Isnin, 20 Jun 2011 | By: --Failisa Maskuri-

kerna dirimu begitu berharga

menurut kata orang semalam adalah hari bapa..kata aku pula: eh..ea ke?? asal aku tak taw...ceh..bertuah punya anak..cam mana la aku boleh tak ambik kisah langsung...oit..mana ada..tak bermakna kalau aku tak tahu semalam hari bapa aku tak menghargai abah tersayang..sebab sama seperti hari ibu yang aku anggap setiap hari adalah hari ibu macam tu la jugak hari bapa..bagi aku setiap hari adlah hari bapa dan hari ibu..kerna tanpa mereka berdua siapalah aku..kalau sebelum ni aku bercerita perihal emak sempena hari ibu, mungkin ada kisah abah untuk entry kali ini...hehehhe..

sebelum aku terlupa dan sebelum entry ni menjadi semakin panjang, tolong jawab salam aku dulu..heheh. Assalamualaikum. semoga ditetapkan iman kita.. dah jawab salam?? bagus..bagus..bagus..(-.-)

~dia yg banyak berkorban untuk keluarga tercinta...my beloved Abah~

     


dari jauh aku memerhatikan seorang insan itu
yang begitu banyak menabur bakti
yang begitu setia menunaikan janji
mendidik, mengasuh, mengajar, mencari nafkah dengan rela hati
atas nama tanggungjawab sebagai seorang suami buat si isteri
atas nama ketua keluarga yang tergalas dipundaknya

rambut yang dulunya hitam menutupi kepala
kini kian betukar warnanya
sang putih mengambil peranan
helaian-helaian uban mula kelihatan
suara lelaki itu yang mula kedengaran saat aku dilahirkan ke dunia
bait-bait kalimah yang keluar dari mulutnya begitu mendamaikan
azan dan iqamah menjadi santapan
dia lelaki yang pertama mendengarkannya kepadaku
hati ibu tersentuh rasa sayu...

ketegasannya mendidik kami agar bijak menjaga diri, kemarahannya tanda sayang, pukulan atas kesalahan yang kami lakukan tanda mendidik diri, bebelan dan nasihat yang diluahkan tanda mengasihi agar anak-anaknya bisa menjadi insan yang berguna...
aku suka melihat senyuman yang terhias dari bibir abah..sungguh manis...abah seorang yang tegas dan boleh dikatakan garang.huhuhuhu..... tapi aku tahu,ketegasan dan kegarangannya membuktikan dia menyayangi kami..(^^,)..tapi kalau abah senyum,kekacakkannya terserlah...heheheh...

teringat waktu kecik2 dulu...abahlah yang mengajar mengaji,lepas ja mengaji abah akan suruh anak2nya buat praktikal solat depan dia..betul kan mana yang tak betul. waktu mengaji pulak,rotan mesti tak lepas dari tangan abah.sentiasa ada disisi..kata emak, dulu pernah arwah nenek sorokkan rotan abah tapi abah beli pulak yang baru..huhuh..nasib2..ah..kenangan waktu kecik kalau nak cerita takkan abih sehari..hehehhe..

bila dah dewasa macam ni, kekadang rasa rindu pulak nak dengar abah marah aku (kalau marah budak2 kecik kat rumah ni, aku da selalu dengar..hahhaha)  kekadang pulak nak rasa balik sakitnya waktu kena pukul time kecik2 dulu sebab nakal sangat..hahhaha...ada ke patut...

tetiba teringat satu peristiwa masa pergi bercuti baru2 ni. peristiwa si ayah memukul kepala anaknya. bagi aku kalau pun nak mengajar anak2,kepala bukanlah tempat yang selayaknya untuk dipukul. si anak tu baru kanak2 kecil yang mungkin berusia 2 3 tahun. sekadar menasihati dan kalaupun nak memukul,pukul la kat tempat sepatutnya. takpun cubit2 sayang ja. tue kan dah memadai. aku yang melihat rasa kasihan dan simpati. aku pulak jenis yang tak boleh tengok orang sikit2 nak main pukul kepala. ingat kepala tu bola ke apa?? isy..isy..segarang-garang bapak aku pun,kepala tak pernah menjadi tempat untuk dipukul..

back to the topic...huhuuhuh...HAPPY FATHER'S DAY TO MY ABAH, MOHD MASKURI BIN HAJI SIDEK..semoga impian abah dan emak untuk menjejakkan kaki ke sana menjadi kenyataan tahun ni.. 

selamat hari bapa juga untuk semua ayah, abah, abi, bapak di dunia dan tak lupa juga buat bakal2 bapa.hehhe...selamat menjadi bapa..tanpa bapa, siapalah ketua keluarga... love u so much,dad.. uhibbuka fillah ya abi...(^^,)

~sewaktu menyambut hari kelahiran beliau ketika berusia 48tahun~ abah aku masih muda kan..huhuhhu







~kalau time cuti sekolah,mesti nak cari peluang tuk bercuti dengan family..tak payah pergi tmpat yang jauh2 atau mahal2 coz tu semua tak penting. yang penting kenangan dan pengalaman yang dilalui bersama tu yang akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan~ 
~ orang selalu tanya, bila agaknya mak dan abah nak buat kenduri kahwin, nak terima menantu..alahai..sabarlah makcik pakcik semua..anak2 abah dan mak ni masih belum cukup dewasa lagi..hehheh

0 orang kata apa saja..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...