Sabtu, 6 Oktober 2012 | By: --Failisa Maskuri-

itu ini begitu begini

bismillah..... [^___^]

setiap orang ada angan-angan dan impian kan...tak kisahlah sama ada kita dapat capai atau tak angan-angan tu....kalau angan-angan mat jenin memang tak kemana..tapi kan agaknya kalau mat jenin bersungguh-sungguh mesti angan-angan dia tu dah jadi kenyataan kan...wohaa

dulu masa kecik-kecik aku suka sangat tengok sepupu-sepapat yang dah bekeluarga balik ramai-ramai..konvoi keta ramai-ramai balik ke kampung..seronok sangat..so salah satu angan-angan aku masa kecik dulu adalah nak konvoi ramai-ramai dengan adik-beradik yang ramai dan balik kampung sama-sama...feel dia rasa seronok kot :D... selalu berangan bila dah besar..adik-beradik semua dah bekeluarga..then balik kampung sama-sama jumpa mak and abah..seronok kan...[ok...kantoi yang kecik-kecik ak dah pandai berangan.hahha]

and now...dah meningkat dewasa pun...dah besar tapi cuma belum 'bina masjid' ja lagi semuanya.... bila dah duduk dan menetap dekat bandar dan dah jadi orang bandar...bila nak balik kampung time-time cuti hujung minggu ka cuti raya ka cuti sem ka..mesti akan roger-roger adik-adik dan abang untuk balik sama-sama...mana taw boleh pow duit abang tok belanja makan kat mana-mana kedai...takpun buat muka comel tok pow duit adik suruh bayar duit minyak dan tol....tapi lebih banyak aku yang kena pow dengan diorang tok bayar duit minyak dan tol kereta...katanya...dah kereta sendiri,sendiri la bayar minyak...ceit..memang 'bertuah' dan 'beruntung' jadi kakak kan... @-@"

ukhuwah antara adik-beradik tu boleh diikat dengan pelbagai cara dan gaya. kadang yang sulung dan yang lebih tua mesti bijak mainkan peranan...kadang yang muda harus setia melayan kerenah kebudak-budakan yang lebih tua..gaduh kecik-kecik tu perkara biasa..kadang2 kiteorang selalu bertekak mulut..sampai orang tengok rasa pelik.tapi sebenarnya gaduh2 manja..saja nak menyakat..kadang2 ada yang terlebih rajin layan kerenah adik-beradik y ramai. lain orang lain cara..lain keluarga lain perangainya... ^____^







~orang ramai kata tak sabar nak tengok keluarga ni diisi oleh orang luar...berkembang biak keluarga..mesti lagi meriah...kata kami..tunggu ja la saat tu..insyaALLAH andai diizinkan pasti akan ada :D ~

0 orang kata apa saja..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...