Rabu, 29 Disember 2010 | By: --Failisa Maskuri-

Sem baru Tahun Baru Semangat baru..


Assalamualaikum..

menghitung hari untuk masuk ke u
sem baru dah nak muncul
lemak dah banyak ternak
dah masuk sem nanti boleh proses tuk jadikan dia tenaga
itupun kalau boleh la

semangat baru tuk sem ni
eittss...betul ke?? cam tak caya ja
uitt..men'down'kan semangat betul la kau ni
orang tengah semangat nak masuk sem baru tue..
jangan kacau..pegi jauh-jauh sana =p

oppss..ni baru nak masuk sem 2
alamak ada lagi 6sem la..
ambik kau 6sem lagi nak abih
takpe la nak tuntut ilmu mana boleh mengeluh
ye dak???
nanti ilmu tue taknak kawan baru taw..huhuhu.. (^^,)
selagi masih muda dan masih single-mingle ni la
kau boleh belaja banyak-banyak
tuntut ilmu dari orang yang lebih pandai banyak-banyak
nanti bila kau dah tua bongkok 3 4 5 6....
dah double triple  fourple la bagai
time tue baru nak rasa menyesal
haaa..ayokk..baru padan muka kau..

sebelum masuk sem baru
betul kan niat dulu la kawan
belaja biar betul niat
baru ilmu senang lekat
kalau orang tegur... tu makna kau salah
jangan biar muncung tue sedepa dan sehasta
da boleh buat sangku baju gitu dik..
belaja dari orang yang banyak ilmu
pastu ilmu yang ada tu jangan kau simpan sorang-sorang pulak
pergi ajar kat orang lain
kongsi ilmu yang ada
baru ilmu tu berkat
jangan jadi macam pokok yang tak berbuah
buat sakit mata telinga hati dan hempedu ja tengok

copp..sem baru ni begitu pendek
masuk bulan satu abesnyer bulan 4
ambik kau nak ne balun sume subjek yang kau ambik
ehh bukan sume da
subjek tuk sem baru ni ja la
nak kena balun dalam masa 4 bulan
ehh..4 ke 3 ek..
rasa-rasa nyer hujung bulan 4
da nak ambik exam
so 3 ke 4 ek
ke 3bulan dan setengah..
apa-apa ja la dik

okey..kalau da masuk sem baru
tu namanya bukan ke tahun baru
yela..kan masuk bulan satu
bulan satu tu permulaan tahun baru kan
so, betul la tu masuk tahun baru
ohh..selamat tahun baru 2013 2011
buat di luar sana
bagi sesiapa yang ada hajat nak meraikan tahun baru dengan semangatnyer
dan dengan laghonyer
sila batalkan niat anda ea..
bukan apa..
kan semua tu tak ada pun dituntut dalam islam
nanti mendatangkan kemurkaan dari Dia Yang Maha Kuasa
nak cari pahala ke nak dosa???
haa...jawab..jawab... :)
lagi pun..kalau menurut kalendar islam
kan ke dah lama awal muharram berlalu
so..thats mean tahun baru dah lama berlepas..
tak gitu adik-adik, pakcik-makcik,abang-kakak semua...

kesimpulannya,
sem baru muncul tahun baru
wujud semangat baru
ramai orang pakat kahwin
bila muncul tahun baru
tarikh yang cantik tu
bagi sesipa yang nak kahwin
tanggal 1/1/11
tetiba pulak masuk bab kahwin..kui..kui..kui..
umo pun da ada satu di belakang..
entah bila ajal kan mendatang
entah kan cukup entahkan tidak bekalan.. =.=






~ agak2nyer bila hari yang sesuwei tuk balik kolej
~ sabtu sepupu kahwin
~ ahad anak buah kahwin
~ aku jugak yang tak kawin2...tetiba pulak... :p
~ hari ahad dah bolek amek kunci bilik
~ aja-aja fighting tok sem baru (^^,)
Sabtu, 25 Disember 2010 | By: --Failisa Maskuri-

Jalan-jalan habiskan duit..

