Rabu, 2 Mac 2011 | By: --Failisa Maskuri-

hero terbang??

assalamualaikum....


petang tadi..balik je dari bilik kawan,tengok ada mesej kat YM..

adik aku : aqil jatuh tangga kat surau.dari atas sampai bawah...berdarah-darah muka dia..

what???? gelabah semacam da aku rasa. terus talipon puan besar..

aku : assalamualaikum mak..
mak : wsalam..
aku : kenapa dengan aqil mak? macam mana pulak boleh jatuh sampai macam tu sekali?
mak : tadi mak tengah salam-salam nak balik. tetiba mak nampak aqil da dekat tangga. mak pegi la dekat dia. tak sempat mak sampai dia dah terjun dulu dari atas sampai bawah. tak ke tergamam mak di buat nya
( dalam hati aku..agaknya budak kecik ni tak menyabor-nyabor nak balik rumah kot..tu pasai dia buat terjunan gaya bebas)..
aku : sekarang camne budak tu mak?
mak : da ok la kot...tu tengah dok main-main depan tv..mak rasa nak pengsan tengok darah dia keluar banyak..masa dia diam,mak ingat dia pitam ke apa.mak risau dah. rupenya dia tengah hisap jari..
aku : isy budak ni..ada2 ja la. tu la ligat sangat jadi orang....bla...bla..bla...


dan perbualan berlangsung sampai la talian tu terputus sendiri..celcom ni suka macam tu. orang tengah dok seronok menyembang. sesukasuki dia ja nak putuskan line..huhuhu

serius masa dengar berita dan cerita mak aku tu, aku rasa cam nak balik rumah sekarang jugak..ni menunjukkan aku seorang akak yang take care kan..hahahah... tapi apakan daya esok awal-awal pagi lagi aku da ada kuliah.. pentingkan yang penting bak kata ustazah aku. so aku dahulukan yang lebih penting dari yang penting..

apa la budak kecik ni,nak jadi hero malaya pun tak payah la sampai buat terjunan bebas. buat aku gelabah ja.. da la dari cerita mak aku tu, aku dapat bayangkan tragedi yang berlaku sebenarnya.. abih la ada parut kat kening tu budak oi.. da tak hensem la sekarang ni..kih3

tapi, apa-apa pun budak kecik tu bakal belajar daripada pengalaman dia.. jangan main dekat tangga nanti jatuh..hahaha.. tapi kan..kalau tak luka-luka tu tak nama hero la kan.(isy..memang la nama dia bukan hero.nama dia Aqil)


meh tengok budak hero malaya ni......
~

~
~
~


~comey kan saya....budak mata bulat...~


selepas jatuh tangga........
~
~
~
~

~budak yang cedera..ohw..abih la berparut kat kening tue~



~ seperti biasa..kena cover macho..budak lelaki mana boleh nangis lama-lama kan..okey..saya dah senyum..mak belanja makan burger...smile!!! (^^,)~












~lumrah kehidupan..tak selamanya kita kan berada di atas...
~ maaf andai ia silap diriku
~ sukar untuk memuaskan semua pihak..dan beralah bukan bererti kalah..namun mungkin itu jalan yang terbaik..




0 orang kata apa saja..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...