Sabtu, 23 Julai 2011 | By: --Failisa Maskuri-

TANGIS INSANI

sering kali nk bercerita sesuatu..tapi bila da mula menaip, idea seakan-akan hilang dibawa arus deras air yang mengalir...fuhh hiperbola yang melampau la kamu... ohw ea. lupa sesuatu. Assalamualaikum buat semua umat islam di muka bumi ini..moga redha ALLAH sentiasa bersama kita hendaknya :)

pernah jumpa seseorang yang mempunyai pelbagai identiti? pernah tak rasa yang kita cukup mengenali seseorang tapi ada waktunya seolah-olah dia bukan lah orang yang kita kenal? atau pernah tak rasa betapa payahnya nak kenal orang yang dah lama menjadi kawan kita?? dan rasa tak soalan yang aku tanya ni agak berbelit-belit dan tersangat la pelik???? hahahha *peace*

okey..soalan kat atas tadi sila abaikan sebab ia tak ada kena mengena dengan entry pun..sorry semua.. kali ni soalan yang betul2 punya.. korang pernah rasa tak sebab apa tetiba ja korg rasa air mata korang tu nak sangat2 keluar dan mengalir tanpa ada sebab?? korang pernah tak fikir kenapa sesetengah manusia begitu egois untuk menangis??korang pernah tak jumpa seseorang yang bila dia marah dia akan rasa nak menangis? atau korang sendiri adalah orangnya?? dan korang pernah tahu tak kenapa air mata wanita tu dikatakan sangat murah dan terlalu mudah untuk mengalir sedangkan air mata lelaki tu teramatlah mahal untuk dikeluarkan dari kolamnya?? hihihh... 
[tapi aku tengok adik LELAKI aku yang kecik ni senang ja nak nangis...buli..buli..dan buli lagi...hahha..oppss]..
~~jawapan aku tuk soalan tu: aku tetap tak tahu kenapa...mungkin korang tahu..meh2 cer citer ckit kenapa..

meh sini nak bagitau..ada satu info pasal tangisan air mata nih..dah lama aku simpan dalam 'kotak' laptop ni dan aku rasa mungkin boleh kita share bersama..sharing is caring n loving kan...


 ada 10 jenis tangisan :
  • Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  • Menangis kerana rasa takut.
  • Menangis kerana cinta.
  • Menangis kerana gembira.
  • Menangis kerana mengahadapi penderitaan.
  • Menangis kerana terlalu sedih.
  • Menangis kerana berasa hina dan lemah.
  • Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang.
  • Menangis kerana terikut-ikut orang menangis.
  • Menangis kerana munafik (pura-pura menangis).
*tapi kalau la tiba2 ada aliran suci yg mengalir tanpa sebab..kenapa plak ek??

tapi..air mata yang paling berharga adalah air mata yang mengalir kerana merasakan diri ini hanyalah seorang hamba yang hina dan dina dan betapa kerdilnya kita disisi ALLAH S.W.T..air mata yang mengalir kerana rasa keinsafan atas segala dosa yang dilakukan..air mata yang mengalir saat tunduk dengan tawadhu'nya seorang hamba di pertengahan malam saat insan lain diulit keindahan mimpi..air mata yang mengalir hanya keranaNYA...

Firman Allah SWT yang bermaksud :::
" Dan bahawasanya, Dialah yang menjadikan seseorang itu bergembira (tertawa), dan berdukacita (menangis)."
Surah An-Najm, ayat 43
  

Sucikanlah empat keadaan dengan empat perkara :::
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan.
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu.
  4. Dosa-dosa silam yang disulami dengan taubat kepada Zat yang memilikimu.
*info di atas sekadar perkongsian..kalau salah tolong perbetulkan..aku kan budak baru belajar...hihihi*

-egoisnya manusia bila ia merasakan tangisan itu bakal menjatuhkan kredibiliti dirinya..bakal menampakkan yang dirinya seakan-akan lemah hanya dengan mengalirnya air mata..tapi mereka harus sedar dan tahu..yang ada satu info mengatakn air mata adalah sejenis air yang dapat berfungsi dengan berkesan untuk membersihkan mata dengan BERSIH SEBERSIHNYA....jadi..kenapa rasa berat untuk membiarkan ia mengalir.??

kadangkala..dengan tangisan yang keluar kita dapt merasakan ketenangan yang didamba...mungkin juga seolah-olah dapat mengurangkan beban yg dipikul sebab kita akan rasa sepertinya beban itu mengalir sama derasnya dengan air mata yang mengalir..

menangis bukan bermakna kita menjadi seorang yang lemah..bukan juga seorang yang ciwek atau mungkin cenggeng..tetapi dari tangisan kita dapat kumpul kekuatan...mungkin lain orang lain caranya.. tapi bagi aku..tangisan bukan bukti kelemahan...
---->agak-agak kalau anjurkan 'hari menangis sedunia' ada orang nak join tak?? [ada..baby-baby yg comey akan join program ni...hahhahah..sgt2 comel okey..]



~sya budak yg cerewet..cenggeng.comel dan comot..hihihi..[senyum la sikit..huuhu]
~siapa saya?? saya budak comel..comot..ciwek...hiihhi..~[muka nk nangis la brader nih..]












~kamu adalah satu2 nya watak dalam hidup saya yg amat2 susah sya nak paham..kamu paham ke apa yg saya kata??hahah...
~kata seorg teman: ak sgt2 takut bila dia marah..walaupun dia bukan marah aku..tapi ak rasa mcm dia marah ak ja..thats why aku tkut tgok dia marah...kata aku pulak: aku rasa lebih baik kau takutkan kemarahan DIA....da lupakan ja semua tu...huhuh


5 orang kata apa saja..:

qaseh suci berkata...

tangisan adalah kekuatan bukan kelemahan..peace yo! :)

فايليسا مسكوري berkata...

qaseh suci:tangisan mmpu mmberi kelegaan untuk sekian kalinya..peace with smile...hahhaaha

Siti Arfah berkata...

Mmg egois bg sspe yg sush utk mngeluarkn air mata. X perlu nk berlgk smbong kt dunia ini krn tiada apa yg kekal utk d banggakan @ sm wktu dgnnya . Moga kta mmpu utk mngeluarkn air mata mngenangkn dosa2 lalu dan krn takutkn Allah. InsyaAllah,mudah2an. :)

--Failisa Maskuri- berkata...

Siti Arfah: totally agree with ur word :)

Siti Arfah berkata...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...