Jumaat, 31 Ogos 2012 | By: --Failisa Maskuri-

perutusan hari raya

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

tadaa..perasan tak latest entry pasal ramadhan lagi...nah.ni dah syawal pun..apa ke hal nya post masih pasal ramadhan kan... syawal ada lagi..so belum terlambat untuk tuan blog mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.." kepada sesiapa yang tengah baca entry ni... syukran kathir @ terima kasih banyak2 kerana sudi membaca... selamat hari raya [^_________^]

awak!!!! awak yang tengah baca entry ni...awak dah puasa 6 belum...kalau belum jomlah puasa..banyak tu kelebihan dan ganjarannya...bole cari kat pakcik google kalau nak taw sebab banyak dah mereka-mereka yang lebih pakar buat post pasal fadilat berpuasa 6 dalam bulan syawal... tak nak ke dapat ganjaran yang berganda-ganda... isy..isy..isy..rugi..rugi..bagi mereka yang mensia-siakannya sebegitu saja.... [T___T]

Dari Abu Hurairah (r.a), Nabi bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun".

pesss.... berpuasa sebulan dalam bulan ramadhan boleh...jadi kalau tambah lagi puasa 6 dalam bulan syawal..mesti lagi boleh kan...lagi osssseeeemmmmmmm la kawan.....JOM... rebut peluang yang ada!!! Jangan Ketinggalan taw!!!......







[sumber pakcik google yang comey]








































Khamis, 16 Ogos 2012 | By: --Failisa Maskuri-

ramadhan di perantauan + shortsem

salam penghujug ramadhan kareem buat semua readers yg beragama islam...ramadhan datang lagi dan kini ia akan sampai ke penghujungnya..padanya penuh barakah tersimpan berjuta hikmah..tapi ingat,kita bukan hamba pada ramadhan..kita adalah hamba pada YANG MAHA ESA...jadi,teruskanlah beribadat kepadaNYA seolah-olah kita akan mati pada esok hari walaupun ramadhan akan pergi lagi beberapa hari...masa kian pantas berlalu dan yang kelmarin hanya satu memori yang ada tika kekal dalam ingatan dan ada waktunya pergi bersama sebuah kenangan silam...

ramadhan kali ini berlainan rasanya..berada diperantaun yang tak berapa nak rantau...waaahh gaya macam tak pernah ber 'ramadhan' di perantauan aja..dulu waktu menjadi pelajar asasi, berpuasa di nilam puri,kelantan adalah satu kenangan indah yang tidak mungkin akan pudar dari ingatan...setiap kali ramadhan,pasti akan terbayang2 bazar ramadhan di depan nilam puri,kuih akok, murtabak mini kak ma,nasi kukus kak ma, iftar jamaie dgn budak2 majmuah pergi shopping2 dkt KB Mall, kat Wakaf Che Yeh, macam2 lagi la...tapi yang paling syok bila dapat berbuka ramai-ramai kat cafe..terawih sama-sama dekat dewan joho...syahdu pulak tetiba teringat memori lalu..

tapi kali ni, berpuasa sebagai anak rantau bersama kawan2 rumah sewa..seronok dapat rasa pengalaman tu. akhirnya dapat merasai kehidupan menjadi pelajar luar kampus walaupun sekejap..sekurang-kurangnya ada la jgak kan..

shortsem...kerana shortsem aku bergelar pelajar luar kampus..mula2 banyak rintangan dan dugaan yang dihadapi..tak cukup kuota la..stay kolej mahal la..itu belum tambah rasa putus asa awal-awal lagi..tapi bila kenang-kenang kan balik, ya..pengalaman tu amat indah dan mahal..kalau dulu,berangan-angan nak duduk satu rumah dengan kengkawan,main masak-masak sama-sama,tukar-tukar resepi,shopping barang dapur..tapi bila dapat rasa sendiri pengalaman tu,sangat seronok rasanya..

namun kerana itu jugak la, encik BEY cedera parah bila kena terjah dengan lori gedabak yang main sedap langgar ja...uwaaaa...nasib tuan besar tak marah...selamat tapi sedih..

kadang-kadang kita tak tahu..apa yang kita nak tu tak mungkin kita akan dapat sebab ALLAH beri apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita mahu...redha atas setiap yang telah ditakdirkan dalam hidup..bukankah itu lebih baik..ya,pada mulanya rasa malas + sedih + jeles tengok member2 yang tak ambik shortsem...tapi lama-lama rasa seronok + beronok-ronok sebab pengalaman yang dilalui itu indah..habskan masadengan kawan serumah,jalan-jalan pergi makan angin,berbuka bersama,pergi terawih dekat masjid angkasapuri sama-sama..bila dah habis shorsem,rasa lega+gembira sangat..sekurang-kurangnya terlepas sudah apa yang perlu dilepaskan..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Percayalah!!! kerna ALLAH takkanjadikan sesuatu itu dengan sia-sia [^_____________^]

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN SYAWAL....MOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP...SALAM LEBARAN SALAM PENGHUJUNG RAMADHAN [^_^]
Rabu, 8 Ogos 2012 | By: --Failisa Maskuri-

secubit rasa



salam sejahtera ke atas umat islam di seluruh pelusuk muka bumi [^_^]

letih dan lemah dalam meneruskan perjalanan kehidupan...ya..harus akur..
kehilangan sesuatu yang berharga membuat semangat yang dulunya kuat jadi lemah..
longgarnya genggaman tangan yang dulunya kuat...
hilang dari hari ke hari
pergi bersama kenangan lalu

manusia...iman yang kadangkala naik kadangkala turun..yazid wa yankus [betambah dan berkurang]..bila diuji sedikit, keluhan yang panjang diberikan...apakah kita telah lupa bahawa manusia itu akan sentiasa diuji keimanannya..DIA layak menguji kita kerna kita hanya seorang hamba..

menitik lagi air jernih yang pada mulanya tega bertakung...benteng yang dibina kukuh akhirnya roboh..mengalir bagaikan tidak merestui sebuah kehilangan..baru sedikit nikmat yang ditarik baru secubit ujian yang diberi namun sukar untuk menghadapi...manusia...

“Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ad kebaikannya. Cuma krna kelemahan n kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ad kasih sayangMu.”<-----terima kasih ats kiriman doa ini sahabat....sangat menghargainya..

kekadang wajah yang tenang dan ceria didalamnya tersimpan seribu duka sebenarnya...apa yang terpamer tidak sama seperti apa yang tersembunyi...yang prihatin akan terus menjadi prihatin. yang membenci akan tega untuk terus membenci.....manusia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...