salam sejahtera..salam buat semua penghuni dunia..moga redha ALLAH sentiasa bersama hambaNya yang setia mengharap keampunan dan keredhaanNya
perasaan itu perit membungkus diri. kekadang rasa yang terdampar dihati terlalu mendesak diri untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. amarah menguasai diri lantas syaitan bersorak gembira bilamana seorang lagi anak adam tewas pada pujuk rayunya.ahh..payah untuk mendidik hati mengasuh jiwa mengajar nafsu di dalam diri. tewas!!! ya sering tewas pada rasa amarah itu. sering lemah dan sering kalah . (T_T)
marah??? bila rasa itu menguasai diri apa yang kalian lakukan??
- campak segala barang di depan mata?
- memarahi insan lain yang mungkin tidak bersalalah??
- menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya?
- mengurung diri dikamar?
-menangis dan ......????
- atau mungkin ada cara lain yang kalian lakukan dalam mengatasi rasa marah di hati???
bagaimana cara yang terbaik untuk mengurus dan mengatasi rasa amarah yang beraja dihati ini.??
pernah dengar tak ayat ni "kehebatan seseorang bukanlah diukur ketika dia berada di medan perang tetapi adalah tika mana dia mampu mengawal kemarahannya" lebih kurang macam ni la bunyi nya...huhuhu..
nah..ini tips untuk kamu..kamu..dan diri yang lemah ini mengatasi rasa marah yang berada di dalam diri..
1) latih lah diri kita dengan sikap mulia seperti sabar dalam semua perkara, lemah-lembut, sedia memaafkan kesalahan insan lain dan sebagainya. bila sikap ini telah tertanam dalam diri kita maka kita mampu untuk mengatasi rasa amarah yang bermukin di dalam diri dan tidak cepat melatah untuk memarahi insan lain.
2) sentiasalah memohon perlindungan dari ALLAH daripada segala gangguan syaitan. syaitan tak kan pernah henti dan tak akan pernah letih untuk mengajak manusia melakukan kemungkaran, memujuk rayu supaya kita terpedaya dengan bisikan-bisikannya. bukankah sikap panas baran dan pemarah itu adalah salah satu dari sifat-sifat mazmumah.. maka pohonlah dari ALLAH moga kita sentiasa dalam lindunganNya
3) bila rasa marah itu menguasai hati, segeralah mengambil wuduk. moga kita peroleh ketenangan. kerna syaitan itu dijadikan dari api. dan api hanya boleh dipadam dengan air. maka,berwuduklah. setelah itu, ambillah al-quran dan bacalah ia. moga kita akan beroleh ketenangan dengan membaca kalam-kalam dari ALLAH S.W.T pemilik jasad dan nyawa kita.
4) jika sewaktu sedang marah kita tengah berdiri,maka duduklah, jika belum reda juga,hendaklah berbaring. moga-moga kemarahan itu akan beransur reda.
5) belajarlah untuk memaafkan kesalahan orang lain. mungkin insan yang membuat kita marah itu tidak mempunyai niat untuk melukakan hati kita. mungkin juga dia tidak sengaja membakar api kemarahanmu.. maafkanlah dan kawallah api kemarahanmu..
alangkah indahnya kehidupan andai setiap insan mampu mengawal api kemarahannya. tiada pertengkaran, tiada pergaduhan, tiada pembunuhan, tiada rasa dendam yang boleh membawa kepada kehancuran. suami isteri tidak bercerai-berai, sistem kekeluargaan tidak akan punah, sedara-mara tidak bermasam muka dan sebagainya. hidup dalam aman dan damai tanpa rasa marah.
namun, kita hanya manusia biasa. adakala marah itu tidak mampu untuk dikawal. akan tetapi, berusahalah untuk berubah. buang sifat-sifat mazmumah dan tanamlah sifat-sifat mahmudah di dalam diri. usaha yang sedikit lama-lama akan membuahkan hasil yang banyak. setelah berusaha, mungkin saja rasa amarah itu tidak akan hilang dari dalam diri, namun mungkin rasa itu mampu dikawal agar ia tidak meledak dan marak mengikut kata nafsumu..
kawallah api kemarahanmu agar ia tidak merebak hingga tempiasnya terkena insan lain dan ingatlah bahawa hebatnya seorang manusia bukan dilihat dari kemenangannya menumpaskan pihak musuh di medan perang, tetapi dilihat dari aspek kehebatannya dalam menundukkan nafsu amarah yang bermukim di dalam diri.
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك
"wahai tuhan yang membolak-balikkan hati..teguhkanlah hatiku pada agamaMu"
"wahai tuhan yang membolak-balikkan hati..teguhkanlah hatiku pada agamaMu"
~ada tika senyuman itu mampu mengubat lara menjadi bahagia, derita berubah ceria
segala yang pahit bertukar manis
~akhirnya jawapan yang dicari telah ditemui
~ terima kasih atas segalanya sahabat (^^,)
2 orang kata apa saja..:
senyum kan sedekah.. :)
amiyo: btol3..senyum sokmo deh.. :D
Catat Ulasan