Hai..eem..eemm..okey baca tajuk di atas dengan jelas ea suma. Ada faham ka?? aiyoo.. sendiri tulis sendiri faham maa.. eh lupe pulak. Sebelum tu ASSALAMUALAIKUM W.B.T... lupa da nak bagi salam awal2..

okey, kembali kepada tajuk. Sebenarnya, saja nak bagitau dan nak canang kat blog ni. Bahawasanya teman dan family baru ja balik dari cuti-cuti malaysia.. wawawa.. menghabiskan duit yang telah dicari. Tapi bukan duit teman le. itu duit tuan besar di rumah maa.. tuan besar punya anak sangat-sangat bising dari awal cuti sekolah lagi asyik dok tanya bila + mau + pegi + jalan-jalan + habiskan + wang. huhuhu. sungguh bertuah dapat anak-anak ini macam. Banyak la kau punya bertuah dik. kesian bapak ang hujung taun ja pokai.. copp..copp..mana ad tiap-tiap hujung tahun. kalau ada, kira bertuah badan la sangat tu..heheheh. untuk tahun ni destinasi bajet yang dituju adalah di.... eja sama-sama ea.. M to E to L to A to K to A...Melaka Bandar raya bersejarah..aiittt eja pendek ja kenapa sebutan punya panjang daaa..suka ati aku la blog aku aku yang taip...wawawawa..poyoooss..

  mula-mula pergi 2 family 3 kereta ja sekali bila malam jadi 3 family 4 kereta. asal pulak kereta lebih banyak dari family ni.. pasal nyer family teman ja wajib guna 2 kereta kalau nak pegi mana-mana. bcoz i have a big family ok... 2 la pasainyer sampai 2kereta. gerak dari rumah ari selasa then balik ke rumah hari khamis. kira la sendiri bape ari kami menghabiskan duit big boss..huhuhu..

okey. teman tak mau da citer banyak-banyak. apa kata layan ja gambar-gambar yang ada. masuk 2 3 4 keping gambar cukup la ek. internet kat rumah ni comey bebenor. memang berhati-hati di jalan raya tue la pasal lambat semacam ja dye loading..

jom layan~~~~

copp..lupe nak bagitau. tak kisah la nak taw ke tak nak. nak bagitau jugak..wawaawa  kami menginap di A'Famosa Resort.. seronok betul la tempat dye teman cakap.. mana taknya tempat dye tu kondo dik. memang la seronok ja. tingkat 15 sekali dye bagi da tuk kami punya bilik.. gayat tak gayat bila tengok bawah. huhuhu.. tapi memang best..

sebenarnya, banyak tempat kat melaka ni yang best-best. cuma larat tak larat je la nak pegi sana pegi sini..rono-rene rono-rene..dan lagi satu larat tak larat ja nak melaburkan duit-duit yang ada..hahahah..

okey..jom layan je la gambar-gambar ni.. malas nak citer panjang-panjang daaa..huhuu.. selamat melihat dengan rasa jeles....ohh..apakah motif sebenarnyer...hhuhuhu





                                                              ~ taddaaaa~
 ~ pose di kota A'Famosa ~

 ~ adam yang cute  asyik menangis bila atas bot~
to mama adam: jgn marah ea tempek gmbar adam kat cni..hhuhuhu..

 ~ ha tue dya bukti kami di melaka~

 ~my family~ 

                  ~ posing kat muzium melaka ~            

                           ~ ni pulak kat luar cowboy town kot..teman lupa da apa nama tempat tue..~
 ~ ha..yang ni bacala sendiri tempat dia katne..~

 ~ hanya mampu melihat~
~ budak kecik ni bila dah masuk dalam air tak reti nak naik balik da..syok benor dye main air..~
 ~ model pelampung & baju mandi muslimah tuk kanak-kanak..wawaw ~
~ okey..nampak tak..tue la dia big boss..yang tengah main air dgn anak dia..yang baling bola tue cucu dia..~

