terkadang kasar itu terlepas secara tak sengaja
aku tidak pandai untuk mengukir segaris senyum pada yang berlainan
bukan tidak mahu menegur cuma takut tersalah catur
sehingga ada yang mengadu agar aku tidak terus begitu
dan aku sedar seperti apa sikap aku itu
pabila pada yang punya bin pada namanya
biarlah aku terus begini
sehingga biar masa yang bisa mengubahnya untuk menjadi yang lain
kerna aku lebih selesa begini buat masa kini
^____________________^

Khamis, 21 Februari 2013 | By: --Failisa Maskuri-

khilaf hamba

maaf..terlepas bicara tanpa berlapik
pada awal sekadar mengusik
apa yang dihati tak seiring yang dituturi
maaf...andai ia seakan menyakiti

bisikan syaitan menguasai
lemah hati untuk seketika tadi
ampun hamba ini Ya ILAHI
terlemah gemalai tanpa disedari

maaf...'rindu' itu terlebih menguasai
ada khilaf tanpa disedari

nah..bila iman dijentik sedikit
kelam kabut mencari tempat untuk bertahan
kita ini hamba yang layak diuji
namun,harus kuat dan tabah untuk menghadapi apa yang diberi


alhamdulillah..bersyukur kepada ILAHI
tersedar cepat dari kealpaan yang menguasai
 ada sebak yang mula dirasai
pabila tersedar kekhilafan diri..


Selasa, 19 Februari 2013 | By: --Failisa Maskuri-

new semester ^___^

alhamdulillah...bermula sem baru dengan langkah yang dipenuhi senyuman...mengharap sem baru yang telah memunculkan diri dapat diharungi dengan ketabahan dan kesabaran...teringat saat-saat melihat result exam sem lepas.debaran yang mengganggu gugat ketenangan hati sangat dirasakan..sempat memejamkan mata sementara menunggu result loading dalam MYUM..alhamdulillah hasilnya membuahkan senyuman yang lebar dan membahagiakan..

kemunculan emak yang secara tiba-tiba dimuka pintu bilik melebarkan lagi senyuman yang mulanya berbunga..sambil ditemani ibunda tercinta,mulut berceloteh meluahkan kegembiraan yang dirasa...syukur..syukur sangat... kerana pada awal exam, hati dan diri ini tak meletakkan harapan yang tinggi untuk result yang bakal diterima...namun benarlah kata pepatah arab yang berbunyi 'man yajtahid yanjah' sesiapa yang bersungguh-sungguh dia akan berjaya.

cepatnya masa berlalu...sem 6 dah memunculkan diri dan ini bermakna ada 2 sem lagi bakal ditempuh..

mak : ni masuk sem ke berapa dah kak?
aku : sem 6 dah mak...tinggal lagi 2 sem ja..cepat betul masa berlalu
mak : aik...dah sem 6...cepatnya dah sem 6..
aku : taw takpa..sem last nanti dah praktikal kat sekolah..

praktikal??? cakap pasal praktikal, nerves pun ada, tak sabar pun ada, cuak pun ada, aisyy...macam2 rasa ada..dengar cerita kawan2 yang tengah praktikal membuatkan pelbagai rasa bercampur-baur antara satu sama lain...ayat tak menahan aih...heheh..

apa-apa pun perjalanan hidup masih panjang..entah kan sempat entah kan tidak untuk berjumpa dengan praktikal..yelah hari ini kita masih bernafas , esok lusa belum tentu lagi...semuanya telah ditentukan olehNYA..

teringat pesan ayahanda dr.saiful akhyar merangkap mentor aku..ayahanda bilang, jangan terlalu awal untuk memikirkan result yang bakal diperoleh pada exam yang akan datang,exam tu lama lagi,apa yang penting belajar bersungguh-sungguh dan cari ilmu tu..ya kalau sudah belajar bersungguh-sungguh pastilah keputusannya insya ALLAH najah... dan pesanannya lagi..berbahagilah suka dan duka yang kita miliki bersama sahabat..yang dinamakan sahabat itukan saling suka dan dukanya bersama-sama... ^______^






~sem ni belum jumpa lagi ayahanda secara personal dengan 'adik-beradik' untuk tunjuk result exam dan dapatkan nasihat-nasihat dari ayahanda~
p/s : selamat menempuh semester baru...menjadi yang terbaik untuk mendapatkan yang lebih baik ^____^

Rabu, 30 Januari 2013 | By: --Failisa Maskuri-

menabung

seposen....dua posen....tiga posen...dua ringgit...

lagak gaya si dila kira duit hasil tabungan sejak bila ntah

"banyak duit dila....boleh beli teh ais..hehehhe."si kakak memberi cadangan yang sangat bernas.

"mestilah banyak..ni kita kumpul.'' bangga tutur katanya dirasakan

"ni kumpul duit nak beli apa.''soal kakak yang prihatin.

