Sabtu, 8 Januari 2011 | By: --Failisa Maskuri-

cha...ya..nun..ta...alif...

Assalamualaikum W.B.T

Dengan namaMu Ya ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... selawat dan salam atas nabi junjungan Nabi Muhamad S.A.W....


".....tidak rugi kita mencintai ALLAH. kerana apabila kita mencintai ALLAH dan ALLAH pula mencintai kita, maka seluruh alam,langit,bumi dan seisinya diseru untuk mencintai kita..."

"....dan lagi..apabila kita mencintai bunga-bunga yang cantik,ia akan layu,gugur dan mati. apabila mencintai manusia,manusia akan tua dan mati.. sebaliknya kalau kita mencintai ALLAH, ALLAH itu sentiasa hidup dan tidak akan mati..dan Dia sentiasa dan pasti akan mencintai kita hambanya yang lemah.."

kupetik kata-kata itu dari sebuah novel lewat petang kelmarin... disaat ada hati-hati insan yang gundah dengan perasaan yang berkecamuk, kata-kata itu bagai air yang mengalir untuk menyirami jiwa-jiwa insan yang terlalu mendamba cinta manusia..mengingatkan insan yang kealpaan dengan cinta duniawi bahawa cinta dari ILAHI..yang menerbitkan rasa cinta di hati adalah cinta yang hakiki dan abadi..

lantas mengapa cinta itu diperlukan oleh setiap insan? kerna itu adalah fitrah semulajadi yang telah dititipkan dalam jiwa setiap mahluk dimuka bumi. hatta haiwan juga dititipkan rasa itu, rasa kasih dan sayang nya, rasa  cintanya terhadap anak-anaknya.. definisi cinta itu luas dan sukar untuk ditafsirkan. ia terlalu subjektif dan setiap insan mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri tentang erti cinta yang sebenarnya... lantas bagi kamu apa itu erti cinta yang sebenarnya?? hanya yang mempunyai rasa cinta yang bisa memahaminya.

satu...satu...saya sayang ALLAH
dua..dua..sayang rasulullah
tiga..tiga..sayang ibu bapa
1..2..3..sayang semuanya...

letakkan yang pertama dihati untuk dicintai adalah ALLAH. Dia yang memberikan rasa cinta dihati-hati hambaNya. yang kedua cintailah KekasihNya iaitu Rasulullah S.A.W.. selawat dan salam keatas baginda.. seterusnya letakkan yang ketiga cinta kepada ibubapa..insan yang melahirkan,mendidik dan membesarkan kita..cinta kepada suami/isteri hendaklah disandarkan kepadaNya..agar dapat terus bersatu disyurga abadi...cinta mencintai sesama insan di dunia agar hidup sentiasa dilimpahi kasih sayang antara satu sama lain dalam menegakkan Islam dimuka bumi. cinta kepada alam sekitar, tumbuhan, haiwan..mampu memberi ketenangan saat dilanda kesibukkan dengan urusan duniawi. nah...cinta itu subjektif. tidak hanya tertumpu kepada manusia sahaja. kekadang kita perlu cinta kepada alam sekitar supaya kita dapat memeliharanya daripada sebarang kerosakkan. dan dikala kekusutan melanda, keindahan alam mampu memberi ketenangan...

....cintailah ALLAH dan RasulNya, nescaya kau akan menemui cinta sejatimu...

.... tidak perlu mengejar cinta manusia kerna ia akan tiba bila detiknya..yakinlah akan janji ALLAH kerna janji ALLAH itu pasti...lelaki yang soleh itu untuk wanita yang solehah...



Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:

“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikkan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah lah yang lebih mengetahui."






~ buat kamu teman..yakinlah akan janji-janji ILAHI buat mu..
~ buatlah pilihan yang terbaik demi masa depanmu
~ kenapa lagu-lagu nasyid sekarang banyak pasal cinta ek??huhuu
~ cintailah insan yang mencintaimu...peace
~ cintakan kedamaian... selamatkan bumi palestin

2 orang kata apa saja..:

Unknown berkata...

trtusuk kalbu tol entry ni ..makaseh..hehhe

--Failisa Maskuri- berkata...

jiji yu :
hati2 jgn sampai cdera parah pulak bila da tertusuk tue.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...