Sabtu, 19 November 2011 | By: --Failisa Maskuri-

bicara nilai

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status
Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000
erk...kenapa nya tetiba starting gini???hihihi...assalamualaikum w.b.t buat yang beragama islam dan salam sejahtera semua.....
teringat bebearapa bulan yang lepas..ramai pulak post pasal nilai hantaran kahwin ni kat dalam FB masing2.dok ralat memikir berapa nilai yang patut diletak untuk pihak lelaki..hahahhah..aku tengok dengan senyuman je la...senyum tak perlu kata apa2....dan macam2 komen jgak la yang diorang dok bebel pasal hantaran nih.....hihih...da macam ayam...siap ada gred2 lagi......hihihhih.....
cakap pasal hantaran nih.....teringat perbualan antara aku dengan sepupu aku yang ada anak dan anaknya yang sulung sebaya aku....[ada paham ke ayat aku tuh......hahha]
dia : ko berapa tahun belajar kat UM lisa?
aku : 4 tahun...
dia : lgi berapa tahun kat sana?
aku : 2 tahun...
dia : da ada calon ke kat sana?
aku : erk??? calon??....ermm....hahhaha [gelak + senyum ja...]
dia : bagus gak cari awal2. nanti da abih belajar boleh terus kahwin. dekat U ni la senang nak cari. dapat kenal diorang. yela 4 tahun kan belajar at least dapat la 'tangkap' perangai2 diorang ni sikit2. nanti dah kerja,sibuk dengan kerja ja. tak sempat pulak nak cari calon
aku: erm....hahhaha....yela kak..nanti kalau2 rajin saya carilah. tapi mak kata belajar bagi abih dulu baru pikir nak kahwin....hihihihih
[sepupu aku ni gak la yang pantang jumpa aku mesti tanya soklan "ko bila nak kahwin?"......aku muda lagi okey.....hihihihih.....]
 fine.back to the topik. 
perkahwinan adalah satu ikatan yang menghalalkan apa yang diharamkan sebelum ni. perkahwinan merupakan ikatan antara dua jiwa yang telah dihalalkan oleh akad nikah. tapi perkahwinan bukan satu permainan ibarat main 'kahwin-kahwin' masa kanak-kanak dulu. perkahwinan yang telah berakad ni perkahwinan yang 'real' punya. disana ada tanggungjawab yang sedia menanti, ada beban yang perlu digalas, ada pelbagai rencah yang perlu dihadam.
realiti sekarang ibubapa seolah-olah menjual anak-anak perempuan mereka dengan meletakkan nilai hantaran kahwin yang terlalu tinggi. namun mungkin tak semua ibu bapa tapi realitinya ada. yup, mungkin dengan keadaan ekonomi sekarang dengan barang yang semakin naik dan tak pernah nak turun semula menyebabkan ibubapa meletak label nilai hantaran yang terlalu tinggi hingga meletakkan bakal menantunya berada dalam keadaan yang terdesak hingga membuat pelbagai pinjaman semata untuk memenuhi tuntutan pihak mertua. lalu dimana munculnya keberkatan bilamana sedari awal perkahwinan wujud pembaziran dan pinjaman yang entahkan bila akan dilangsaikan.
lupakah kita pada satu hadith yang bermaksud  Dari A`isyah r.a., Nabi saw. bersabda,
“Sesungguhnya, perkawinan yang besar keberkahannya adalah yang paling murah maharnya.” Sabda beliau juga, “Perempuan yang baik hati adalah yang murah maharnya, memudahkan urusan perkawinannya, dan baik akhlaqnya. Adapun perempuan yang celaka yaitu yang mahal maharnya, menyusahkan perkawinannya, dan buruk akhlaqnya.”
jadi, permudahkanlah urusan perkahwinanmu. meletakkan mahar yang bersesuaian. bukan bermakna terlalu sedikit dan jangan pula melampaui batas. insan yang bejantina lelaki juga perlu rasional dalam memberi kan nilai yang hendak diberi. jangan terlalu kedekut dan jangan terlalu pemurah. seharusnya ada pendirian dan bajet yang sesuai..<-----perbetulkan kalau tersilap sebab aku masih kanak-kanak ribena lagi...erkkk...hihihihi]

mulut orang sampai bila pun tak bisa ditutup..kalau mulut tempayan tu boleh la jugak kan...kalau sedikit kita bagi katanya harga nilai seorang perempuan tu tersangat la murah lalu dibandingkan dengan anaknya atau anak sipulan sipulan...dan bila terlalu tinggi dikatanya juga...~sabor je la...dushh..apa peduli kata orang~~

post ni diterbitkan sebab ramai yang dah mendirikan masjid..doaku moga berkekalan hingga kesyurga.. dan pesan seorang makcik kepadaku di satu majlis kenduri kahwin "tunggu abih belajar dulu baru kahwin ea sa..dah habis belajar nanti nak kahwin,kahwin la, ni tengah belajar nak kahwin, makcik rasa cam susah sikit..." eeh makcik bagusla makcik ni.....makcik yang rasa susah..tapi takpe Insya ALLAH akan dipermudahkan urusan mereka sebab mereka dapat mengelak maksiat dalam perhubungan sebab tu la kahwin awal-awal...hihihihi

serasa aku umur aku masih dikategorikan dalam remaja ribena lagi tapi orang suka cakap bab-bab kahwin dengan aku..isy..isy...matang sangat la kan dalam bab-bab kahwin ni...hikhikhik... serasa menyeramkan perbualan baru-baru ni

"kamu dah ada calon sa?"
"belum..napa? nak carikan ke?"sengaja aku mencabar nya
"nak akak carikan ke? boleh jugak. nanti dah abih boleh kahwin"
"hahhaha....carilah kak..."tak memasal kalau dicarinya betul2...puhh






0 orang kata apa saja..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...