 ~ ini budak tengah takut sebab banyak binatang kiri & kanan..nasib baik la duk dalam lori..sebabnya teman pun cuak dik~

 ~ Permata hati kami~
~ oppss..sungguh bersepah ini bilik..haha..~


okey sekian saja tuk entry jalan-jalan habiskan wang dari teman sekeluarga.. untuk tahun depan kena pikir mana pulak nak pergi melaburkan wang..eemm apa kata kita pergi buat umrah nak.. pergi mekah dan madinah la ea tuan besar.baru betul-betul rasa syok + bahagia + aman..huhhuh









~ ni bukan setakat 2 3 4 pic ja..suda lebeh ni..hehehe
~ sapa suruh ambik gambar banyak-banyak..nasib baik tak masuk sume..huhuhu
~ tahniah tuk adik yang balik-balik dari melaka terus ambik result PMR..result ang memang mantap..(^^,)
~ tahniah gak tuk sume yang berjaya dengan cemerlang dalam PMR..
~ tuk dye..tolong jangan muncul dalam diam..lena..dan jaga..




Jumaat, 17 Disember 2010 | By: --Failisa Maskuri-

Bicara Cilik + Aurat...

Situasi 1

Si kecil : amboi2 kak….ha bukak lah tudung nya 2…bukaklah....nanti abg tu nampak baru taw..(maksudnya abang sepupu)

Si besar : ea ke? Mana2?(sila baca dengan nada mengejek ea)

Si kecil : lantak la ko kak..malas I nak layan you ni..Orang cakap tak nak dengar..

Si besar : pape je la dik oi..



Situasi 2

Budak kecik : kita kan tak suka tengok orang tu..

Budak besar: asal pulak? (dlm hati terpikir sendiri..apa ke hal plak budak ni. Suka-suki ja tak suka kat orang)

Budak kecik : orang tu pakai baju nampak ketiak. Kita tak suka dia. Kita malu tengok. Dia tak malu ke ek?                         

Budak besar : (sambil menggaru kepala yang tak gatal)..ntah la. Sebab tak malu la dia pakai macam tu dik oi.

Budak kecik : Baju yang kita pakai ni tak nampak ketiak kan?

Budak besar : eemm..yela tu



Situasi 3

Kanak2 : Kenapa dia tak pakai tudung bila ada orang datang rumah? Rambut  tu kan aurat..

Orang dewasa : (tak terkata apa-apa. Hanya mampu mendiamkan diri sambil tersenyum sumbing dan berkata..oh kanak-kanak..)





Dush..dush..dush..ambik kau..sebiji2 jatuh kena kepala..dah kena ketuk baru terasa. Pergh..pedas gler ayat budak tue bagi..tupp kena batang hidung sendiri. Hidung dah la tak mancung kena hempap terus jadi pesek..hahah..

Mungkin cerita di atas pernah terjadi dalam hidup anda. Atau mungkin insan2 di sekeliling anda. Tidak kisah la apa pun. Yang penting jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri!! Hahaha lari tajuk jap. Okey. Ada yang terasa? Ada yang terkuciwa? Atau ada yang takda perasaan? Uish..bahaya tu kalau takde perasaan.hehehee

Situasi 1:- kisah seorang kakak kena tegur dengan adiknya kerana membuka tudung seketika apabila abang sepupunya berada di rumah. Padahal waktu itu si kakak yakin 200% yang abang sepupunya tak ada dirumah. Mungkin ke kedai barangkali. Tetapi teguran si adik membuatkannya berfikir 2 3 kali dan berkali-kali.. aduhai adikku..

Situasi2:- kisah seorang budak yang banyak mulut yang membebel kerana terlihat seorang wanita yang bertudung tetapi berlengan pendek

Situasi3 :- kisah seorang kanak-kanak yang tidak senang dengan apa yang terjadi dipandangan matanya.

