Isnin, 23 Disember 2013 | By: --Failisa Maskuri-

aku dan lelaki

lelaki....
aku pernah ditanya tentang lelaki dari sudut pandang seorang wanita seperti aku. meski aku tak begitu pakar dalam mengenal identiti hamba ALLAH yang berjantina lelaki.seperti aku jua belum cukup memahami watak hamba ALLAH yang berjantina perempuan. hidup aku dikelilingi lelaki-lelaki yang kacak beriman,bergaya dan berwatak dengan perwatakkan yang berbeza. 6 orang lelaki yang mewarnai sepanjang langkah hidupku..meniti hari-hari kecil hingga besarku. bersusah senang bergurau senda bersedih hiba bergelak tawa bersama. dan seorang lelaki yang kekal menjadi hero dimata aku dari aku kecil melihat dunia dengan lunak suara melaungkan kalimah-kalimah kebesaran tuhan di kedua belah telinga aku..dan sehingga aku dewasa dan insya ALLAH akan kekal bersama hingga aku punya cahaya mata dalam meniti hari-hari tuanya..

aku mungkin belum mengenal susuk tubuh lelaki..namun mungkin bait-bait ini yang mampu menggambarkan betapa sekelumit ini lah yang aku kenal tentang lelaki. dan jika ia bukan kamu mahupun ia tidak menggambarkan kamu wahai lelaki..aku pohon.maafkan aku..

*inibukanbicaratentanglelakisecaratotalnya :)

________________________________________

Lelaki...
aku punya abah seorang lelaki
punya abang seorang lelaki
punya adik-adik 4 orang lelaki
dan punya teman berjantina lelaki
kawan dari aku kecil
hingga aku dewasa
dan mereka semua adalah insan-insan yang berbeza.

aku....tidak mengenali lelaki.
namun cuba melihat dengan cara aku
aku sedar dan aku kagumi
akan persahabatan yang mereka bina
aku lihat lelaki itu
setia dengan temannya
yang dari kecil hingga dewasa
yang sampai masa temannya sudah berumah tangga
dan persahabatan itu kekal dan masih setia
dan aku kagumi
persahabatan yang terbina antara lelaki..
dan apabila aku lihat lelaki lain
aku masih melihat perihal yang sama
kesetiaan dan setiakawan dalam persahabatan mereka

aku....belum cukup mengerti lelaki..
tapi aku sering lihat
lelaki-lelaki yang bersikap seolah-olah kebudak-budakkan
dan endah tidak endah akan kehidupan
bila bicara sesuatu yang penting
aku sendiri terdiam bicara
hingga aku sedar..kebudak-budakkannya itu
sekalipun tidak melenyapkan kematangannya

aku...yang masih belum mengenali lelaki
melihat lelaki itu hingga terkadang aku tak fahami
ada masa sebegini dan ada masa sebegitu..
hingga aku seakan ingin bertanya
dikau ini seorang yang bagaimana
tapi..aku tak perlu pusing tentang kamu
kerna dari situ aku mengerti
betapa uniknya peribadi kau  yang aku kenali
sekadar nama dan bukan seluruh peribadi

aku dan lelaki..
yang melihat lelaki dari sudut kaca mata aku yang berbingkai itu
lelaki yang pabila menginjak dewasa dan bekerjaya
menjadi matang dalam tanggungjawabnya
menghulur tanpa meminta sebaliknya
lelaki yang membantu disaat ada yang memerlukannya
dalam nada 'marah' ada prihatin terbina..

lelaki yang aku cuba untuk kenali
bicara hebat
namun sukar 'meluah'
hingga kadang ada yang menjadi terberani
untuk bertanya sendiri tentang apa yang ingin diperkata
dan lelaki yang cuba untuk difahami
pemalu atau mungkin menjaga imej diri
dan bila ada yang menghulur sapaan
nah..rancak berbual bagai telah lama berkenalan

lelaki..walau masih sekelumit ini yang aku kenali tentang kamu
namun....aku masih mengagumi akanmu
tanggungjawab yang besar yang harus kau pikul
ketabahan dan kesabaran yang harus kau tanam
bahtera kapal pelayaran yang harus kau kemudi
betapa kau amat besar peranan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan
dan begitu juga aku mengagumi wanita
yang berdiri disebelah kejayaan setiap lelaki
yang tanpa jemu menyalur semangat dan keprihatinan
tanpa penat menghulur tangan mencorak senyuman
bersama-sama melayari bahtera kehidupan..

untuk membenci lelaki.....itu bukan aku
kerna aku tidak hidup di dunia untuk membenci semata
untuk menyayangi lelaki.....itu sebahagian dari fitrah kejadian
kerana wanita dan lelaki itu dicipta berpasangan
dan untuk kamu wahai lelaki
yang akan bersama mengemudi 'kapal pelayaran kehidupan' ini
suatu masa nanti...aku akan bersama hingga DIA memisahkan kita








0 orang kata apa saja..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...