Sabtu, 31 Disember 2011 | By: --Failisa Maskuri-

coretan akhir tahun

jari menaip rancak di atas papan kekunci dan buku ditolak ketepi seketika..ermm...mungkin bukan seketika dan mungkin bertika-tika.

sukar untuk membuat pilihan tatkala begitu banyak pilihan terhidang dihadapan mata....susah untuk menafsirkan jawapan yang terbit dalam lubuk hati yang dalam...rumit untuk merungkaikan keputusan yang berbelit....

oppss...dah nak masuk tahun baru kan kita..tapi sebenarnya kalau ikut kalendar hijriah dah sebulan kita masuk tahun baru..dah nak masuk bulan safar pun...da set up azam baru lama dah pun..hihihih

actually,semenjak meninggalkan alam persekolahan, aku jadi dah ala-ala pelupa untuk mengingat tarikh setiap hari then secara automatiknya aku akan jadi orang yang blur bila muncul tahun baru masihi... ayat yang biasa terluah "eh..sok dah tahun baru la"... fine..orang lain dah kecoh nak masuk tahun baru aku boleh buat muka blur nak ingat tarikh...then bila orang dok tanya aku tarikh berapa hari bulan,aku secara automatiknya akan refer kepada mr.sony aku untuk tanya tarikh..heheh....careless betul pasal tarikh setiap hari....


okey..setiap kali tahun baru mesti orang dok sibuk buat azam baru..azam baru untuk transformasi baru..harap-harap transformasi yang lebih baik dari tahun sebelumnya... tapi ada juga kekadang azam tahun lepas tak terjaya dengan jayanya...hikhikhik...*aku la tu


"hentikan membuat azam tukarkan kepada JANJI. orang munafik sahaja yang meninggalkan janji, oleh itu 'berjanjilah' sesuatu yang berpada pada kemampuan. biar sedikit tapi tercapai bukan berjela tapi semua ditunda-tunda"<------- ayat ni aku kopi pasta dari seorang sahabat...

ada betulnya gak dengan ayat tu.. kalau nya dah buat janji mana boleh mungkir janji..tu kan tanda2 orang munafik.. so bila berjanji harus tepati, makanya berjanjilah mengikut kadar kemampuan diri..bila tak laksanakan kita akan rasa bersalah dengan diri...nak ke dalam diri ada sifat munafik?? ALLAH..mintak dijauhkan sifat-sifat mazmumah dari dalam diri dari dalam hati....aku,kau,kita,kami dan mereka..

tahun baru,azam baru,semangat baru...raikan dengan jiwa yang baru....jiwa yang lebih khusyuk,tawadhuk dalam pengabdian kepada YANG MAHA ESA...... bentuk diri untuk menjadi seorang hamba yang lebih soleh dan solehah....menjadi seorang anak yang lebih soleh dan solehah...menjadi seorang pelajar yang lebih hebat.....menjadi seorang rakyat yang bijak menilai...[hehheheh]







~en.fokus tolong setia bersama saya untuk sejam dan kemudian tambah sejam lagi kemudian sejam lagi kemudian sejam lagi...dan jangan lupa untuk bawa en.mood study sekali ea..then bila en.otak dan minda dah penat kita boleh rehat kt R&r kejap..pastu kita beriringan lagi dalam perjalanan ni ea....[^.^]!
Khamis, 29 Disember 2011 | By: --Failisa Maskuri-

doa itu iringan usaha

assalamualaikum w.b.t..salam imtihan salam peperiksaan buat insan-insan yang akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi..*macam aku*.. moga-moga kita dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan jayanya..bahkan bukan saja untuk peperiksaan didunia malah untuk 'peperiksaan' sewaktu kita melangkah ke alam barzah dan juga 'peperiksaan' di padang mahsyar kelak...ameen...

kita sering mengharap agar seseorang itu akan berubah kearah yang lebih baik. contohnya kita berkawan dengan seseorang yang culas dalam solatnya. lalu kita inginkan dia taat pada perintah ALLAH dan tidak lagi meninggalkan solat dalam apa keadaan sekalipun. kita sentiasa berharap dan terus mengharap agar dia berubah, tapi dalam masa yang sama kita tak menjalankan tanggungjawab sebagai rakan dalam menasihatinya.

mungkin ada tikanya, kita puas menasihati namun nasihat itu lalu dibawa angin..dan kita seolah habis ikhtiar untuk mengajaknya kembali kepada jalan yang bercahaya dan kita putus asa dipertengahan jalan.
sedarkah kita yang kita telah meninggalkannya keseorangan tanpa kawan yang akan menasihatinya lagi..tanpa rakan yang akan mengajak dia kembali dan sedarkah kita bahawa kita telah membuka satu ruang kepadanya untuk sentiasa alpa,lalai dan leka dengan tanggungjawabnya???

mengeluh bila usaha kita jadi sia-sia kerna dia tak pernah nak menerimanya?? tapi sedarkah kita bahawa kadangkala kita lupa untuk turut mendoakannya dalam tiap sujud kita dihadapan RABB..mungkin kerna itu usaha kita masih belum menampakkan hasilnya...tiap usaha itu perlu iringan doa yang tulus dari hati...lalu barulah tawakal selepasnya....kita berusaha dan terus berusaha tapi kita terlupa untuk minta pada ALLAH agar membukakan hati+telinga dia untuk menerima tiap nasihat yang berharga..ya!!! kita menasihatinya tanda kita sayang akan dia...dan ALLAH lebih tahu betapa kita menyayangi nya.... dan ALLAH menguji kita untuk mendengar rintihan kita kepadaNYA dalam tiap doa dan sujud kita..

