Situasi 1
Si kecil : amboi2 kak….ha bukak lah tudung nya 2…bukaklah....nanti abg tu nampak baru taw..(maksudnya abang sepupu)
Si besar : ea ke? Mana2?(sila baca dengan nada mengejek ea)
Si kecil : lantak la ko kak..malas I nak layan you ni..Orang cakap tak nak dengar..
Si besar : pape je la dik oi..
Situasi 2
Budak kecik : kita kan tak suka tengok orang tu..
Budak besar: asal pulak? (dlm hati terpikir sendiri..apa ke hal plak budak ni. Suka-suki ja tak suka kat orang)
Budak kecik : orang tu pakai baju nampak ketiak. Kita tak suka dia. Kita malu tengok. Dia tak malu ke ek?
Budak besar : (sambil menggaru kepala yang tak gatal)..ntah la. Sebab tak malu la dia pakai macam tu dik oi.
Budak kecik : Baju yang kita pakai ni tak nampak ketiak kan?
Budak besar : eemm..yela tu
Situasi 3
Kanak2 : Kenapa dia tak pakai tudung bila ada orang datang rumah? Rambut tu kan aurat..
Orang dewasa : (tak terkata apa-apa. Hanya mampu mendiamkan diri sambil tersenyum sumbing dan berkata..oh kanak-kanak..)
Dush..dush..dush..ambik kau..sebiji2 jatuh kena kepala..dah kena ketuk baru terasa. Pergh..pedas gler ayat budak tue bagi..tupp kena batang hidung sendiri. Hidung dah la tak mancung kena hempap terus jadi pesek..hahah..
Mungkin cerita di atas pernah terjadi dalam hidup anda. Atau mungkin insan2 di sekeliling anda. Tidak kisah la apa pun. Yang penting jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri!! Hahaha lari tajuk jap. Okey. Ada yang terasa? Ada yang terkuciwa? Atau ada yang takda perasaan? Uish..bahaya tu kalau takde perasaan.hehehee
Situasi 1:- kisah seorang kakak kena tegur dengan adiknya kerana membuka tudung seketika apabila abang sepupunya berada di rumah. Padahal waktu itu si kakak yakin 200% yang abang sepupunya tak ada dirumah. Mungkin ke kedai barangkali. Tetapi teguran si adik membuatkannya berfikir 2 3 kali dan berkali-kali.. aduhai adikku..
Situasi2:- kisah seorang budak yang banyak mulut yang membebel kerana terlihat seorang wanita yang bertudung tetapi berlengan pendek
Situasi3 :- kisah seorang kanak-kanak yang tidak senang dengan apa yang terjadi dipandangan matanya.
Kadang, tanpa kita sedari mulut manis si cilik mampu membuat kita tersentak. Mampu membuat diri berpikir panjang. Mengapa kanak-kanak sekecil itu, kanak-kanak yang belum mengerti hakikat kehidupannya, bisa mengajar kita tentang betapa pentingnya menutup aurat? Mampu menyedarkan kita tentang pentingnya bertudung dan sebagainya. Ya..mungkin saja kanak-kanak itu telah dididik sedari kecil untuk menutup aurat, bertudung bila keluar rumah, memakai baju yang sopan dan sebagainya. Lalu,terbentuklah dirinya seperti itu.
Bukankah kanak-kanak itu umpama kain putih yang suci,maka,ibu bapanyalah akan mencorakkannya untuk menjadi majusi,nasrani ataupun yahudi. Maka,dari acuan mana kanak-kanak itu datang? Fikir-fikirkanlah sendiri. Anda tahu jawapannya..
Tapi kan, cuba korang perhati, korang renung setiap pelusuk bumi ni.korang tengok dan korang kaji.
Ha..amacam? jumpa tak? Nampak tak? Berapa ramai sekarang orang yang bertudung tapi terbukak sana,terdedah sini,terketat situ, tercarik kat sinun dan sebagainya. Berapa ramai pulak yang langsung tak bertudung. Yang tanpa segan silu buat iklan ala-ala teknik rebonding. Terjurai-jurai rambut kedepan kebelakang. Sangggul tinggi-tinggi. Cucuk sana cucuk sini. Tu belum kira lagi dengan aksesori yang memberat kat atas kepala. Dan berapa ramai pulak yang pakai tudung tapi jambul tersembul. Anting-anting yang cukup panjang sampai terkeluar-keluar. Nak tunjuk kat orang yang dia ada anting-anting lawa..dan bla..bla..bla..bla..lagi..(banyak sangat kot nak cakap)
Okey fine, ya saya pun bukan seorang perempuan yang perfect dalam menjaga aurat. Kadang-kadang kaki tidak ditutup dengan stokin, kekadang lengan tak dipakaikan stongan dan sebagainya. terkadang terlupa ada insan lain yang akan memerhati aurat saya yang tidak tertutup rapi. Tapi, saya sekadar ingin saling mengingati. Ada benda yang kita rasakan sukar, namun sebenarnya ia mudah. Jangan susahkan benda yang mudah. Bermula dengan perlahan. InsyaALLAH akan menjadi kebiasaan. Dalam islam ada keringanan. Islam bukan agama yang menyusahkan kan. So, kenapa nak pening-pening kepala nak buat ia jadi susah. Yang hang pi dok beli tudung lilit berpuluh kali tu kenapa. Pas tu bila rasa cam susah nak pakai terus gi buang tudung nya. So jadilah model2 rambut teknik rebonding kat atas jalan raya. Kenapa tak beli tudung yang senang nak sarung...tup…tup terus pakai.kan senang. Jimat duit sikit. Tak payah beli pin tudung banyak-banyak. Tak payah duk depan cermin 2 3 jam sebab nak lilit dan belit punya pasal. Apa ke hal nya lah kamu pun..
Coppp..macam dah banyak sangat kau dok membebel dik oi..tapi kan sebelum tu korang kena baca dulu ni..ni firman ALLAH. Diambil daripada surah al-nur ayat 31 yang bermaksud :
“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman: Hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dadanya(melabuhkan tudunganya) dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak suami mereka atau saudara-saudara mereka atau anak-anak saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka atau perempuan muslimat atau hamba sahaya atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (syahwat) kepada perempuan aatau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Janganlah kamu berjalan sambil menggoyangkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kanmu sekalian kepada ALLAH. Wahai orang-orang yang beriman, moga-moga kamu mendapat kemenangan."
Baca dan kaji maksud ayat di atas. Nampak tak? Ada ke Dia kata boleh menunjukkan aurat kita kepada yang bukan muhrim? Ehh..sepupu tu pun termasuk gak la orang yang bukan muhrim, yang boleh dikahwini. So,hati-hatinya tentang aurat. Lepas ni kalau balik kampung ke kalau pergi rumah saudara-mara ke cuba-cubalah berubah sedikit demi sedikit. Yang dah biasa tak pakai tudung bila ada sedara-mara dirumah,biasa-biasakanlah. Berubahlah demi mendapatkan keredhaan ALLAH di dunia dan di akhirat.
p/s : bila budak kecik pun taw jaga aurat, yang besar tak terasa ke??
peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain..
maaf kalau terlancang bahasa atau terkasar kata..huhhu..
0 orang kata apa saja..:
Catat Ulasan