"kita nak beli ipad...nanti dah cukup kita bagitau abah suruh belikan kita ipad." dengan bangganya menjawab

"pergh...angan2 tinggi nak beli ipad...budak-budak zaman sekarang -____-'' .'' bicara si kakak dalam hati

-----------------------------------------------------

moral of the story:- rajin-rajin kan lah menabung sejak kecil  ^_____^
tabung aku waktu kecik--tabung tembikai ...lepas dah kuarkan duit,tabung ni jadi perhiasan dalam akuarium ikan coz nak suruh ikan belaja menabung jugak...hahhahah --gambar ihsan pakcik google--



tabung gajah yang comel ni pun aku ada dulu....sampai patah belalai gajah ni aku kerjakan dulu...hahahha --gambar ihsan pakcik google--

tabung duit dila...kecik2 dah kreatif...woohaa --gambar ihsan pakcik google--






Sabtu, 26 Januari 2013 | By: --Failisa Maskuri-

jangan bilang benci

"apa agaknya rasa bila mana bersahabat dah lama tapi tiba-tiba putus sahabat macam tu ja?"

"erm...soalan ke ni?

"ye iyalah.."

"aku ingat pernyataan...heheh...pernah rasa putus sahabat? atau pernah rasa putus kasih? ala2 kasih tak kesampaian gitu..hihihihi"

"putus sahabat lain la..putus kasih pun lain"

"habis tu macammana pulak kalau putus sahabat kerana kekasih?

"ermmm.....aku rasa tak patut kot..sahabat yang sejati sukar nak cari ganti...kekasih selagi dia dengan kita belum diijabkabulkan selagi tu boleh tukar ganti yang lain...hohohoho"

"yup..betul..sahabat ni nak cari yang sekepala seminda seotak dengan kita susah...nak cari yang sejati lagii la payah....nak cari yang susah sama susah senang sama senang kadang2 sukar....tapi nak tengok betapa ramai yang akan meninggalkan kita keseorangan saat kita benar2 butu bantuan tengokla waktu kita dilanda musibah...."
"tapi...part ko kata 'kekasih selagi dia dengan kita belum diijabkabulkan selagi tu boleh tukar ganti yang lain..' aku tak berapa nak setuju... kita masih dalam pencarian mencari nakhoda dalam pelayaran.kita mencari imam terbaik dalam sesebuah masjid, mencari pembimbing yang akan membawa kita ke syurga abadi...jadi kita juga harus menjadi yang terbaik untuk memiliki yang lebih baik...'what you give you get'...you know it right?.. okey..jadi..kita tak perlu berpacaran untuk mencari yang sesuai..hanya mintak pertolongan dari ALLAH moga diberi yang terbaik disamping kita berusaha menjadi yang lebih baik..tawakal biar seiring dengan usaha diselit dengan doa....tak perlu mencari kekasih hati, kerana ALLAH akan hadirkan kekasih tu bila sampai waktunya...untuk membina keluarga yang sakinah bukan bermula dari percintaan sebelum perkahwinan..."
"eeh....lari topik dah ni..huhuhuhu...."

"yup..lari topik sudah..heheh....sorry for the mistake and thanks for your reminder...itulah guna sahabat..saling mengingatkan tak kira masa...kan?...huhuhu"

"hahha...yelah tu..back to the topic..bagi aku..honestly kalau putus sahabat hanya kerana seorang lelaki or something yang useless..benda tu adalah satu kerugian...lagi2 kalau putus sahabat tanpa ada sebab...lagi nonsense kot...."

"tu aja ke?"

"erm...kenapa tanya..teringin nak rasa ke? huhuhu.."

"erk...tak mau la...saja ja tanya...cuma baru2 ni ada terkesan dengan kata-kata seorang teman. kesannya memberi impak yang besar dalam sehari tu...sampai ada terniat untuk melakukannya...tapi bila fikir-fikir balik,mungkin dia tak sengaja kata begitu"

"biasalah manusia ni..kadang-kadang kalau angin tengah tak betul, apa yang keluar dari mulut pun tak sedar... pandang dan cari sesuatu yang baik yang tersirat dari kata-kata dia yang sampai buat kau terkesan satu hari tu...mungkin ada betulnya kata-kata dia tu...kalau dengan mengalah dapat memulihkan keadaan, so why not kita ja yang mengalah...ala mengalah bukan bereti kita kalah...tapi membuktikan kita masih sayang persahabatan tu...ok?
 