Kadang, tanpa kita sedari mulut manis si cilik mampu membuat kita tersentak. Mampu membuat diri berpikir panjang. Mengapa kanak-kanak sekecil itu, kanak-kanak yang belum mengerti hakikat kehidupannya, bisa mengajar kita tentang betapa pentingnya menutup aurat? Mampu menyedarkan kita tentang pentingnya bertudung dan sebagainya. Ya..mungkin saja kanak-kanak itu telah dididik sedari kecil untuk menutup aurat, bertudung bila keluar rumah,  memakai baju yang sopan dan sebagainya. Lalu,terbentuklah dirinya seperti itu.

Bukankah kanak-kanak itu umpama kain putih yang suci,maka,ibu bapanyalah akan mencorakkannya untuk menjadi majusi,nasrani ataupun yahudi. Maka,dari acuan mana kanak-kanak itu datang? Fikir-fikirkanlah sendiri. Anda tahu jawapannya..

Tapi kan, cuba korang perhati, korang renung setiap pelusuk bumi ni.korang tengok dan korang kaji.
Ha..amacam? jumpa tak? Nampak tak? Berapa ramai sekarang orang yang bertudung tapi terbukak sana,terdedah sini,terketat situ, tercarik kat sinun dan sebagainya. Berapa ramai pulak yang langsung tak bertudung. Yang tanpa segan silu buat iklan ala-ala teknik rebonding. Terjurai-jurai rambut kedepan kebelakang. Sangggul tinggi-tinggi. Cucuk sana cucuk sini. Tu belum kira lagi dengan aksesori yang memberat kat atas kepala. Dan berapa ramai pulak yang pakai tudung tapi jambul tersembul. Anting-anting yang cukup panjang sampai terkeluar-keluar. Nak tunjuk kat orang yang dia ada anting-anting lawa..dan bla..bla..bla..bla..lagi..(banyak sangat kot nak cakap)

Okey fine, ya saya pun bukan seorang perempuan yang perfect dalam menjaga aurat. Kadang-kadang kaki tidak ditutup dengan stokin, kekadang lengan tak dipakaikan stongan dan sebagainya. terkadang terlupa ada insan lain yang akan memerhati aurat saya yang tidak tertutup rapi. Tapi, saya sekadar ingin saling mengingati. Ada benda yang kita rasakan sukar, namun sebenarnya ia mudah. Jangan susahkan benda yang mudah. Bermula dengan perlahan. InsyaALLAH akan menjadi kebiasaan. Dalam islam ada keringanan. Islam bukan agama yang menyusahkan kan. So, kenapa nak pening-pening kepala nak buat ia jadi susah. Yang hang pi dok beli tudung lilit berpuluh kali tu kenapa. Pas tu bila rasa cam susah nak pakai terus gi buang tudung nya. So jadilah model2 rambut teknik rebonding kat atas jalan raya. Kenapa tak beli tudung yang senang nak sarung...tup…tup terus pakai.kan senang. Jimat duit sikit. Tak payah beli pin tudung banyak-banyak. Tak payah duk depan cermin 2 3 jam sebab nak lilit dan belit punya pasal. Apa ke hal nya lah kamu pun..

Coppp..macam dah banyak sangat kau dok membebel dik oi..tapi kan sebelum tu korang kena baca dulu ni..ni firman ALLAH. Diambil daripada surah al-nur ayat 31 yang bermaksud :
  
“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman: Hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dadanya(melabuhkan tudunganya) dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak suami mereka atau saudara-saudara mereka atau anak-anak saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka atau perempuan muslimat atau hamba sahaya atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (syahwat) kepada perempuan aatau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Janganlah kamu berjalan sambil menggoyangkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kanmu sekalian kepada ALLAH. Wahai orang-orang yang beriman, moga-moga kamu mendapat kemenangan."


