Khamis, 29 Disember 2011 | By: --Failisa Maskuri-

doa itu iringan usaha

assalamualaikum w.b.t..salam imtihan salam peperiksaan buat insan-insan yang akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi..*macam aku*.. moga-moga kita dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan jayanya..bahkan bukan saja untuk peperiksaan didunia malah untuk 'peperiksaan' sewaktu kita melangkah ke alam barzah dan juga 'peperiksaan' di padang mahsyar kelak...ameen...

kita sering mengharap agar seseorang itu akan berubah kearah yang lebih baik. contohnya kita berkawan dengan seseorang yang culas dalam solatnya. lalu kita inginkan dia taat pada perintah ALLAH dan tidak lagi meninggalkan solat dalam apa keadaan sekalipun. kita sentiasa berharap dan terus mengharap agar dia berubah, tapi dalam masa yang sama kita tak menjalankan tanggungjawab sebagai rakan dalam menasihatinya.

mungkin ada tikanya, kita puas menasihati namun nasihat itu lalu dibawa angin..dan kita seolah habis ikhtiar untuk mengajaknya kembali kepada jalan yang bercahaya dan kita putus asa dipertengahan jalan.
sedarkah kita yang kita telah meninggalkannya keseorangan tanpa kawan yang akan menasihatinya lagi..tanpa rakan yang akan mengajak dia kembali dan sedarkah kita bahawa kita telah membuka satu ruang kepadanya untuk sentiasa alpa,lalai dan leka dengan tanggungjawabnya???

mengeluh bila usaha kita jadi sia-sia kerna dia tak pernah nak menerimanya?? tapi sedarkah kita bahawa kadangkala kita lupa untuk turut mendoakannya dalam tiap sujud kita dihadapan RABB..mungkin kerna itu usaha kita masih belum menampakkan hasilnya...tiap usaha itu perlu iringan doa yang tulus dari hati...lalu barulah tawakal selepasnya....kita berusaha dan terus berusaha tapi kita terlupa untuk minta pada ALLAH agar membukakan hati+telinga dia untuk menerima tiap nasihat yang berharga..ya!!! kita menasihatinya tanda kita sayang akan dia...dan ALLAH lebih tahu betapa kita menyayangi nya.... dan ALLAH menguji kita untuk mendengar rintihan kita kepadaNYA dalam tiap doa dan sujud kita..

macam tu juga dalam menuntut ilmu....kita belajar pagi petang siang malam...kita berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh... tapi!!! jangan kita lupa untuk memohon pada ALLAH untuk memudahkan urusan kita, untuk mempermudahkan jalan kita dalam menuntut ilmu. untuk merungkaikan kesulitan dalam peperiksaan yang akan datang.... kerna setiap usaha itu perlu ada doa yang mengiringi langkahnya..... [^^,]









~semoga kita semua memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat
~ingatkan aku untuk sentiasa dan terus mengingati kalian dalam doaku agar aku sentiasa dalam ingatan doa kalian

0 orang kata apa saja..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...