"thanks ^_________^ "





dan ingatlah kalian..peliharalah persahabatan kerana ALLAH...demi mencari redhaNYA =)

Firman Allah s.w.t lagi:
"Teman-teman akrab pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa"
(Surah Az-Zukhruf: Ayat 67)




Sabtu, 5 Januari 2013 | By: --Failisa Maskuri-

cerita dulu



bila tersedar adik yang dulunya kecik comel tomey dah masuk tahun 1 baru tersedar dan terasa yang diri dah tua dan dah dewasa namun belum cukup dewasa..

bila teringat adik lelaki yang manja dan pemalu yang punya lesung pipit dah masuk tingkatan satu, baru terjaga dari lena bahawa aku kini sudah punya seorang lagi adik lelaki yang bakal menjengah ke dunia remaja..

dah 4 hari tahun baru menjengahkan 'wajah'..maknanya dah 3 hari sesi persekolahan bermula..dah 2 exam paper berlangsung dan tinggal 5 lagi harus ditempuh...dugaan yang datang sebelum exam menjadikan aku insan yang perlu kuat...pemergian insan yang digelar pakcik pada hari khamis dan opah pada keesokan harinya menyedarkan aku bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati dan janji ALLAH itu pasti, bila janji nya telah sampai maka tanpa bertangguh walaupun sesaat kita kan dijemput mneghadapNYA.... al-fateha untuk mereka2 yang telah pergi meninggalkan kita di dunia....

malam pertama sebelum adik2 eksited nak masuk sekolah aku tepon mak...nak taw tahap keterujaan kanak2 ribena masuk tahun 1 dan sekolah baru...dan seperti yang aku sangka..."dila dah siap susun kasut, stokin, beg, n mcm2 lagi depan pintu..get ready nak pi sekolah sok"---kata puan mak...
okey fine..aku tak ingat tahap keterujaan aku masa mula2 masuk sekolah baru dan jadi budak tahun 1..so boleh lah dok gelak kat orang lain..hihiihi
 serius rindu zaman kanak2 ribena..kalau tanya sapa2 pun mesti rindu jugak zaman kanak2 yang tak matang ni... ada sesiapa yang tak rindu?? sila angkat tangan... ^____^  *peace*

walaupun lupa tahap keterujaan pertama kali jadi budak tahun satu dan pertama kali masuk sekolah baru...tapi kenangan2 dan memori2 suka duka yang tercipta masih ada yang kekal utuh kat ingatan....

berbasikal ramai2 pergi sekolah petang dan lumba basikal waktu balik sekolah petang antara aktiviti feveret zaman kanak2 dulu...tapi tu pun bila dah masuk tahun 3 baru dapat naik basikal pergi sekolah..basikal pulak taknak yang ladies punya basikal, yang palang rendah tu..tak main la basikal macam tu...basikal nak yang basikal ada gear yang palang tinggi yang macam boys punya..baru ada semangat nak lumba basikal...lagipun seingat aku, aku lah kanak2 yang paling tinggi kat sekolah time tu kalau ikut yang sama umur la..tu basikal pun kena tinggi...uissyyy..hilang kesopanan dan ketatasusilaan masa tahun 3...pfffttt...bila palang basikal tinggi opkos kena pakai seluar..puan mak mesti kata aku ni nak pi sekolah ka nak pi belajar silat..stail la tu budak2 selekeh time dulu2...hahahha...lagipun kalau pakai seluar ada pekdahnya..dapat gak aku cover aurat aku dan paling best nya dapat main getah time waktu rehat..kalau tak silap aku nama permainannya 'zerofine' ke apa tah..lebih kurang gitu lah...permainan2  ni dah macam satu tradisi...main guli,main lompat2 atas longkang [ada gaya lompatan khasnya], gasing macam2 lagi la... dan bila nak main kena sorok2 dari arwah ustaz sebab kalau dia nampak mesti kena denda punya...katanya nanti satu kelas bau busuk dengan peluh...sampai sekarang ingat lagi tengah syok2 main longkang boleh pulak kantoi dengan ustaz..hahahhaha...ambik sekali kena berdiri atas kerusi sampai ustaz suruh duduk...ALLAH..kenangan semua tu..al-fateha untuk arwah ustaz..ada tikanya aku rindu sifat kebapaan ustaz kepada kami semua...
ni dia...tak silap ak namanya 'zerofine'...err..ke bukan...





okey..main point sebenar nak cerita pasal zaman kanak2 ribena aku ke apa ni...saja mengimbau kenangan lepas...lepas exam kedua petang tadi aku rasa nak off day dari baca buku untuk malam ni..so ditemani rintik-rintik hujan aku pun teringat kenangan dulu2...maka terhasillah post ni.... -____-"





exam..exam...exam....selamat ya semua bagi sesiapa yang exam... moga cemerlang dunia akhirat..moga cemerlang menjawab 'peperiksaan' di dunia, di alam kubur dan di akhirat nanti...ameen ^______^




aku dan kanak2 ribena yang baru masuk tahun 1....puan mak kata aku + dia = sama..nak tengok aku masa kecik tengok la dia.. muka sama, mulut becok sama,comel pun sama...err...hehheeheh.. [okey..aku sedikit mengakui persamaan tu ^___^]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...