Baca dan kaji maksud ayat di atas. Nampak tak? Ada ke Dia kata boleh menunjukkan aurat kita kepada yang bukan muhrim? Ehh..sepupu tu pun termasuk gak la orang yang bukan muhrim, yang boleh dikahwini. So,hati-hatinya tentang aurat. Lepas ni kalau balik kampung ke kalau pergi rumah saudara-mara ke cuba-cubalah berubah sedikit demi sedikit. Yang dah biasa tak pakai tudung bila ada sedara-mara dirumah,biasa-biasakanlah. Berubahlah demi mendapatkan keredhaan ALLAH di dunia dan di akhirat.

comey ja budak kat atas ni.. sejuk mata memandang kan..



p/s :  bila budak kecik pun taw jaga aurat, yang besar tak terasa ke??
         peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain..
       maaf kalau terlancang bahasa atau terkasar kata..huhhu..
Ahad, 12 Disember 2010 | By: --Failisa Maskuri-

Masih Punya Ruang...

Dalam nafas ini..
aku bersyukur padaMu Yang Esa
kerna aku masih bisa untuk
menghembus dan melepaskannya
Dalam keheningan malam...
ku sujud penuh kesyukuran
ku tunduk penuh penyesalan
dihimpit kesedaran akan dosa-dosa silam
penuh didada rasa kehambaan
Dalam riang tawa ini..
aku ingin menangis semahunya
tak mampu tuk menahan takungan air mata
benteng yang dibina kian ampuh jua
kesalahan atas keegoaan diri
begitu memberat dipundakku
terbenam didasar jiwa
Dalam kenangan semalam..
keperitan atas amanah yang dikhianati
keparahan dalam mengejar kepercayaan
kesakitan dalam mencari kejujuran
masih bisakah rasa ini
setia menyelubungi diri dalam sepi
Dalam kesejukkan bayu pagi...
ada ketenangan yang membelai jiwa
wujud kegembiraan yang bakal mengetuk pintu hati
mungkinkah hati ini akan berlagu riang kembali
atau mungkin akan ada
khabar gembira yang menyapa
Dalam hati dan jiwa ditubuhku ini...
moga hilanglah segala gundah
pergilah segala resah
penyesalan dijadikan iktibar
agar diri tidak leka di hari mendatang
datang dan muncullah segala kegembiraan
agar hati yang terluka dan pedih
bisa bersinar kembali..
menyinari hari...


p/s : dalam hati ad luka..huhuhu..
         bila orang x pandai nak berpuitis tapi nak jugak berkarya
         maka,jadilah puisi carca-marba kat atas tu...[^^,]


Jumaat, 10 Disember 2010 | By: --Failisa Maskuri-

...salam ukhuwah...

Assalamualikum w.b.t...

Tanggal 31...bulan 8..hari yang mulia..hari yang bahagia..sambut dengan jiwa yang merdeka... oppss..terlebih semangat merdeka sudah..salah masuk tajuk sudah ni..okey yang sebenarnya nak cerita cam ni..bukan nak cerita sal merdeka ke apa ke bendanya pun..nak bagitau dekat tuan/puan/cik/encik yang sudi baca blog ni..
tanggal 10 Dec 2010 ni..hari ni la..bila lagi..akhirnya terbina jugaklah blog ni.. atas dorongan,nasihat,semangat dan tunjuk ajar dari insan-insan tersayang,jiran tetangga,sedara-mara..dan segala cucu-cicit yang ada..akhirnya blog ni berjaya dibina..
[serius ayat di atas terlalu poyo dik]...

Dan setelah keringat dikerah..dan idea dipaksa keluar maka jadilah blog ni namanya "Kala Mulut Terkunci".. isyy..apa ke hal pulak kau bagi nama gitu kt blog kau ni dik oi...nak tau sebabnya ke?..sye pun x taw kot..hehehe..mesti lah ada sebabnya..renung2kan dan selamat beramal... 


so..apa2 yang baik daripada isi blog yang banyak merapu-merepek ni..sila2 lah ambil ea..kalau tak nak ambil pun x pe..dan yang tidak baik yang lebih banyak ngomel kosong-kosong, bior kan je la..sekian..
SALAM UKHUWAH dari tuan tanah...


p/s : buah nangka di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan
       ini budak baru belajar, salah silap tolong tunjukkan.. (^^,)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...