macam tu juga dalam menuntut ilmu....kita belajar pagi petang siang malam...kita berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh... tapi!!! jangan kita lupa untuk memohon pada ALLAH untuk memudahkan urusan kita, untuk mempermudahkan jalan kita dalam menuntut ilmu. untuk merungkaikan kesulitan dalam peperiksaan yang akan datang.... kerna setiap usaha itu perlu ada doa yang mengiringi langkahnya..... [^^,]









~semoga kita semua memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat
~ingatkan aku untuk sentiasa dan terus mengingati kalian dalam doaku agar aku sentiasa dalam ingatan doa kalian
Ahad, 11 Disember 2011 | By: --Failisa Maskuri-

biar sendiri

assalamualaikum all readers sekalian...[apa? takda readers? eh awak tengah baca entry ni kan..so awakla reader nya...jawab salam cepat... [^^,]...

bertemu lagi dalam teratak ni setelah tuan punya blog pergi 'makan2 angin cari pengalaman' di TAMAN NEGARA PAHANG....ambik ko siap caps lock lagi nak bagitau satu dunia yang aku baru balik dari taman negara...taman negara ja pun..tapi ada kau sampai sana dah? takda kan...[~.~!]

sekadar gambar hiasan bukan untuk dikomen..hihih....


~SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM [SMPI 10/11], UNIVERSITI MALAYA~



pose yang sempat dirakam...:)

banyak lagi aktiviti dan gambar yang menarik tapi aku bukan nak cerita pasal program ni...so cerita di atas hanyalah selingan sebelum ke topik utama....hehhehheh [^^,]

anda pernah bercinta? pernah mengalami cinta? taw apa itu cinta? eh..ini bukan dr.cinta punya blog...ni blog anak abah...hihihi...kenapa tetiba nak bicara pasal cinta.? entah..aku pun takda jawapannya..

ada orang setiap tahun tukar pasangan macam tukar baju raya. ada orang setia bersama pasangannya hingga ke akhir hayat dan moga2 hingga ke syurga. ada orang setia dengan dirinya yang keseorangan tanpa seorang teman sebagai pasangan..macam saya..erk..pengsan..[**-]

bangga ke memiliki teman dalam tempoh yang muda tapi bukan dalam satu ikatan yang sah??? bangga ke berpeganggan tangan tanpa memiliki lesen yang diiktiraf??  bangga ke memikul dosa dalam sesuatu perhubungan.??

perhubungan antara dua jiwa itu indah namun jangan dicemari dengan sesuatu yang tidak disukaiNYA, pernikahan antara dua hati itu syariat lalu jangan kau menyukarkannya dengan sesuatu yang sia-sia.

saya sering ditanya sama ada empunya diri sudah dimiliki atau belum. dan setiap kali soalan yang diaju hanya senyuman yang dituju sebagai tanda jawapan yang penuh tanda tanya. sukar untuk saya memberi jawapan yang pasti kerana saya sendiri tak tahu. jadi macammana nak bagitau..ye dak?

mendengar kisah seorang sahabat tentang pengalaman hidupnya meniti hari2 keremajaan. penuh dengan kisah suka dan duka. dan yang pasti memori 'couple' menjadi topik utama, membuat aku terfikir yang kisah hidup kita berbeza. ada orang kalah dengan godaan syaitan dan berani mencuba mencari pasangan. ada orang tersedar dari lamunan percintaan dengan cepat lalu hanya akan bersedia menyerahkan cintanya buat 'nakhoda pelayaran rumah tangga'nya sahaja, ada orang langsung tak pernah terjebak dengan kancah percintaan sehinggalah dia disunting menjadi permaisuri suaminya.

untuk berbicara pasal cinta...saya sendiri tak mahir untuk merungkaikannya....dan sebab saya bukan nak berbicara tentang cinta...cukuplah saya tinggalkan persoalan untuk dirungkaikan bersama...
"memang indah alam percintaan tanpa adanya sebuah ikatan perkahwinan..tetapi cukupkah sekadar indah sementara bila berumah tangga jadi merana bilamana kebekatannya telah dipersia sewaktu dialam percintaan tanpa halal??"
"memang kesepian hidup keseorangan tanpa pasangan...tetapi bukankah kebahagiaan yang dijanjikan ALLAH setelah berumah tangga itu yang menjadi impian bila syariat dan batas pergaulan dalam perhubungan itu dijaga??"

biarlah orang memperlekehkan kita seandainya kita masih 'single' dimata mereka...asalkan syariat dijaga lalu 'keluarga sakinah' dapat dibentuk..

sendiri itu lebih baik bukan....ramai teman yang sejantina disisi...jangan dilayan rasa hati..ikut kata syaitan kita yang kan merana...insafi diri hiasi peribadi













~benar kata orang...jangan cepat menilai orang dari luaran...nilailah mereka dari dalamannya juga..bertahun 'dia' dinilai dari luaran dan dalaman namun penilaian itu tersilap percaturan.... rupa2nya nilaian itu hanya dari mata kasar dan belum cukup dinilai dari mata hati~


~kekadang diri diuji dengan sesuatu yang melelahkan, namun ALLAH tetap akan hadir memberi bantuan..kekadang DIA hadirkan kasih mak melalui panggilan telefon untuk mengubati sakit yang ditanggung, kekadang DIA datangkan seorang teman untuk mendengan rintihan, kekadang DIA datangkan ketenangan angin malam untuk mendamaikan hati yang rawan..DIA sering menguji..namun DIA sekali-kali takkan pernah tinggalkan kita sendiri~ALLAHUAKBAR!!!!

~bermimpikan wajah2 anak arwah ustaz...mengapa wajah2 itu hadir sedangkan pertemuan itu hanya seketika cuma..YA ALLAH tempatkanlah mereka dalam golongan orang2 yang bertaqwa dan beriman kepadamu..cucurilah rahmat keatas roh2 mereka~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...