Jumaat, 21 Oktober 2011 | By: --Failisa Maskuri-

nota hati tanpa tajuk


بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah...masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di muka bumi ini...rasa dah lama tak menitipkan sesuatu di laman yang dah bersawang-sawang ni.. rindu pun ada rasanya nak menaip sesuatu tapi apakan daya kekangan masa dan ketandusan idea membuat aku terpaksa akur dengan kehendak akal untuk melupakan seketika kata hati yang membuak-buak untuk mencoret sesuatu sebagai "BINGKISAN ANAK ABAH"

terhenti sejenak dan sedetik tangan yang menaip. masih blur untuk menulis sesuatu. kabur dalam pencarian saat hati merasa amat rindu pada insan-insan tersayang. insan-insan yang dulunya dan kininya masih setia dengan penuh kesabaran dan kekuatan serta kekentalan jiwa dalam membesarkan diri ini... arghh..rindu itu terlalu mendalam hingga membuatkan titis aliran dari kelopak mata jatuh sikit demi sedikit.

ilhamkan aku satu kata yang mampu untuk ku ucap.ilhamkan aku satu kalimah yang bisa untuk aku gambar. dan ini..aku lampirkan satu lagu untuk kalian hayati...

JEJAK CITA-DEVOTEES







~Tuhan, leraikanlah dunia yang mendiam didalam hatiku kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta. hanya cintaMU ku harap tumbuh…
~biarkan ia menjadi satu misteri yang mungkin akan dibongkar rahsianya bila detiknya kian tiba
~mendamba sahabat yang tak pernah jemu untuk mengingatkan diri ini tika senang dan susah dan berharap masih dapat menjadi seperti apa yang diingini.

Jumaat, 30 September 2011 | By: --Failisa Maskuri-

festival konvokesyen universiti malaya'11 [FESKUM'11]










COME AND JOIN US @ FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA....... pelbagai aktiviti menarik menanti anda disana.....

bermula dari 3 oktober 2011 hingga 8 oktober 2011....jangan lepaskan peluang keemasan..let's catch it...

impian terlaksana

mak: kak, mak da dapat.
aku: dapat apa mak?? dapat menantu ke?? hehehhe
mak: banyak la ko punya menantu..tahun ni mak dapat pergi haji..
aku: ohw..ea ke..alhamdulilllah..tahniah mak...hehehhe..(dalam ati gembira sangat..akhirnya tercapai gak hasrat kedua orang tua aku)..mak nak tengok surat..
mak: surat apa?
aku : surat panggilan la...mak pergi dengan abah ja ke?
mak: takda la..pergi dengan abah dan wak uda la..alhamdulillah semua dapat panggilan
aku : ohw..ea ke...hihihih

perbualan ni berlaku beberapa bulan yang lalu...tapi rasa macam baru semalam ja sembang-sembang dengan mak pasal perkara ni....2 oktober 2011 ni insya ALLAH mereka akan berlepas..dijangkakan penerbangan pukul 8.30 pagi..insya ALLAH...moga segalanya dipermudahkan

seminggu sebelum penerbangan. kami mengadakan sedikit jamuan raya dan kenduri doa selamat...minta diberkati perjalanan kedua ibubapa kami beserta pakcik kami....

antara sedikit sebanyak photo yang sempat dirakam...[terasa ayat kali ni begitu skema...hihihihi]

~kawan2 adik~

~menunggu giliran mengambil makanan~

~makan berjemaah...mengerat ukhuwah fillah


~tuan besar a.k.a my abah....~














~mengejar redha ILAHI dalam kehidupan...mencari dan terus mencari agar hidup sentiasa berada dalam kegembiraan dengan rahmat dan keredhaanNYA.... selagi mana manusia mendekatkan diri kepadaNYA selagi itu DIA takkan pernah meninggalkan kita...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...